Sunday, September 18, 2011

hari malaysia live dari dataran merdeka

salam readers..
selamat hari malaysia diucapkan kepada semua rakyat malaysia..

maafkan saya kerana menjadi rakyat yang slowpoke untuk mengupdate upacara yang disambut pada hari malaysia..
seperti yang diketahui oleh rakyat bikmama jelata..
hari malaysia disambut sempena memperingati upacara gabungan antara tanah melayu dgn sabah, sarawak, & singapura.
gila mantap intan punya sejarah kan.heh.

sebenarnya cerita nya begini..
di petang yang berbahagia..dengan tidak semena-mena intan pun berfikir..
kalau pergi tengok adik joget2 masa kat hari malaysia ni best ni..
lantas sebagai seorang kakak yang baik lagi mulia..aku pon mentext along..
'along esok jom p dataran tengok adik'
ringkas dan padat.
along reply : 'along ok je.alright esok jumpa kat pasar seni pkol 7.30am

dan keesokan paginya bila dah siap2..dalam pkol 7.15 aku turun p beli air nescafe kat vending machine di bawah blok..
sambil memasukkan duit syiling ke dalam machine aku call along..
'hello along..' dan dengan selambanya along mengatakan beliau sedang tidur dan taknak temankan aku pi dataran sebab dah lambat.
heh nasib baik jauh..kalau dekat memang aku dah fire rambut dia sampai jadi abu.heh lagi.

tidak mahu lagi mengenang nasib..aku terus ambik bas hingga ke pasar seni..
sungguh aman damai suasana hening pagi pada hari cuti di kuala lumpur..ahh..

kemudian bila dah sampai pasar seni sumpah aku taktahu camne nak pi dataran..
tapi berpegang kata hikmah ibu aku 'dataran tu belakang CM je'
dan akhirnya sampai juga aku di dataran.memang sekangkang kera je dataran merdeka dengan pasar seni tu rupanya.haha.


aku sampai-sampai je terus nyanyi lagu negaraku & persembahan dah start..
and by the time aku tengok je tv besar yang kat dataran tu terus terpampang muka adik aku tengah joget-joget.
haha!


lepas habis tengok persembahan tu aku terus bergerak secara bebas mencari tempat yang boleh aku bertenggek di atas nya..
al-maklumlah dengan ketinggian yang tak seberapa ni..
aku tak boleh nampak apa yang berlaku kat hadapan..
asik nampak kepala je.haha.

bila dah dapat port baik baru lah best tengok abam-abam tentera gagah buat persembahan..
hik hik hik *ketawa malu bersendirian*






bila dah settle semua..aku pon contact lah adik aku..
and kami pon merayau2 lah di dataran tersebut dan bergambar-gambar dgn orang2 di sana.
misi utama : ambik gambar dgn abam celoreng.aww aww

kakak dan adik





misi tercapai

selain daripada tu..
dapat lah aku tengok pm & bik mama secara berhadapan kat sini..
oh camni rupa mereka in real.. oh... *kagum dengan rambut*



dan...
last but not least..
aku jumpa mereka..semua..sedang...
ntah lah taktau lah apa fungsi mereka di sana..
hamagad.. *tangan ke dada mata ke atas*



wah ha ha ha ha ha ha

p/s : raya tak abis lagi kan?still boleh tulis entry pasal raya kan?

1 comment:

Sr. adda said...

hahahaha,tang RAMBUT big mama ceq x ley bla...semngat juang kamu yg tinggi sbgai anak malaysia!!!errr... =)