Friday, June 01, 2012

janji tetap janji

Salam readers.

ha apa kah janji tersebut?
jeng jeng.

pada suatu masa dahulu..
ketika masih bergelar pelajar tahun 3, aku telah pergi berpraktikal di hospital kepala batas, pulau pinang.
begitu susah nak cari rumah sewa area situ..
tapi akhirnya ayah aku berjumpa dengan seorang kakak staff nurse yang baik, cantik, lemah lembut, ramah tamah serta pelbagai sifat mulia (ok ini bodek) yang sudi menumpangkan aku kat rumah beliau selama sebulan..

kak siti namanya. tapi nama glemer dia fafa.
beliau ini ada sebuah kereta myvi oren. selama tinggal dengan dia sebulan, memang boleh jadi belon. pantang abis kerja je terus ajak pegi beli makanan (mementang lah dia slim)
bayangkan betapa mesranya beliau ini..
first time makpak aku tinggalkan aku kat rumah dia waktu tu pagi..aku belum unpack barang lagi dia dah offer pergi tengok wayang petang tu gak.
ha gila ke tak gila kak siti ni?ye dia memang gila. gila peramah.
haha!ampuunn kak!

lagi, dia bawak aku jenjalan alor star, sungai petani, dan memacam tempat lagi.
syok syok.

masa tinggal rumah dia, aku ada janji 'akak kawin nanti saya janji saya datang'
ha jeng jeng. kak siti dah kawin yeay yeay!
dan ye sebagai seorang bakal wakil rakyat yang sentiasa menunaikan janjinya, sengsorang dengan konfidennya aku datang dari shah alam ke pulau pinang semata2 untuk akak tersayang ini.
ha gila ke tak aku ni? ye aku pun gila gak. gila sayang kat kak siti.
isshh sweetnyeww intan ni.

so di tengahari jumaat yang lepas, aku pun menaiki bas pancaran matahari seperti yang dicadangkan encik apis.
bas ni memang bagus..tempat duduk selesa..driver bawak pun berhemah..
tapi ya ampun punya la slow dia bawak. terlampau berhemah pun boleh menimbulkan amarah juga ni.
bayangkan dari shah alam ke butterworth je ambik masa 8 jam! double kot time dia.ahaha!
dah lah aku pergi sengsorang je.. lagu kat mp3 dah ulang berapa puluh kali dah.
kalau mp3 tu boleh melemparkan kata2 sudah pasti mereka akan berkata 'udah2 la tu replay lagu kami ni cik adik manis.xde suara dah ni'

tempat duduk yg sangat selesa

sampai butterworth terus beli tiket balik shah alam untuk hari ahad then duduk2 jap sambil tunggu encik apis datang ambik.
ingatkan dia yg datang drive.rupanya dia bawak ahkak2 dia. sungguh ramai kroni beliau ini.
makan2 jap lepas tu terus balik rumah sonia then rehatkan diri.
punya lah penat sampai sonia ajak pergi melakukan aktiviti kegemaran (karoke) pun tak larat. hehe

then keesokan harinya (sabtu) plan dengan apis dan nafzia utk jenjalan island lepas pegi kenduri kawin kak siti.
nasib baik nafzia sudi bawak kami ke kenduri tu.kalau tak mungkin kami akan jalan kaki dari bertam perdana ke seberang jaya. takpe.semua demi kak siti tersayang.
hiksss

nafzia tinggalkan aku dan apis then dia pegi jalan2 dengan mak dia.haha.
ouhoo kak siti sangat pinkkkkkk. tak sangka kak siti minat pink hamagaddd sangat gurlyyyyy (dalam nada hannah montana)
kak siti sangat cantik lepas dah pakai baju pengantin dan mekap aww aww.

orait lepas makan2 dan snap2 gambar dengan pengantin sebagai bukti kepada makpak bahwe saya pegi penang sbb pegi kenduri kawin kak siti bukan berpoya-poya..
kami pun memanggil nafzia kembali dan berangkat lah kami ke island..


kak siti tersayang

ha jeng jeng. ini lah pengantinnya :D

actually nak pergi island sebenarnya bukan sebab apa..
ni ha mak aku kirim beli jeruk. dia kata dengar je perkataan pulau pinang tetiba keinginan untuk memakan jeruk sangat membuak2.
ha mak ni saya beli 1kg jeruk. makan lah puas puassss.amboii

jambatan pulau pinang yang femes.

apa ingat mcd je bleh delivery?nasi beriyani pun boleh!

ha jeruk jeruk. (pasar chowrasta)

sapa tak tahu ini apa sila berenti jadi rakyat malaysia

masjid kapitan
snap gambar sana sini macam la tak pernah datang island.
dulu time praktikal dah berapa kali pergi sini.
tapi sebagai seorang pelancong haruslah snap2 gambar walaupun dah seploh juta kali pergi.

makanya keesokan harinya tu pulang lah aku ke shah alam semula..
so tamat lah cerita sepanjang aku 3 hari berada di sana..

maka di kesempatan ini nak ucap bebanyak terima kasih kepada
1) encik apis : sebab jadi pemandu pelancong aku kat sana
2) cik adik cantik sonia dan housemate : sebab sudi tumpangkan rumah
3) miss nafzia : sebab bawak jenjalan
4) kak siti : sebab bagi makan nasi minyak.ahakzz!

kalau ada rezeki di sana, boleh lah datang lagi :D

till next post. daaaa!

1 comment:

Ardini Humaira said...

cantiknye pengantin :)