Sunday, September 23, 2012

seminggu yang sweet

Salam readers..
apa khabar semuanya pun?
sihat lah hendaknya ye semua..
ha amacam, dari title je dah tau post kalini yang sweet sweet je
hikss

actually ahdik2 ahnyah2 ahlong2 semua, ahkak nak citer pasal sorang ahsepupu ahkak yang sweet ni..
izzati nama dia. nama glemer untuk femili ialah ati.
tapi bila dia dah mula berhijrah jauh dari kelompok keluarga, dia dah tukar nama dia kepada iza.
hish geli geleman ahkak.
sweetnyeww. hikss

seminggu sebelum aku berkonvo, si ati ni datang dari melaka..
duduk tinggal kat rumah kami sebab nak temankan aku pegi rehersal dan shopping. ehmergerdd sweetnyeww lagi sekali.
padahal kau ingat aku tak tahu ke ati bahwe kau sebenarnya ada matlamat lain?
haha! tapi kasihan hajat ati tak berkesampaian.
next time wokeyh dear ;)

first day dia sampai sini je kami dah mula berkomplot untuk mengenakan paksu dan maksu kesayangan kami..
setelah berjaya memujuk rayu mereka, paksu dan maksu dengan paksa rela membawa kami ke i-city.
chomel je anak2 buah dah umur 23 dan 21 still paksu maksu bawah jenjalan.
ye anak buah jer yg chomel.
dan bukan setakat itu sahaje, kami juga dibekalkan duit belanja oleh nenda kesayangan kami untuk kami menaiki apa sahaja alat-alat mainan gondola gondola kuda ku lari gagah berani semua boleh.
ishh nenda kami pun sweet juger

bayaran masuk i-city shah alam ni ialah rm10.
yang benda pusing-pusing tu eyes of i-city (pepandai bagi nama) tu kena bayar rm5/head
mary go round kekuda ku pusing gagah berani tu pun bayar rm 5/head gak.
kalo takde head mungkin dpt discount 50% kot?
ok intan tak lawak.

sweet sweet

benda eyes of i-city yada yada ni nampak memula cam alahh lopek lah rendah sangat pusingnya..
sekali bila dah naik
"ehmergerdd kuajoo apsal benda alah ni gerak lebih slow dari siput wei gayat weii pfftt pfftt ati ko jangan gerak nnt gondola senget yada yada" (intan dan ati, 2012).




satu bandar anggerik boleh nampak

pastu dengan muka tak malu naik kuda plak.



pengembaraan hari pertama, tamat..

ati sebagai pembaca setia blog ini (cewah) memang merequest secara peribadi lagi sweet untuk aku membawa dia ke tempat2 makan yang selalu aku kongsikan dalam blog.
haha. beres. zzasss!

pertama! dubu-dubu toppokki (Link review)
beres pertama!



kedua!
sg wang teppanyaki! beres yang kedua!




yummeh yang teramat sangat

oleh kerana tidak mahu anda semua terliur dengan gambar makanan yang berterusan..
marilah ahkak senaraikan je..
apa yang penting ati dapat rasa semua makanan retis warga kota raya seperti macaroon, takoyaki, chatime, chef tony's popcorn yang terbaik di alam semesta, kitkat japan tiramisu dan pelbagai lagi makanan yang menggemukkan.
untung ati ada cousin sweet cam ahkak ni tau.
hikss

k la sampai di sini sahaja lah cerita utk kali ini..
tenkiu ati sebab seminggu berkampung di shah alam kita beronggeng ronggengan.
dah 3 hari kita tak berwhatsapp. ishh rindu ittew

till next post.
daaa!

gambar kenangan haha!

 p/s: sory ati, convo ko aku tak dapat datang sebab nak pegi audition pengacara nona. ahahahaha!

Monday, July 23, 2012

engagement

Salam readers

ha jeng jeng
engagement?
cuak kejap semua para peminat kiter. hiks.

ohh selamat menyambut ramadhan kepada semua readers yang beragama islam..
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, insyallah..

actually entry ni nak citer pasal majlis pertunangan sepupu kesayangan ku yang seorang ini.
nabiha namanya..
okay say hie to nabiha. hie nabiha *lambai2 tangan*

dah apa masalah gedik gila entry ni kan.
ha untuk pengetahuan readers, biha ni bertunang bulan 5 haritu..
jadah bedah perkasamkan entry ini selama 2 bulan.

alrite mari lah kita ke sari berita utama.
pada 5 May 2012, berlangsung lah majlis pertunangan biha ni di rumah nenek kami di meru, klang..
meriah lah tak terkira. satu kampung di jemputnya..
al maklum lah cucu pertama bertunang..
saudara mara dari serata pelusuk malaysia dan juga di serata dunia juga turut diundang.
undang je la.datang nya tak tau la he he.

Biha ni sebaya dengan aku..kira 23 tahun la.
ye masih muda remaja aww aww
biha ni sepupu belah mak..and belah mak ni kami sepupu perempuan ada 4 orang je..
yang selebihnya yang beratus ribu tu semua cucu lelaki..
cucu sulung perempuan aku lah *ehem* then baru lah biha,then adik aku and last sekali si icha comel lote yang umur 3,4 tahun baru..
aku dan biha ni jarak umur beberapa bulan je..
so dari kecil sampai ke besar memang rapat lah..
kecik2 main masak2 sesama..bila datang berbuka puasa rumah nenek,ibu ayah pegi sembahyang terawikh and kitorang plak main bunga api dan mercun kat depan rumah..
ingat lagi dulu masa nak main bunga api, biha suruh aku ambik mancis kat nenek..
nak nyalakan lilin lah sebab naik main bunga api..tapi dia malas nak dengar nenek bebel,dia suruh aku yang pegi mintak..tapi dia pesan..
'intan pegi mntak mancis kat nenek.tapi jangan cakap aku yang mintak.cakap ko yang nak'
cis sungguh pandai dia mempermainkan aku. cis dan cis lagi.

majlis bertunangnya si biha ini aku baru je abis belaja..
tak sempat nak buat baju baru..terpaksa lah pakai baju lama..ish sedihnyeww
tapi takpe lah kiah, nanti ko kawin aku pakai baju pung pang pung pang mengerlip kerlipan angkasa bagi satu meru nampak ye. hikss

bersama tunangan orang
sebagai seorang sepupu yang setia, aku orang yang paling awal lah datang..
ingat kekonon nak tolong touch up2 make up bakal tunang orang ni..
last2 dia yang mekap aku balik.kelass kau jah.

hantaran pihak perempuan

biha

hantaran yang paling menarik.kekeke

kanan: nenek ku sayang, biha, bonda biha aka makteh ku

aku dan saadah blogger femes

tahniah cousy!
tak sabar nak jadi pengapit tahun depan aww aww

makanya kesinambungan dari majlis pertunangan tersebut..
kami berempat iaitu aku, biha dan tunangnya zul, serta saadah (Link) kawan kami telah keluar dinner bersama2..
yelah kira dinner sebelum dia bergelar bini orang la kan..
atau lebih mesra majlis makan malam bual mesra la..
ye majlis 4 orang je. ada apa kedehal.
majlis ini berlangsung dengan begitu meriah di seoul garden, setia alam city mall..
disebabkan makanan yang mahal jadah di sana (rm48 seorang lepas dah campur tax) makanya kami makan dengan begitu rakus dan sampai perut hampir mahu meletus..
siap tapau bawak balik lagi..
tobat nyah aku taknak makan sini lagi. untuk buffet yang macam ni rasanya lagi banyak tempat yang best and murah ada kat area shah alam and kL..

tadaaa! okeh ini lah pasangannya :D

bersama blogger femes lagi, saadah

blerp blerp blerp

fokus dihadapan ye bukan di belakang

so sampai di sini saja lah entry untuk kali ini..
bila free update lagi..

till next post.
daaaa!

selamat berpuasa! ^_^

Friday, June 01, 2012

janji tetap janji

Salam readers.

ha apa kah janji tersebut?
jeng jeng.

pada suatu masa dahulu..
ketika masih bergelar pelajar tahun 3, aku telah pergi berpraktikal di hospital kepala batas, pulau pinang.
begitu susah nak cari rumah sewa area situ..
tapi akhirnya ayah aku berjumpa dengan seorang kakak staff nurse yang baik, cantik, lemah lembut, ramah tamah serta pelbagai sifat mulia (ok ini bodek) yang sudi menumpangkan aku kat rumah beliau selama sebulan..

kak siti namanya. tapi nama glemer dia fafa.
beliau ini ada sebuah kereta myvi oren. selama tinggal dengan dia sebulan, memang boleh jadi belon. pantang abis kerja je terus ajak pegi beli makanan (mementang lah dia slim)
bayangkan betapa mesranya beliau ini..
first time makpak aku tinggalkan aku kat rumah dia waktu tu pagi..aku belum unpack barang lagi dia dah offer pergi tengok wayang petang tu gak.
ha gila ke tak gila kak siti ni?ye dia memang gila. gila peramah.
haha!ampuunn kak!

lagi, dia bawak aku jenjalan alor star, sungai petani, dan memacam tempat lagi.
syok syok.

masa tinggal rumah dia, aku ada janji 'akak kawin nanti saya janji saya datang'
ha jeng jeng. kak siti dah kawin yeay yeay!
dan ye sebagai seorang bakal wakil rakyat yang sentiasa menunaikan janjinya, sengsorang dengan konfidennya aku datang dari shah alam ke pulau pinang semata2 untuk akak tersayang ini.
ha gila ke tak aku ni? ye aku pun gila gak. gila sayang kat kak siti.
isshh sweetnyeww intan ni.

so di tengahari jumaat yang lepas, aku pun menaiki bas pancaran matahari seperti yang dicadangkan encik apis.
bas ni memang bagus..tempat duduk selesa..driver bawak pun berhemah..
tapi ya ampun punya la slow dia bawak. terlampau berhemah pun boleh menimbulkan amarah juga ni.
bayangkan dari shah alam ke butterworth je ambik masa 8 jam! double kot time dia.ahaha!
dah lah aku pergi sengsorang je.. lagu kat mp3 dah ulang berapa puluh kali dah.
kalau mp3 tu boleh melemparkan kata2 sudah pasti mereka akan berkata 'udah2 la tu replay lagu kami ni cik adik manis.xde suara dah ni'

tempat duduk yg sangat selesa

sampai butterworth terus beli tiket balik shah alam untuk hari ahad then duduk2 jap sambil tunggu encik apis datang ambik.
ingatkan dia yg datang drive.rupanya dia bawak ahkak2 dia. sungguh ramai kroni beliau ini.
makan2 jap lepas tu terus balik rumah sonia then rehatkan diri.
punya lah penat sampai sonia ajak pergi melakukan aktiviti kegemaran (karoke) pun tak larat. hehe

then keesokan harinya (sabtu) plan dengan apis dan nafzia utk jenjalan island lepas pegi kenduri kawin kak siti.
nasib baik nafzia sudi bawak kami ke kenduri tu.kalau tak mungkin kami akan jalan kaki dari bertam perdana ke seberang jaya. takpe.semua demi kak siti tersayang.
hiksss

nafzia tinggalkan aku dan apis then dia pegi jalan2 dengan mak dia.haha.
ouhoo kak siti sangat pinkkkkkk. tak sangka kak siti minat pink hamagaddd sangat gurlyyyyy (dalam nada hannah montana)
kak siti sangat cantik lepas dah pakai baju pengantin dan mekap aww aww.

orait lepas makan2 dan snap2 gambar dengan pengantin sebagai bukti kepada makpak bahwe saya pegi penang sbb pegi kenduri kawin kak siti bukan berpoya-poya..
kami pun memanggil nafzia kembali dan berangkat lah kami ke island..


kak siti tersayang

ha jeng jeng. ini lah pengantinnya :D

actually nak pergi island sebenarnya bukan sebab apa..
ni ha mak aku kirim beli jeruk. dia kata dengar je perkataan pulau pinang tetiba keinginan untuk memakan jeruk sangat membuak2.
ha mak ni saya beli 1kg jeruk. makan lah puas puassss.amboii

jambatan pulau pinang yang femes.

apa ingat mcd je bleh delivery?nasi beriyani pun boleh!

ha jeruk jeruk. (pasar chowrasta)

sapa tak tahu ini apa sila berenti jadi rakyat malaysia

masjid kapitan
snap gambar sana sini macam la tak pernah datang island.
dulu time praktikal dah berapa kali pergi sini.
tapi sebagai seorang pelancong haruslah snap2 gambar walaupun dah seploh juta kali pergi.

makanya keesokan harinya tu pulang lah aku ke shah alam semula..
so tamat lah cerita sepanjang aku 3 hari berada di sana..

maka di kesempatan ini nak ucap bebanyak terima kasih kepada
1) encik apis : sebab jadi pemandu pelancong aku kat sana
2) cik adik cantik sonia dan housemate : sebab sudi tumpangkan rumah
3) miss nafzia : sebab bawak jenjalan
4) kak siti : sebab bagi makan nasi minyak.ahakzz!

kalau ada rezeki di sana, boleh lah datang lagi :D

till next post. daaaa!

Sunday, May 20, 2012

hijab class

Salam readers

alrite so sekarang harini nak citer pasal pergi kelas teknik2 melilit tudung dengan jayanya atau kalau nak lebih glemer dan retis, hijab class.

ramai yang tanya mana gambar di ambil sebab tetiba aritu gambar ala2 retis banyak diupload oleh ammakun dan elya di fesbuk.
so ha meh sini nak citer :D

sebagai seorang penganggur, masa banyak diluang dengan memikirkan perkara yang kengkadang aku sendiri pun tak sangka otak ini dapat fikir.
hebat sungguh.
so pada suatu malam, aku pun click sana click sini..
aku pun terjuma satu iklan. ye iklan ini. ha sila click lah utk tahu apakah iklan tersebut (Link)
so aku pun mengajak ammakun husna dan elya utk ke sini sebab mereka ni antara kawan2 aku yang hijabnista bebeh. (haha!)
dan mereka pun bersetuju utk pergi ke sana.

sepanjang malam juga lah berfikir nak pakai baju agar taknak kalah dengan retis2 yang bakal dijumpa keesokan harinya.hik hik.
ayat biasa perempuan 'mak,saya takde baju nak pakai esok.ish sedihnyeww'..
padahal baju penuh satu almari.
ish apa ke panjang nya melalut.

so kedai ni terletak kat erm tak tau lah seksyen berapa, tapi on the way nak pergi padang jawa berdekatan dengan JPJ.
baju2 kat butik ni agak awesome dan retis2 belaka.
mungkin next time boleh bawak ibu ke sini bila beliau akhirnya percaya bahwe baju yang satu almari itu boleh diklasifikasikan sebagai 'tiada baju utk dipakai lagi'

banyak teknik pakai hijab yang kami belajar.
cara2 pakai ni banyak kat youtube.tapi ini la 1st time aku try pakai dan tengok sesuai tak dengan muka aku.
dan disebabkan pergi secara berjemaah dengan kawan2 yg memang fun sejak dari sekolah, semua benda pun jadi fun dan interesting.
oh lupa nak bagitau. apa yg paling membuatkan aku nak pergi hijab class ni sebab dapat tudung free.
haha!dasar materialistik punya intan.

alrite so jom tengok gambar yoohoo!

mereka yang datang agak ramai

so gambar2 di bawah antara teknik lilitan halilintar yang kami belajar.

ini lilitan ala2 diana amir punya cara. tapi agak leper ye di bahagian hadapan.haha. oh tudung free!

cara ala turban. ya habibi ya maulana

3 sekawan ya habibi ya maulana

gambar paling favorite! :)

lilitan yang elya pakai tu yang last kami belajar.look good on elya!

bila dah habis belajar lilit sana lilit sini..
maka kami pun berangkat pulang. tapi sebelum pulang macam biasa la..
snap2 gambar dulu posing sana sini aww aww


me with amma husna

owner butik, farrah

us with owner, nurul

ammakun husna (left) and elya (right)

then lepas tu kami lepak2 dan berkongsi cerita terbaru masing2..
happy ^_^

balik rumah tunjuk gambar2 ni and gambar2 lain time hangout dengan ahcak, ahtin dan ahnek dulu2 (sebab gambar dalam 1 folder.hikss)
ibu cakap 'dulu semua pakai baju sekolah..sekarang dah anak2 dara semua.cepat betul masa berlalu..'

ish tersipu kiteww.

alrite till next post.
daaaa!

Thursday, May 10, 2012

end of tikus putih life

Salam readers

ohhoi apa khabar semua nya pun?
biasa la. aku skang ni memang ada hobi baharu iaitu menyimpan dan memperkasamkan entry selama beberapa minggu. hee

alrite secara official nya aku telah pun menamatkan zaman bujang. err i meant, zaman kolej pada 19 april yang lepas..

exam yang paling menggerunkan (decp) untuk aku ialah 10 april.
turn aku pagi plak tu.. boleh bayangkan lah camne punya menggeletar tangan, jiwa dan raga nak menunggu turn..
sebulan aku, diyana dan naf buat study group..
practice siang dan malam.. cari evidence buku sini journal sana article situ..
sebulan yang penuh penyiksaan dan tangisan sendu sendan.
kemurungan sungguh.. tiap kali ibu telefon je nangis..
rumah shah alam, kolej di pJ..dekat je. tapi dalam time tu tak balik rumah langsung..
birthday pulak seminggu sebelum exam..
sampai ibu cakap 'balik la..rehat dulu..makan2 cake,sambut besday yabedabedu dgn kami dulu baru sambung study balik..'
nasib baik mek na ada teman aku kat bilik sepanjang sebulan terakhir kami ini..
rasa cam jadi orang gila pun ada meratapi nasib kena hadapi exam ni..
padahal exam je kot. over la kau ni nyah.
haha!

tapi apa2 pun syukur alhamdulillah..
semua penat lelah kami bertiga terbayar..
aku, mek na dan naf lulus dalam subjek decp ni..
syukur..(lihatlah betapa seksanya kami ini T_T)

thanx mek na and nafzia..tanpa korang punya support, aku takkan lulus subject decp ni..
*hugs*
ha kemkorang ingat belaja physiotherapy ni mudah?
ingat course medic je susah?ish babap kanggg!

dari kiri : me, nafzia, diyana

lepas abis exam, kami ada class dinner di TGI friday kat The Gardens.
ye, the gardens yang kat sebelah mid valley tu..bukan garden2 kat kawasan perumahan kemkorang tu.
ok fine.tak lawak pun.

walaupun makanan yang agak mahal tapi kurrreng sedap,
we still have some fun and enjoy the moment.
4 tahun hidup dalam satu kelas. sebagai cohort 1. ye sebagai tikus putih kepada lecturer2 kami.
mula-mula memang seronok sebab dah habis study..
but yet sekarang aku dah mula rasa rindu kepada classmate yang masing-masing mulut tak boleh berenti bercakap
dan 2,3 minggu terakhir praktis exam dalam gym..kongsi2 jawapan..kongsi2 stress..
i am missing u guys.
awww ain't i sweeeeeeeeet?

okeh dah abis membebel sekarang jom tengok gambar yoohoo!
thanx kepada photographer2 kepada gambar2 ini.
femes nyah satu kelas masuk blog i. hik hik.

me with lovely dorris, lesley, diyana and naf

same spot but diff people.from left: mek na, thiru, sangkar, naf,sze kwang, jooling and yipsong

my beloved macha, Shamala yang sedang berdiri and Shamla yang kecil itu

ha bukan senang nak tengok intan pakai skirt labuh kan?
nah ce tengok lagi sekali gambar penuh plak.
ish malu lah.hik hik.

posing manja2 giteww

lepas setel semua exam contextual issue pada next monday nya..
kami dipaksa pakai uniform sebab nak ambik gambar kelas yang official.
gambar semua memang smart dan wow. (yeah and some gambar gila sikit)

instruction before : okeh semua sila berkelakuan senonoh

after: sampai dengan lecturer semua tak senonoh. haha!

mdm chan kata mahsa ada kolam so kita kena snap gambar kat kolam

anggun gitew

lagi sekali tunggang langgang

ow yeah hanya kami 3 orang saja wakil melayu di sini :D

dan ye kami buat gila lagi.
pilih lagu, edit lagu dan practice tarian untuk student lead activity esoknya tu dalam masa satu hari.
yes dalam resume nanti aku akan tulis strength: able to do and co-op with last minute thingy.
gila. haha!and yes biasa la sebagai tikus putih dan cohort 1 yang berkaliber dan telah dilatih dengan jayanya utk membuat kerja gila, we did it!
kami memang pakar buat kerja last minute punya.
haha!
so jangan lupa tengok video tarian kat bawah ni nanti. do click yea! :D
kepada yang tidak tahu..tarian ni merangkumi teknik2 dalam bidang phsyiotherapy seperti PNF, Bobath, Finger to nose test dan macam2 lagi

Link tarian: (Link)

Link lagu yang sangat touching: (Link)


so sampai di sini saja.
not sory for the long post. daaaa!

last day pakai uniform :p