Tuesday, August 16, 2011

alor star lagi

salam readers..

dah 3 hari sebenarnya aku pulang dari alor star..
sepanjang kat sana takde masa nak update blog..
pagi sampai petang kerja round-round 1 hospital
pastu balik rumah buat kerja sket pastu terus tidur tak sedarkan diri sampai keesokan harinya..
weekend plak kalau tak marathon drama korea mesti pi shopping..
heh busy betul kehidupan di alor star.
haha!

so apa tempat menarik yang telah dilawati sepanjang berada di alor star?
tak lain dan tak bukan tentu lah menara alor star dan pekan rabu..
apa yang ada kat sana?takde apa-apa.haha.

menara alor star macam biasa lah bila naik tu dapat nampak satu alor star..
and pekan rabu adalah tempat shopping yang best jika anda mencari telekung, peralatan nak pergi haji dan tudung-tudung bawal.
tu je.oh ye tak dilupakan..makanan-makanan tradisional seperti dodol, kerepek2 dan lain-lain juga terdapat di situ..
pergh ayat macam tengah buat karangan..

ini menara alor star ye kawan-kawan..

ini pulak pekan rabu..
6 minggu tinggal kat alor star memang pengalaman yang tak dapat dilupakan..
masa baru datang sawah padi hijau lagi..padi pun belum masak lagi..
sehari sebelum pulang ke shah alam semula dah start nampak orang bakar pendang..
means dah tuai lah kan..
lama gak 6 minggu tu rupanya..oh mai..

bakar pendang.

pastu macam biasa lah hari terakhir snap-snap gambar dengan physio2 yang ada kat situ..
^_^


semua sekali termasuk head of department :)


bila orang dewasa teringin jadi kanak-kanak begini lah rupanya..

miss praba

dari kiri : pn lydia, cik mus, pn hasniza, cik ruwaida :)

cik rama yang disayangi.

oh btw malam sebelum balik tu kawan-kawan student kkm bawak aku & mek dyana p kuala perlis berbuka makan ikan bakar..
memang syiok gila la..makan tepi laut yang takde lah macam laut sangat sebab time tu air surut..
makanan dia memang terbaik lah..macam nak pecah perut makan banyak sangat..
hohoho

ohhoi kuala perlis!

tu yang baju kelabu tu single sapa nak contact aku.yang lain-lain tak bleh.eh lupa yang tudung itam tu pon available gak.haha!

dan keesokan harinya pada hari sabtu telah pulang lah intan & mek dyana ke kuala lumpur semula..

itu stadium alor star ye kawan-kawan..bukan stadium shah alam.

bukti intan juga setanding dengan pramugari tersebut.heh.

dan tamat lah update secara pukal oleh intan pada kali ini..

kesimpulannya : clinical posting yang sangat berbaloi!

ok dah tamat.
jumpa lagi..

daaa!

4 comments:

una said...

humma humma.....
rndu kat kedah dgn pekan rabu.
arghh....:P

terbaik r makan kuala perlis. gila sedap!
amma penah mkn skali je kt sna wlaupn dh 3 thn blaja kt sana.

intan said...

amma una :
heee..memang makan kat kuala perlis terbaik lah..
ktorang pergi 8 orang..
memang meriah gila lah..
sambil tengok sunset plak tu..
konon romantik lah tu..aww aww.
hahahaha

Ullyana zaidy said...

xde pic dgn baby2 comel ke intan? heeee!!! best giler dpt p merantau kemana2..hueee...

intan said...

cik Yana :
hari-hari pon jumpa baby yang chomel..tapi sorry bebeh..gambar patient tak boleh publish kat public.. :)