Sunday, September 25, 2011

raya tiga empat dan seterusnya

salam readers..

raya belum abis lagi kan..?
so tak salah lah aku update lagi citer pasal raya yang sudah lama terperuk ini..

pada hari raya yang ke..err..empat atau lima...kot..
aku telah pergi mengunjungi ke rumah besfren-besfren aku..
walaupun muka aku sering bertandang dan buat macam rumah sendiri di rumah-rumah mereka pada hari-bukan-raya..
kedatangan aku disambut dengan tangan terbuka dan makanan yang sedap-sedap belaka..

hi hi hi.i like.

first sekali pergi rumah ahtin..
pastu pergi rumah nabila atau lebih dikenali sebagai ahnek (Link blog)..
and last sekali pergi rumah husna atau nama yang baru beberapa saat ini diberikan kepada beliau..ahna (amma husna)..
ahcak tak ikut sebab dia ada family gathering..

selepas dah bergather-gather kami berempat..
berangkat lah kami ke putrajaya..
mahu melawat besfren aku yang tercinta terutama, sang asrul..
sebab beliau katanya sangat bersedih kerana raya pertama, ketiga,keempat sehingga lah raya ke 30  menyambut raya di tempat kerja.
sebagai besfren yang sejati, aku pun mengajak lah kawan2 lain ini mengadakan lawatan raya ke tempat kerja beliau utk mengubat hatinya yang duka lara.
ha aku dah datang..suka dak suka dak?

gambar saja nak riak.
sang asrul ni bekerja di chicken rice shop alamanda, putrajaya..
dengan sangat confident aku pergi ke alamanda mengikut map yang along aku ajar pada malam sebelum tu.
he he he -kagum dengan diri sendiri-


sang asrul
 ingat dapat lah borak-borak dgn dia sebab kitorang datang dah lepas waktu lunch time..
tapi terkujat tengok manusia di kedai ini melimpah ruah ke ladang gandum..
dengan perut yang super-kenyang kami pon masuk lah ke dalam kedai itu memandangkan tu saja caranya untuk kami jumpa sang asrul yang sedang sibuk bekerja.

intan dan ahna

ahnek dan ahtin

aku dan ahtin sebenarnya dah makan super-banyak kat rumah ahnek dan ahna..
tapi secara magiknya bila datang sini..aku dan ahtin boleh makan lagi satu round.
hebat.
wah ha ha -gelak puas-



ok settle citer beraya di alamanda..
skang bercerita pasal open house pula..

pada raya ke 9 ahtin and family buat open house..
makanya berangkat lah aku, ahcak dan mona ke rumah ahtin..

omo sangat excited tengok mona dah transform jadi mak buyung.
lagi excited nak tengok baby dia yang akan keluar pada bulan 10 ini.

hi hi hi

dari kiri : aku, ahcak, mona, ahtin

makanya tamat lah pengembaraan untuk hari raya tahun ini..

till next post. daaa!

1 comment:

Puan tia said...

pai tee paling sedapp di crs kan? kita suka..hehhe