Saturday, December 31, 2011

kuala terengganu - last day posting

salam readers.

marilah larikan diri dari masalah duniawi (fyp) dan hapdate blog jap.
kekeke

ha cerita di kuala terengganu belum habis lagi.
bila nak abis? alaaaaaa nak abiskan lah ni

huh parah parah.intan dah mula berhalusinasi bercakap seorang diri di blog.
well ini lah kesan buruk assignment. lecturer sila ambil perhatian.
ok gila.

hah!
last day kat kuala terengganu very the meriah u olzz

buat kerja kat ward dengan kadar yang laju, then balik department tukar mahsa t-shirt terus pergi ke tempat letak kereta utk mengacau bubur asyura..
yang ini macam pesta kacau bubur asyura sehospital..
semua department ada mengacau2 bubur.
sempat lah gak wajihah dgn wani (student uitm) usha dokter-yang-tak-sekacak-marcel-saya kat ortho department tu.
aww aww. abis lah rahsia korang dah pecah kat sini.kekeke

bubur asyura sangat femes kat kuala terengganu ni..
and physio2 kat sana semua pandang aku dengan penuh kepelikkan bila aku cakap bubur asyura tu rupa macam mana aku pun tak tahu.
well orang selangor (hanya pada pure selangorian puhleez).pernah ke korang tengok bubur asyura ni?heh.

meriah u olzz

penat gila tau kacau bubur ni.
bayangkan..start buat dari pkol 8 dan teruskan kacau dan kacau, kacau lagi dan lagi sampai pkol 1.
cara kacau dia macam kacau dodol. just dodol susah sket la dari ni.
macam dodol tu mak, bubur asyura ni anak (heh?)
rasa dia camne?err..err.. er.. no comment - ayat pengelak kontroversi.haha

gambar bubur asyura yang telah ditapis utk tontonan umum

setiap hari khamis department ambil patient sampai pkol 1 je..
lepas tu department tutup sebab cleaner nak bersihkan department..
and kebetulan takde cme plak petang tu..
so apa lagi snap gambar sana snap video sini :D

puan rashidah yang kewwwl!

dengan head of department, cik Ida

atas dari kiri: farra, aku,wajihah, wani. bawah dari kiri : ikan duyung1, ikan duyung2 ahtin, jooling

puan marhana yang baik hati

setiap khamis balik pkol 3.30pm..
so dah alang2 balik awal tu apa lagi..
merewang-rewang lah di sekitar bandar sambil cari keropok dan souvenir untuk dibawa pulang..
first sekali aku ajak adik-adik uitm yang sentiasa bersedia mengikut perintah kakaknya yang cantik lagi manis ini utk mencanting batik..
so kami singgah di noor arfa batik kat chendering..
kat sini aku kaler2 batik hamagadd sangat eksited.
bayar rm10 je kalau nak kaler2 batik ni..
tapi kalau xnak kaler just nak tengok cara orang buat batik ke apa ke semua ada kat sini..
sangat menarik tempat ni..

oh yeah aku beli seluar palazo kat sini murah.ada diskaun banyak.
aww aww i like

besar ohh kompleks dia

mencanting batik

batik pakai cop

cop batik gambar penyu na na na ganu kiteww

setia budak wani ni tengok aku mengaler batik

tadaaaa!

sepanjang minggu terakhir tu aku stay kat rumah amy..
parent amy jemput tinggal rumah mereka sebab dorang risau keselamatan aku dok rumah tu sorang2. aww so sweet! hikhik
and malam before balik tu amy bawak pergi main yg motor 4 tayar tu kat pantai batu buruk tu..

makanya selamatlah aku pulang ke shah alam dengan menaiki firefly dari kT ke subang pada jumaat yang lepas..
terima kasih kepada semua yang membantu aku sepanjang aku berada di KT..
love you everybodehhhhhh!
*pepeluk kekuat*

bubbye terengganu. uh sedih nak tinggalkan tempat ni T_T

Monday, December 26, 2011

taman tamadun islam cruise, kuala terengganu

salam readers.

woohoo intan telah pun berada di shah alam.
alhamdulillah. dah habis akhirnya praktikal yang ke-8 ini.
gila hebat kan praktikal kali ke 8?
gagah tak gagah tak.
wah ha ha *gelak bangga*

so cerita ni semua agak kebelakang sikit lah sebab ni citer masa aku kat kuala terengganu lagi..
biasa lah. seperti kata puan xxx (bukan nama sebenar) orang obersi sana semua nya one step forward tapi orang malaysia two steps backward *flipshijab*
tak kuasa nyah aku dengan perempuan yang cakap ni.
padahal dia pun tet tet tet.
yelah orang obersi je lah bagus orang malaysia tak bagus. merepek punya mentaliti.
eh tetiba teremosi pula.

ok tarik nafas hembus nafas.
seminggu sebelum pulang ke kampung halaman..
aku telah mengajak kemkawan uitm untuk pergi menaiki cruise kat taman tamadun islam..
teringin betul naik benda tu sejak dari minggu kedua ada kat kuala terengganu darul iman ini..
so mereka ini sebagai adik-adik memang tunduk dan patuh pada arahan kakak yang cantik ini
wah ha ha *gelak tanda kepuasan*

harga untuk naik cruise ni rm10 untuk 1 kali trip
1 kali trip ambil masa 45 minit.
memang terbaik lah.. siap ada tourist guide lagi kat dalam cruise tu..
and tourist guide dia takyah citer lah.
lawak gila babeng. boleh dia buat lawak tapi muka selamba gila macam takde apa2 yang terjadi.haha.



macam dah lama tak tayang gambar tiada motif

kemkawan uitm, course physiotherapy

selama 45 minit tu cruise tu jalan.err i meant mendayung.eh membawa kami ke sekitar-sekitar pulau yg ada kat sekeliling sini..
macam2 informasi yg dapat. pulau duyung lah, pulau mayat lah, pulau memacam lagi lah..

safety first


and kalau korang ambik package yang cruise + taman tamadun islam yang ada replika masjid2 femes dari seluruh dunia tu rm20 je..
so jimat rm5..tapi kami tak ambik pekej tu..
sebab kami nak p karoke lepas naik cruise ni.
hik hik hik.

dalam taman tamadun islam


masjid kristal



kampung cina
orait sampai sini sahaja citer kali ini.
till next post. daaa!

Thursday, December 15, 2011

kuala terengganu lagi

area depan rumah.cantik kan?dekat je dengan pantai :D

salam readers.

woohoo apa khabar semua pun?
diam tak diam dah lima minggu dah aku kat kuala terengganu ni..
tinggal lagi seminggu je untuk berangkat pulang ke pangkal jalan
rinduuunyaaa shah alam!

oraito.

beberapa hari dan minggu yang lepas (actually aku tak ingat dah bila.hehe)
mek nul datang terengganu sebab relative dia kawin..
so dikesempatan ini kami pun berjumpa lah setelah lebih dari 3 tahun tak jumpa..
macam-macam diborakkan and gelak cam tak hingat dunia.
thx mek nul sebab datang melawat aku kat KT ni.
sebagai tanda penghargaan, aku promot sket muka ko kat blog ni.kekeke *ketawa sinis*


keesokan harinya pula..
amy membawa aku berjalan-jalan area pasar payang nu haa..
niat di hati nak tengok monsoon cup dari i-city (terengganu) yang berlangsung di pulau duyung..
tapi apakan daya monsoon cup telah pun tamat.tengok je la tinggalan kapal layar yg ada kat situ.
harapan nak bergambar dengan omputih kacak dan muscular juga tinggal harapan saja.
oh kesedihan.

belakang tu lah pulau duyung
ok settle.next pula!

pada khamis yang next pula..
lepas je balik kerja, terus siap2 then pergi dinner kat marang dengan farrah and wani, student fisioterapi uitm..
kitorang kat sini setiap khamis balik pkol 3.30 petang..
so banyak masa malam tu utk pergi berjimba-jimba.

memula singgah masjid terapung dulu sebab wani teriiiiingin sangat tengok masjid terapung.
hah gembira lettew!
ohmai kat tasik tu baaanyak sangat ikan.ikan talapia ada,ikan todak ada, ikan piranha ada, ikan duyung pun ada gak. ok fine.memang tipu pun.

dari kiri: wani, farrah


kitorang makan kat marang area tepi laut tu..
ala kalau otw ke kuala terengganu mesti nampak punya la..
kedai-kedai makan tepi jalan,tepi laut yang banyak lampu liplap liplap gedebomp gedebomp tu.. *cara kepohchi*
harga makanan ok ok je..
tapi memang kenyang gila babeng lah.
farrah dan wani makan tak banyak.memang terbaik aku menghabiskan semua makanan-makanan ini.
awww aku memang suka makan dengan orang yang makan tak banyak ni.kekeke



=.="




lepas makan kami pergi ke giant kuala terengganu pergi arcade main game racing keta dgn basketball.
senak tak terhingga perut lepas tu.
haha.

ok sampai sini je post utk kali ni
till next post.daaa!

Saturday, December 03, 2011

masjid kristal dan muzium negeri, kuala terengganu

Salam readers!

baiklah..
mari kita sambung semula kisah pengembaraan kita di kuala terengganu!

orait semua..
pada cuti maal hijrah yang agak panjang pada minggu lepas..
kami berempat (aku, jooling, yipsong dan jeff) pergi la berjalan-jalan mencari tempat yang menarik utk dilawati di sekitar kuala terengganu yang berbahagia ini.

korang..mari sini aku cerita sket kat korang tentang kuala terengganu ni.
harga makanan kat sini semua nya humang aihhhh
mahal kemanenen!
bangkrap aku duduk sini wei..
sampai mak aku perli haritu time mintak duit lebih.
dia cakap 'ha ibu dah masukkan duit.jimat sket belanja.jangan asik makan emas je'
uih uih bonda.kemain kasar lagi gurauan tersebut.haha
well, anakanda bonda ni bukannya makan emas kat sini..
tapi makanan kat sini semuanya setanding harga pasaran petrol antarabangsa
apa la yang boleh anakanda lakukan lagi? heh *flipshijab*

so, sebelum memulakan proses menjalangkan diri penjalan-jalanan ini..
kami singgah makan di gerai nasi kerabu fauzi.
malas nak cerita lokasi dia kat mana.korang google la sendiri
tapi apa yang penting..nasi kerabu dia memang pergh cantik menarik tertarik kau memang debomb.
nasi lembut,kerabu sedap.ditambah pula dengan keenakan serta kemanisan ayam madu nya..and harga 1 pinggan nasi kerabu ayam ni hanya rm3!
oh akhirnya kami bertemu juga dengan gerai makanan yang menjual harga makanan yang mengikut harga pasaran malaysia.
terharu nyah jumpa nasi harga rm3 ni tau!

sedap sedap sedap

intan dan jeff.tengok muka dah tau gembira dapat makanan.

yipsong dan jooling

sesudah makan,kami terus pergi ke masjid kristal..
nasib baik lah waktu kami melawat ni hari tak hujan..
boleh lah bergambar-gambar dengan masjid yang cantik ini.

oh btw kami tak masuk pun taman tamadun islam yang ada banyak2 replika masjid dari serata dunia itu..
bayaran rm15.sangat mahal kot!


oh ye..
masjid kristal ini sangat cantik..
cantik di luar, lebih cantik di dalamnya..
penuh dengan ukiran..dan apa yang membuatkan aku lebih kagum ialah dengan susunan-susunan telekung nya..
telekung yang digantung untuk kegunaan muslimah cantik-cantik dan bersih semuanya..
macam ni lah baru betul..ni tak..
kebanyakan masjid atau surau yang aku pernah pergi hanya mengambil remeh perkara ini..
langsung tak mencerminkan ciri-ciri keislaman betei.




cantik

seterusnya..
kami pergi ke muzium negeri terengganu pula..
lokasinya berhadapan je dengan masjid kristal ni..

memula ingat muzium negeri terengganu ni biasa-biasa je la macam negeri lain punya..
bila dah nampak je bangunan tu..
hamagadd besarnya bangunan muzium ni!
serius besar wei..haha

tapi isi kandungan dalam muzium ni sama je macam muzium2 yang lain..
tentang sejarah2 terengganu lah ofkos.
takkan tentang sejarah penubuhan kumpulan superjunior plak.
eh apa aku melalut ni.






dah penat jalan-jalan..
jom pergi makan lagi.
dah kebetulan muzium ni terletak di kampung losong..
makanya apa ye kemkawan semua?
ye...tepat! keropok lekor losong! *tepuk tangan*

ohmai aku sangat suka dengan keropok lekor losong rebus tau..
last dulu aku makan masa zaman matrik dulu..
dan akhirnya kita bertemu kembali! *peluk2 keropok lekor*
yang bestnya tu kan..yipsong dan jooling tanya aku berapa ringgit aku beli keropok lekor tu..
aku kata murah lah juga compare kL punya harga..
aku beli 25 batang = rm5
then mereka kata la 'oh..so satu batang ialah 20sen..'
aku pun macam..eh?wtf aku ingat 25batang = rm5 tu murah padahal sama je la harga dengan keropok lekor kL!
hahaha
gila.matematik gila.


lepas ni nak mintak royalti dengan encik pak su ini


actually lepas tu kami ada singgah kedai jual kuih-muih yang super banyak pula..
tapi takut korang cakap 'eh ni blog intan ke blog jalan-jalan cari makan ni?'
maka baiklah aku continue cerita tu dalam next post.
haha.

ok till next post. daaaaa!

p/s: terengganu why you no holiday on sundayyyyy!my oppas is coming to pJ this weekend huaaaaaaaa! T_T