Sunday, September 23, 2012

seminggu yang sweet

Salam readers..
apa khabar semuanya pun?
sihat lah hendaknya ye semua..
ha amacam, dari title je dah tau post kalini yang sweet sweet je
hikss

actually ahdik2 ahnyah2 ahlong2 semua, ahkak nak citer pasal sorang ahsepupu ahkak yang sweet ni..
izzati nama dia. nama glemer untuk femili ialah ati.
tapi bila dia dah mula berhijrah jauh dari kelompok keluarga, dia dah tukar nama dia kepada iza.
hish geli geleman ahkak.
sweetnyeww. hikss

seminggu sebelum aku berkonvo, si ati ni datang dari melaka..
duduk tinggal kat rumah kami sebab nak temankan aku pegi rehersal dan shopping. ehmergerdd sweetnyeww lagi sekali.
padahal kau ingat aku tak tahu ke ati bahwe kau sebenarnya ada matlamat lain?
haha! tapi kasihan hajat ati tak berkesampaian.
next time wokeyh dear ;)

first day dia sampai sini je kami dah mula berkomplot untuk mengenakan paksu dan maksu kesayangan kami..
setelah berjaya memujuk rayu mereka, paksu dan maksu dengan paksa rela membawa kami ke i-city.
chomel je anak2 buah dah umur 23 dan 21 still paksu maksu bawah jenjalan.
ye anak buah jer yg chomel.
dan bukan setakat itu sahaje, kami juga dibekalkan duit belanja oleh nenda kesayangan kami untuk kami menaiki apa sahaja alat-alat mainan gondola gondola kuda ku lari gagah berani semua boleh.
ishh nenda kami pun sweet juger

bayaran masuk i-city shah alam ni ialah rm10.
yang benda pusing-pusing tu eyes of i-city (pepandai bagi nama) tu kena bayar rm5/head
mary go round kekuda ku pusing gagah berani tu pun bayar rm 5/head gak.
kalo takde head mungkin dpt discount 50% kot?
ok intan tak lawak.

sweet sweet

benda eyes of i-city yada yada ni nampak memula cam alahh lopek lah rendah sangat pusingnya..
sekali bila dah naik
"ehmergerdd kuajoo apsal benda alah ni gerak lebih slow dari siput wei gayat weii pfftt pfftt ati ko jangan gerak nnt gondola senget yada yada" (intan dan ati, 2012).




satu bandar anggerik boleh nampak

pastu dengan muka tak malu naik kuda plak.



pengembaraan hari pertama, tamat..

ati sebagai pembaca setia blog ini (cewah) memang merequest secara peribadi lagi sweet untuk aku membawa dia ke tempat2 makan yang selalu aku kongsikan dalam blog.
haha. beres. zzasss!

pertama! dubu-dubu toppokki (Link review)
beres pertama!



kedua!
sg wang teppanyaki! beres yang kedua!




yummeh yang teramat sangat

oleh kerana tidak mahu anda semua terliur dengan gambar makanan yang berterusan..
marilah ahkak senaraikan je..
apa yang penting ati dapat rasa semua makanan retis warga kota raya seperti macaroon, takoyaki, chatime, chef tony's popcorn yang terbaik di alam semesta, kitkat japan tiramisu dan pelbagai lagi makanan yang menggemukkan.
untung ati ada cousin sweet cam ahkak ni tau.
hikss

k la sampai di sini sahaja lah cerita utk kali ini..
tenkiu ati sebab seminggu berkampung di shah alam kita beronggeng ronggengan.
dah 3 hari kita tak berwhatsapp. ishh rindu ittew

till next post.
daaa!

gambar kenangan haha!

 p/s: sory ati, convo ko aku tak dapat datang sebab nak pegi audition pengacara nona. ahahahaha!