Sunday, September 04, 2011

raya ke satu dan raya ke dua.


salam readers..

yeszaa..gambar super gediks pada permulaan entry dengan harapan bilangan viewers melambung-lambung tinggi pada entry kali ini.
heh. *pandang sinis*

tahun ini kami sekeluarga tidak lah pulang ke kampung seperti kebiasaannya..
kami beraya kat shah alam & klang sahaja pada raya pertama sehingga ke empat..
raya ke lima baru lah pulang ke kampung (rembau) dan ke masjid tanah, melaka..
tu pun sebab pergi melawat rumah pokcik & maklang - adik2 ayah..

lepas solat raya di masjid al-huda seksyen 19 yang hanya terletak di belakang rumah..
kami sekeluarga pon bermaaf-maafan di hari mulia..
dan seterusnya bergegas ke meru, klang..rumah nenek belah ibu..

rasanya macam tak lengkap plak blog ini tanpa makanan.
cecewah..
nenek memang number 1 dalam masak memasak..
nenek & sanak saudara ibu berasal dari johor..
so pagi raya memang ni lah makanannya..laksa johor..?
no no no..menurut nenek aku itu bukan makanan tradisi orang johor.
dia pon taktau camne nak masak laksa johor tu.
ish panjang betul intan melalut citer kalau pasal makanan ni.


heh jumpa ketupat palas memang umpama beruk dapat bunga (huh?)
makan sampai rasa macam perut nak pecah..
mana kan tidak..menu yang ditunggu setiap tahun..
oh mai feveret!

lepas dah makan tu takkan duduk2 saja je kan..
so main lah snap-snap gambar sementara nak tunggu perut hadam sepenuhnya sebab lepas ni nak pergi beraya rumah wan (nenek belah ayah) plak..


ayah dan ibu.kalau nak jadi menantu sila ingat muka ini dengan serius.
along.kalau nak buat jadi abang ipar pun sila lah ingat muka ini dengan serius juga.
adik.ni kalau nak buat jadi adik ipar xyah ingat muka ni pon takpe.bukan ada pekdah pun..

destinasi seterusnya..
ke rumah wan yang terletak di sungai udang, klang..
yesza..raya pertama jalan beraya di klang sahaja..

sampai rumah wan ada makanan feveret juga..
oh lemang..sudah lama tidak ku jumpa dirimu itu..
izinkan daku memakan mu dengan rakus dan bernafsu.
dihidang pula dengan rendang kerbau yang datang khas dari rembau, negeri sembilan..
humphh makanan raya yang perfecto!
waris2 keturunan negeri sembilan kalo tak makan daging kobao jangan ngaku la ekau keturunan nogori.heh.

lemang dan rendang kerbau - gabungan yang sexy
gambar yang tiada motif bersama cik Yana
setiap tahun bila bersalam-salaman mintak ampun dengan wan mesti wan akan pesan..
"intan belajar rajin-rajin..jangan malas-malas.."
ucapan yang diberikan utk aku tahun ni sama gak..tapi ada tambahan special sket..
'intan belajar rajin-rajin..tahun depan dah boleh kerja..ha cari pakwe tu betul-betul.."
oh mai wan dah bagi green light.
baik lah wan saya akan cari pakwe betul-betul bukan salah-salah.
hik hik hik hik *gelak gatal*

raya ke dua :

ada buat open house secara kecil-kecilan untuk family di rumah kami..
memandangkan ibu aku mempunyai begitu banyak menu utk disajikan pada tetamu masa open house tu..
aku dan ibu bahagi2 kan tugas memasak..
ibu masak nasi beriyani dan kuah durian..
aku plak masak macaroni bakar
eh sket plak menu nya.haritu masa masak macam banyak sangat.
hahaha.


lepas dah makan borak2 & gosip2 jap dengan couzy-couzy (sarah, ati (Link) & cik Yana (Link) ) yang memang banyak citer terkumpul itu..

punya lah bersungguh aku memilih kasut raya yang tinggi tetapi masih tidak dapat menandingi ketinggian mereka.humph.

lepas sedara mara belah ayah dah pulang..
tiba lah kawan-kawan classmate mahsa & hamizah pulak..
janji dengan diorang nak buatkan rendang..
tapi sebab terlalu bz bergosip dengan sepupu sampai tak sempat nak masakkan rendang utk mereka..
sory guys :p

apa-apa pon diorang memang cool & rock..
gegak gempita rumah tu dengan cerita-cerita diorang..
and dapat satu cara makan yang baru dari sze kwang..
makan lemang cicah dengan kuah durian...
oh mai..

dari kiri : sze kwang, geetha, intan, mizah & sangkar

dari kiri : sangkar, geetha, lesley, intan, mizah..oh sebelah mizah ada ibu.

ok makanya tamat lah cerita raya pertama dan kedua di bandaran.
till next post.

daaa!


p/s: jemput lah datang rumah raya ni ^_^

7 comments:

Ullyana zaidy said...

suke gabungan yg sexy tuh!!smart la pic tuhh.,sukeeee

intan said...

cik yana :
yesza..mereka sangat sexy mexy bukan..? :p

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Sr. adda said...

beznyer ade kawan ramai,selamat hari raya maap zahir batin intan...raya ke tiga,ke empat dan seterusnyer xde ke?heeh...

intan said...

adda :
selamat hari raya maaf zahir batin :D
hee semua tu akan menyusul selepas ini..ki ki ki ki

Izzati said...

sorry~ u're too short for me. bhahaha!:P

intan said...

ati :
ahhhhhh!