Monday, February 18, 2013

convocation to the 2AM to the bang nuar

Salam readers.
Hey berjumpa juga kita akhirnya.
Bukan menghilang. tapi heyya kak non sangat bz sejak bekerjaya ini
ihiks.

Last post ialah pada September 2012.
Lihatlah dunia betapa lamanya daku meninggalkan anda semua.
Sejak mendapat telefon pintar ikhsan abangku yang kacak lagi bergaya sejak ketiadaan rambut afronya itu,
aku makin malas nak update blog.
Sebab selalunya kat blog aku akan update kedai makanan atau makanan yang best2 aku pergi.
Tapi sejak ada instagram dan foursquare ni cam easy weasy bebeh. semua pn boleh diupdate di situ.
So yeah. alasan tetap alasan.
haha.

Hari ini, 17 Februari 2013.
Selamat menjejakkan kaki ke tahun 2013 para pembaca.

Sepanjang tahun 2012 begitu banyak perkara yang terjadi.
Hidup ibarat roda. adakala kita bersedih. adakala kita gembira.
Selepas hujan yang lebat pasti ada mentari menyinari.
Cewah tengok ayat power pulak sejak makin tua ni.

Saat yang paling diingati pada tahun 2012 ialah bergelar seorang graduan.
Alhamdulillah, akhirnya setelah 4 tahun, aku berjaya menghabiskan pelajaran dan bergelar seorang graduan ijazah sarjana muda (kepujian) in Physiotherapy Science.
Segala penat lelah, tangisan dan ketawa selama 4 tahun terbayar bila melihat kedua ibu bapa aku tersenyum bangga tatkala melihat anak perempuannya menyarung jubah konvokesyen.
Tiada apa yang aku inginkan sepanjang 24 tahun aku hidup di muka bumi ini selain menggembirakan dan membanggakan kedua orang tua ku.


Last day pakai uniform


Jangan ingat kehidupan selepas graduasi sangat menyeronokkan.
Lama gak aku menjadi penganggur.
Pergi interview berduyun-duyun. tapi satu pun tak dapat.
Alasannya hanya mereka yang sama industri mungkin faham. itu pun mungkin lah.
Di saat menganggur macam-macam aku buat.
Segala mv dan aktiviti super junior dan runningman di update.haha.
Setiap hari rasa murung sebab tengok kawan-kawan sekeliling bercerita keseronokan berkerja.
Siapa kata hidup penganggur tu best? Stress tau tak stressss!

Tapi bersyukur, bulan November aku dapat kerja sebagai physiotherapist di Irehab.
Terima kasih bos sebab ambik saya bekerja. Saya janji akan bekerja sehabis rajin.kekeke.
Dengan penerimaan bekerja, kehidupan stress pun berlalu.
Ha ok start dari sini penulisan pun dah jadi semakin berseri tidak seserius seperti di atas.

Jeng jeng jeng.

Bulan pertama bekerja, syukur lagi sekali terhadap Allah s.w.t di atas rezeki yang dikurniakan.
Aku mampu untuk membeli sebuah kereta. Harta pertama.
Sejak dari kecil, ibu dan ayah meman tak pernah manjakan kami dengan kemewahan.
Jika nak sesuatu, usaha sampai dapat. baru lah kita tahu macam mana susah ayah mencari rezeki di luar sana.
Nak baju, seluar, handbag, tudung, etc? Sila bekerja, dapat gaji beli sendiri.
Nak telefon bimbit? Sila bekerja, dapat gaji beli sendiri.
Nak belajar memandu? Sila bekerja, dapat gaji bayar sendiri.
Nak tab?iphone?ipad? Sila bekerja, dapat gaji beli sendiri.
Begitu juga dengan kereta. Nak kereta? Sila bekerja, dapat gaji bayar sendiri.
Se sen duit pun mereka tidak akan keluar utk bayar duit downpayment kereta.
Mujur ada skim siswazah. ohh i lebiu my goldy kekeke chomelnyeww

Ok sekarang dah ada gaji.
Makanya jom la kita enjoiceeee yipppeeee!

Pertama!
Makan dan shopping!

Kedua!
Pergi konsert kpop!

Selain super junior, aku minat 2AM.
2AM mungkin tak main stream utk mereka yg masih segar dalam arena kekepopan.
Mereka ni group idol yang mainly nyanyi lagu ballad.
Biasa lah nyah. i kan jiwang lagi gemar bermain perasaan.hikss.
Ok Changmin depan mata magaddd magaddddd
Detik paling magaddd ialah dorang nyayi lagu malay ' Bila terasa rindu'
Rasa cam nak naik atas pentas culik Changmin balik je. kekeke. grrrr


Ok sebenarnya mood menulis mencanak-canak naik sebab cerita di bawah ini.

Semalam, 16hb Februari 2013.
Kita pergi tengok konsert bang nuar kita. hikkkssss! *tekup muka pakai bantal tanda malu*
Ok jap mana gambar mana gambarrrr!


Kalau yang rapat dengan aku, atau followers twitter aku pasti tahu betapa aku menggilai bang nuar.
Kalau family mesti tau betapa dari sekolah aku akan ternganga melihat bang nuar di tv.
Bang nuar ni asal dari Shah Alam. ok orang kampung kita la kikiki.
Rumah dia dulu kat Seksyen 19. Sebelah je sekola rendah kita.
Dari darjah satu selalu beli aiskerim Malaysia area rumah bang nuar dan akan lalu depan rumah parent dia dengan harapan satu hari bang nuar keluar la dari rumah.
Tapi hampa nyah. dah umur 24 baru dapat jumpa bang nuar depan mata.
Tu pun bukan kat depan rumah. Tapi kat konsert kekeke.
Korang tengok. dari darjah satu taste dah tinggi. ok dengan kata lain, gatal dengan bang nuar.hikss.
Masa tu kita sekola rendah lagi tau bang nuar, kita tengok movie bang nuar berlakon dgn amy mastura tu.
Walaupun kita cam tak faham apa motif citer tu tapi kita tengok gak sebab, yelah. nak nganga tengok kekacakkan bang nuar.
Hurm kemuncaknya kita minat bang nuar tu ialah bila masa tu kita form 4 tau bang nuar. Bang nuar menang banyak award kat AIM. pastu kan bang nuar buat mv semua untukmu tu utk penghargaan peminat2 bang nuar. Ish kacaknya kita suka tau rambut bang nuar panjang camtu. gggrrr
Pastu bapak kita selalu cakap bang nuar sembahyang jumaat kat masjid huda yang belakang rumah kita.
Kita selalu tengok dari tingkap bilik kita sambil buat tangan bentuk teropong dengan harapan bang nuar lalu la tepi rumah kita, kita nak tengok bang nuarrr.
Hurm hampa lagi.
Sampai la haritu 12 Dis 2012 keluar tiket konsert bang nuar.
Kita mintak balik awal dengan Sir Jeffrey sebab kita nak pergi beli tiket konsert bang nuar.
Hurm tapi tu la, duit kita dah abis aritu beli tiket konsert korea. So kita mampu beli yang paling murah jer.
Hurm rasa cam nak nyanyi lagu Cinta Dalam Hati by Ungu pula utk bang nuar.
Tapi takpe lah bang nuar, saya tetap masih berharap suatu hari nanti kita akan terjumpa dalam lif lalu bang nuar jatuh hati pada saya.
Romantik tak saya, bang nuar? hikkkss

Eh apa ni. kita sebenarnya nak citer konsert.
Ni pergi citer kisah sendu kita dgn bang nuar pula.
Ok konsert dia sangat hebatttt, fantastic, memukau, dan yang paling penting, kacak.
Korang nak tau cmne konsert dia nnt korang beli lah dvd konsert tu.
Penat tau kita nak citer kan bang nuar,kan.





Ok last word untuk bang nuar.
Bang nuar, saya bujang lagi.

Hik Hik Hik.

K till next post.
Daaaaa!

Semestinya esok tiada lah monday blues. kerna bang nuar di sisi. hikss

P/s: Aku taip panjang gila.Aku sendiri pun kagum kalau korang baca smpai abis haha!

No comments: