Monday, July 23, 2012

engagement

Salam readers

ha jeng jeng
engagement?
cuak kejap semua para peminat kiter. hiks.

ohh selamat menyambut ramadhan kepada semua readers yang beragama islam..
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, insyallah..

actually entry ni nak citer pasal majlis pertunangan sepupu kesayangan ku yang seorang ini.
nabiha namanya..
okay say hie to nabiha. hie nabiha *lambai2 tangan*

dah apa masalah gedik gila entry ni kan.
ha untuk pengetahuan readers, biha ni bertunang bulan 5 haritu..
jadah bedah perkasamkan entry ini selama 2 bulan.

alrite mari lah kita ke sari berita utama.
pada 5 May 2012, berlangsung lah majlis pertunangan biha ni di rumah nenek kami di meru, klang..
meriah lah tak terkira. satu kampung di jemputnya..
al maklum lah cucu pertama bertunang..
saudara mara dari serata pelusuk malaysia dan juga di serata dunia juga turut diundang.
undang je la.datang nya tak tau la he he.

Biha ni sebaya dengan aku..kira 23 tahun la.
ye masih muda remaja aww aww
biha ni sepupu belah mak..and belah mak ni kami sepupu perempuan ada 4 orang je..
yang selebihnya yang beratus ribu tu semua cucu lelaki..
cucu sulung perempuan aku lah *ehem* then baru lah biha,then adik aku and last sekali si icha comel lote yang umur 3,4 tahun baru..
aku dan biha ni jarak umur beberapa bulan je..
so dari kecil sampai ke besar memang rapat lah..
kecik2 main masak2 sesama..bila datang berbuka puasa rumah nenek,ibu ayah pegi sembahyang terawikh and kitorang plak main bunga api dan mercun kat depan rumah..
ingat lagi dulu masa nak main bunga api, biha suruh aku ambik mancis kat nenek..
nak nyalakan lilin lah sebab naik main bunga api..tapi dia malas nak dengar nenek bebel,dia suruh aku yang pegi mintak..tapi dia pesan..
'intan pegi mntak mancis kat nenek.tapi jangan cakap aku yang mintak.cakap ko yang nak'
cis sungguh pandai dia mempermainkan aku. cis dan cis lagi.

majlis bertunangnya si biha ini aku baru je abis belaja..
tak sempat nak buat baju baru..terpaksa lah pakai baju lama..ish sedihnyeww
tapi takpe lah kiah, nanti ko kawin aku pakai baju pung pang pung pang mengerlip kerlipan angkasa bagi satu meru nampak ye. hikss

bersama tunangan orang
sebagai seorang sepupu yang setia, aku orang yang paling awal lah datang..
ingat kekonon nak tolong touch up2 make up bakal tunang orang ni..
last2 dia yang mekap aku balik.kelass kau jah.

hantaran pihak perempuan

biha

hantaran yang paling menarik.kekeke

kanan: nenek ku sayang, biha, bonda biha aka makteh ku

aku dan saadah blogger femes

tahniah cousy!
tak sabar nak jadi pengapit tahun depan aww aww

makanya kesinambungan dari majlis pertunangan tersebut..
kami berempat iaitu aku, biha dan tunangnya zul, serta saadah (Link) kawan kami telah keluar dinner bersama2..
yelah kira dinner sebelum dia bergelar bini orang la kan..
atau lebih mesra majlis makan malam bual mesra la..
ye majlis 4 orang je. ada apa kedehal.
majlis ini berlangsung dengan begitu meriah di seoul garden, setia alam city mall..
disebabkan makanan yang mahal jadah di sana (rm48 seorang lepas dah campur tax) makanya kami makan dengan begitu rakus dan sampai perut hampir mahu meletus..
siap tapau bawak balik lagi..
tobat nyah aku taknak makan sini lagi. untuk buffet yang macam ni rasanya lagi banyak tempat yang best and murah ada kat area shah alam and kL..

tadaaa! okeh ini lah pasangannya :D

bersama blogger femes lagi, saadah

blerp blerp blerp

fokus dihadapan ye bukan di belakang

so sampai di sini saja lah entry untuk kali ini..
bila free update lagi..

till next post.
daaaa!

selamat berpuasa! ^_^