Saturday, June 25, 2011

percutian sekeluarga ke gold coast part1

Salam readers..

hee lama betul aku menghilang dari blog ni kan..
ada yg rindu?xde?okbai.

skema betul tajuk post kat atas ni..
tapi percaya lah.tajuk post dan isi kandungan post ini semua adalah cerita yang benar dan bukan omongan semata-mata..

so post ni akan dibahagikan kepada beberapa part..
ada brp part semuanya aku pon tak pasti..sebab ikut suka hati aku je aku nak bahagikan kepada beberapa part nanti.
ye seperti menaburkan garam ke dalam kari ikut gerak hati sendiri. -apakah?-

baiklah..
pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada ayah & ibu kerana membawa kami adik beradik melancong ke gold coast,australia. kekekeke
yang kedua kalinya aku nak ucapkan terima kasih kepada adik aku sebab belajar dengan jayanya pada PMR aritu..hee adik aku punya hadiah periksa, aku yang tumpang keseronokkan.
itu lah pentingnya kerjasama (Wonderpet, 2010).

bertolak dari malaysia dalam pukul 9.30pm camtu
and flight tu ada lah dalam 8 jam kot..
dan kerana hobi aku adalah tidur, makanya aku terus melaksanakan hobi tersebut sejurus sahaja kapal terbang itu terbang dengan jayanya..
dan kerana nasi lemak airasia yang berharga rm12 itu adalah enak, ia telah merangsang aktiviti peniduran aku dengan jayanya..
tidur tidur tidur tetiba je announce cakap nak mendarat dah..
"eh betul ke 8 jam ni?macam 8 minit je.." kata intan dengan poyonya di dalam hati.

Kiri ayahanda, kanan ibunda
ye..welcome welcome.
Yeay sudah sampai
keluar plane je terus rasa angin sejuk macam kat library mahsa.haha.
masa ktorang sampai tu suhu kat situ ada lah dalam 8darjah Celsius kot.ntah x ingat dah..tapi bawah 10 lah..
biasa lah cik senah..saya ni orang kampung mana lah pernah merasa sejuk2 ni.
so bila dapat rasa cuaca sejuk ni saya overr lah.


ibu dah start pakai glove dahh

pastu ada van datang ambik ktorang bawak ke hotel yang terletak di surfers paradise.
masa sampai kat hotel tu pagi lagi..dalam pkol 9 lebih camtu..
tapi check-in pkol 2..so kami sefamily pon pergi lah bersiar-siar di sekitar surfers paradise tu..

apa-apa pon kita breakfast dahulu ye..
ayah kata ikut suka lah nak makan apa..yeszaa..
tapi bila fikir2 convert duit malaysia x3.2+ terus rasa serba salah nak buat pilihan.haha!



gendang gendut tali kecapi kenyang perut sukahati
lepas makan pergi lah kami berjalan-jalan menghabiskan masa yang ada..

ntah apa motif ntah nak ambik gambar dengan guitar besar ni

biru mendamaikan

cuba teka mana satu kakak mana satu adik.kikiki


saja nak gedik.

surfers paradise tempat kami jalan2 & tinggal ni sebenarnya tepi pantai je..
humangaihh cuci mata habis ramainya omputih kacak di sini hamagad hamagad..
rasa macam nak bawak balik satu je.kihkihkih


burung itu sedang terbang

percayalah.rambut saya amat berlawan bentuk fisiologi dan psikologinya dengan rambut manusia di sebelah itu.

So bila dah pukul 2 kami pon pergi lah ke hotel & check-in bilik masing-masing..
kat sana siangnya pendek..
kitorang solat isyak pukul 6 petang.
tapi pukul 6 petang kat sana dah macam pukul 9 malam kat malaysia.
and bila kitorang ronda-ronda kat area2 shopping tadi, terjumpa lah kedai makanan malaysia..
dan kami pon dinner lah di sana..


dan makanya tamatlah hari pertama kami di sana..
ok dah aku pon nak tidur ni.

heee. daaa~

p/s: lagi seminggu nak pergi practical hospital alor setar.ketaq lutut!

7 comments:

una said...

cpt2...keluarkn part2 yg lain.
heeeee

intan said...

una:
heee baikkk!

Sr. adda said...

bezzzz! thnx to ur adek, hehehehe....

intan said...

adda : ha..betul betul ;p

shedameor said...

bestnya!

intan said...

shedameor : yeap ;)

shedameor said...

teringin nak pegi sana jugak :)