Friday, July 08, 2011

movie world,gold coast.

Salam readers..

ha..arini nak citer  pasal pergi movie world plak..
maaf la aku terkedek2 update blog sebab skang aku tengah praktikal kat hospital sultanah bahiyah,alor star,kedah..
so arini baru lah senang lenang sket..maklumlah jumaat kan cuti kat sini..hee

okeyh.
actually movie world ni takde lah besar mana pon..
tapi dengan space yang kecik ni,diorang boleh buat tempat ni jadi seronok.
memang kagum betul lah.
biasa lah orang kampung pergi obersi memang jakun sket.heh.

Apa-apa pon..ambik gambar dulu ye.

lepas dah bergambar-gambar depan pintu gerbang..
kami sekeluarga pon terus beratur kat tempat nak tengok show kereta..
kat sini dorang ada tunjuk macam mana cara diorang shooting film lumba-lumba kereta tu.
heh entah lah aku pon taktau lah nak explain camne.haha!


boom boom ke baboom
lepas dah tengok boom kebabomm pin pin pon pon..
kami pon terus mencari arah untuk ke roller coaster yang ada kat situ..
ingatan ngeri terhadap roller coaster yang ada kat dream world tak abis lagi, dah kena naik roller coaster lagi kat movie world ni plak..
kekekeke.

so roller coaster yang first kitorang naik kat movie world ni ialah roller coaster scooby doo..
roller coaster ni dalam gudang..memang syok giler lah..
sepanjang kat roller coaster tu asik pasang lagu tema scooby doo je..
sampai dah nak hafal dah lagu tema tu.
haha.chomel lah. scooby doo where are you!


dah sudah naik scooby doo..
kami pergi naik superman pulak.
waaaahahahahaha.roller coaster ni bapak laju gila hamagad hamagadd orang gila pon tak selaju roller coaster nih.

tapi nasib baik dengan kepantasan tangan ayah aku yang memang tak join kitorang naik semua roller coaster ni..
dapat gak dia snap gambar kitorang tengah kat atas roller coaster tu :D

dua manusia itu sedang menghayati watak superman.

ha..siapa tu siapa tu..kekekeke.

duduk sebelah omputih kacak terus tak jadi nak takut.kekeke
untuk tidak menganak tiri kan batman yang kacak..
aku,ibu,along & adik pergi lah naik roller coaster batman pula..
disebabkan semalam masa kat dream world kitorang dah pernah naik benda yang lebih kurang camni gak yang tingginya 39 tingkat tu kan..
so bila kitorang naik batman yang tak berapa nak tinggi sangat tu..
alaaaahai celah gigi je.wah ha ha ha ha -gelak bongkak-

roller coaster batman itu yang di belakang tu ye.bukan yang dihadapan ini.


kemudian macam biasa lah..
intan mana boleh bersenang lenang kalau tidak shopping kan..
ada banyak kedai2 yang best kat situ..ada kedai harry potter, kedai batman, kedai bugs bunny, etc..
nanti bila beg spongebob yang 2 dollar tu dah rosak..aku nak berlagak pergi kelas bawak beg batman 2 dollar plak.
wah ha ha ha.



sambil jalan-jalan tu..
ada pulak pertunjukkan scooby doo kat tetengah jalan tu..

kadang kala saya keliru..adakah scooby doo itu sedang mengajuk rambut abang saya?itu saya tidak tahu.sila tanya scooby doo itu.

'eh along!eh bukan.itu scooby doo!" kata intan aka penunjuk tangan tersebut.
kemudian kemudian kemudian kannnn..
ada pertunjukan batman plak..
"hamagad hamagad batman u so handsome!hamagad hamagad!" kata intan sambil melambai-lambai ke batman dengan penuh semangat iltizam.
batman yang nampak keterujaan itu terus datang kat aku pastu bagi high 5 kat aku..
wah ha ha ha ha ha
batman hamagad hamagad (ini cerita benar ye kawan-kawan)
kihkihkihkih

batman yang kacak.
bas yang nak ambik kitorang pulang ke pangkal jalan hotel tu sampai pukul 5pm..
lepas show2 ni ada banyak masa lagi..
so kitorang pon jalan2 lah sekitar movie wolrd tu..
ingat nak naik roller coaster yang log kayu tu..tapi tutup lah plak..
akhirnya kitorang pon naik lah roller coaster kanak-kanak kat taman bugs bunny..
hurm..roller coaster kanak-kanak pon kami bedal :D


siap buat 'peace' lagi :D

weee..lihat lah siapakah manusia yang paling hadapan itu! 

cuba meniru aksi tugu tersebut.
bila dah abis semua ni..
kami pon pulang lah..
sementara nak tunggu bas kat depan pintu pagar tu, ternampak plak ada berndera Malaysia berdiri megah berkibar-kibar kat situ..
bendera Malaysia berkibar di Australia.. wah bangga bangga..


ok dah abis dah citer..
aku nak pergi jalan-jalan kat sawah di area rumah sewa aku ni..
till then..

daaaa!

p/s : ada satu lagi part lah citer australia ni.pastu aku citer pasal praktikal kat kedah ni plak.heee.. :D

3 comments:

Lulu Caldina said...

best, ngee, teringin nak kesana gak..

wanbu said...

perghhh... bestnyer dapat gie gold coast!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

wow!
meneraek photo2 ni
tq 4 sharing:-)