Wednesday, March 09, 2011

definisi cinta

salam readers..

cinta.
ye..apa itu cinta sebenarnya?
apa yang kita cari dalam cinta sebenarnya?

aku tak percaya cinta dan sayang itu adalah benda yang sama.
mereka mungkin kembar.
mungkin seiras, tapi dua benda yang berbeza.

beberapa ketika ini aku sering terpanggil untuk memikirkan apa itu cinta sebenarnya.
dan bagaimanakah perasaan cinta itu sebenarnya.

sumber gambar : Link

sebagai seorang muslim, ye. aku cintakan tuhan aku.
kenapa aku cintakannya?
sebab Dia berikan aku kehidupan.
Dia memberi aku peluang bernafas dan menjalani hidup yang kadangkala tak terdaya aku teruskan.
dan Dia juga yang memberi aku peluang untuk merasa perasaan cinta sesama manusia.

berbalik kepada cinta kepada manusia.
aku tak rasa sayang itu adalah cinta. itu adalah sayang.
aku tak rasa berpegangan itu adalah cinta. itu adalah nafsu.
aku tak rasa berciuman berpeluk mesra sesama bukan muhrim itu adalah cinta. itu nafsu.
aku tak rasa message dan bercakap on phone 24/7 dengan kekasih itu adalah cinta. itu nafsu.
dan aku tak rasa bila seseorang mempunya kekasih, itu adalah cinta nya.

cinta adalah subjektif.
jika orang tanya apakah itu cinta?
jawapan aku ialah cinta itu hati.
kau cakap kau cinta tuhan.
tapi macam mana perasaan cinta kan tuhan itu?
jawapannya ialah hati.

sumber gambar : Link

cinta itu adalah hati.
hanya hati yang dapat mentafsirkannya.

tatkala berbual bersama, jika kau dapat rasakan hati, itu cinta.
tatkala mendengar namanya, jika kau dapat rasakan hati, itu cinta.
tatkala melihat gambarnya, jika kau dapat rasakan hati, itu cinta.

jika masih ragu-ragu dengan hati, tanya pada si Pencipta hati, tuhan kita.
jika benar itu cinta semoga dipermudahkan segala urusan.
jika benar itu cinta pohon lah agar perasaan cinta itu tidak bercampur baur dengan nafsu.

syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia.

cuma satu pesan aku. jika perasaan cinta (kepada berlainan jantina) itu sudah hilang, lepaskan ia pergi.
pengalaman mengajar aku untuk lebih matang dalam cinta.
memberi cinta dan menerima cinta.

kebelakangan ini aku sering dirujuk oleh rakan-rakan apabila mereka ada permasalahan dalam percintaan.
ada juga antara mereka yang merujuk kepada aku sementelah gagal dalam percintaan.

pesan aku kepada yang gagal,
jangan mengalah, teruskan kehidupan dan cari cinta yang baharu. cinta adalah hati. hati tak akan pernah hilang.

dan sebagai penutup,

cinta itu indah.
tapi cinta tak bermakna memiliki.

-intan syerlina-

6 comments:

una said...

intan, gila berfalsafah.
well, amma sgt setuju.
cinta tu tidak semestinya memiliki.

" menyayangi tidak bererti memiliki, memiliki pun tidak bererti menyayangi, sayangi apa yang kita miliki, bukannya miliki apa yang kita miliki".

moga anda akan bertemu cinta yang akan membahagiakan intan. insyaAllah.

Diyana said...

Alhamdulillah..dpt serap nasihat2 tu..apa yg org rasakan dpt sekarang ialah "hati" bila mana smua ttg dia terlintas difikiran & pandangan~awww~ ~.~

intan said...

una :
terima kasih atas nasihat itu, ammakun

insyallah ;)

intan said...

diyana :
jaga hati baru anda tu elok2..
doa saya semoga kalian berkekalan hingga ke akhirnya ;)

Diyana said...

thanx a lot intan :D

intan said...

diyana : ur welcome ;)