Tuesday, August 23, 2011

Bwara Mr Simple Bwara Miss Simple!

Salam readers..

Salam 23 ramadhan..
pejam celik pejam celik kejap je dah nak raya dah..
semoga ibadat kita pada bulan ramadhan tahun ini lebih baik dari yang terdahulu..

cecewah intro kemain berbudi bahasa tinggi.
ke ke ke ke ke

ok readers..
seperti yang anda semua tahu..ye anda semua..
aku memang peminat tegar super junior..
yes.i am an ELF ^_^
kalau tak percaya sila lah tengok entry ni : Link
aww aww

makanya terus ke titik (straight to the point)..
aku nak citer pasal album ke-5 Super Junior : Mr Simple..! wooohoo!
yabeda be duuuuuuu~!!!

Desktop background bertukar!weeeheee!

hari pertama kpop shop yang aku selalu beli barang tu bukak order utk album Mr Simple terus aku bagi nama..
dan terus bank-in duit tanpa melihat saki baki duit ptptn yang tak seberapa tu..
ke ke ke ke ke..

dan dan dan yang bestnya cover boleh pilih nak gambar siapa..
aku terpaksa main lat talilat tali taplum dengan diri sendiri sebab konfius nak pilih cover sungmin ke yesung ke leeteuk ke eunhyuk ke
ohh oppa-oppa why you made my life so hard

selepas 2 minggu..tarapdapapapapapapaaaaaaaa~~~

Finally Sungmin oppa tetap menjadi pilihan hati ^_^ -cover depan

Cover belakang.gambar Siwon masa bulan puasa tak bleh tengok.nnt kurang pahala.lol!

bila bukak je bungkusan teruja kemain..
ya ampun bapak besar album ni..
lagi besar dari buku-buku pelajaran yang ada di library.
wah ha ha

dan pastu bila bukak je dalam album tu..
hamaaagaddd! *pengsan*


*Pengsan*
pastu tak cukup dengan gambar sungmin yang versi gedabak itu..
dalam album ni ada pocket yang memuatkan 10 gambar ahli super junior yang super gedabak.1 orang 1 muka surat depan belakang.
*pengsan lagi sekali*

Yesung, Sungmin! *Pengsan kali kedua*
tak cukup dengan gambar yang besar gedabak dan super banyak itu..
dengan pembelian album ni dapat free poster yang super besar semesta alam.
oh mai.. *speachless*

Lagi sekali.jangan tengok Siwon lama-lama.haha!

Free gift dari kpop shop tu..bleh pilih nak gambar siapa. ^_^

ok cukup dengan kemeriahan album tu..
skang kita dengar plak cd album nya..
album ni ada 13 lagu..
malas lah nak describe each lagu kan..
korang p google sendiri lah eh..

dalam album ni lagu yang paling aku suka tajuk dia memories (track 08)
oh mai memang sedih lelagi bila tengok translation dia T_T
biasa lah intan memang suka lagu sendu sendan ni

and ini adalah video Mr Simple: Link

Super Junior is ELF Superman
Last man standing!

Mama Unge kata : apa-apa lah kak oi..

Yeah sampai sini saja..

Daaaa!

Tuesday, August 16, 2011

alor star lagi

salam readers..

dah 3 hari sebenarnya aku pulang dari alor star..
sepanjang kat sana takde masa nak update blog..
pagi sampai petang kerja round-round 1 hospital
pastu balik rumah buat kerja sket pastu terus tidur tak sedarkan diri sampai keesokan harinya..
weekend plak kalau tak marathon drama korea mesti pi shopping..
heh busy betul kehidupan di alor star.
haha!

so apa tempat menarik yang telah dilawati sepanjang berada di alor star?
tak lain dan tak bukan tentu lah menara alor star dan pekan rabu..
apa yang ada kat sana?takde apa-apa.haha.

menara alor star macam biasa lah bila naik tu dapat nampak satu alor star..
and pekan rabu adalah tempat shopping yang best jika anda mencari telekung, peralatan nak pergi haji dan tudung-tudung bawal.
tu je.oh ye tak dilupakan..makanan-makanan tradisional seperti dodol, kerepek2 dan lain-lain juga terdapat di situ..
pergh ayat macam tengah buat karangan..

ini menara alor star ye kawan-kawan..

ini pulak pekan rabu..
6 minggu tinggal kat alor star memang pengalaman yang tak dapat dilupakan..
masa baru datang sawah padi hijau lagi..padi pun belum masak lagi..
sehari sebelum pulang ke shah alam semula dah start nampak orang bakar pendang..
means dah tuai lah kan..
lama gak 6 minggu tu rupanya..oh mai..

bakar pendang.

pastu macam biasa lah hari terakhir snap-snap gambar dengan physio2 yang ada kat situ..
^_^


semua sekali termasuk head of department :)


bila orang dewasa teringin jadi kanak-kanak begini lah rupanya..

miss praba

dari kiri : pn lydia, cik mus, pn hasniza, cik ruwaida :)

cik rama yang disayangi.

oh btw malam sebelum balik tu kawan-kawan student kkm bawak aku & mek dyana p kuala perlis berbuka makan ikan bakar..
memang syiok gila la..makan tepi laut yang takde lah macam laut sangat sebab time tu air surut..
makanan dia memang terbaik lah..macam nak pecah perut makan banyak sangat..
hohoho

ohhoi kuala perlis!

tu yang baju kelabu tu single sapa nak contact aku.yang lain-lain tak bleh.eh lupa yang tudung itam tu pon available gak.haha!

dan keesokan harinya pada hari sabtu telah pulang lah intan & mek dyana ke kuala lumpur semula..

itu stadium alor star ye kawan-kawan..bukan stadium shah alam.

bukti intan juga setanding dengan pramugari tersebut.heh.

dan tamat lah update secara pukal oleh intan pada kali ini..

kesimpulannya : clinical posting yang sangat berbaloi!

ok dah tamat.
jumpa lagi..

daaa!