Monday, March 21, 2011

macaroons

salam readers..

how are you
welcome to malaysia
lady gentleman lady gentleman
lets go lets go chopping
lets go lets go chopping
sumber lyric: Link

pada hari ahad yang tak berapa nak bahagia disebabkan assignment yang aku tak sentuh lagi ni..
aku dengan tanpa rasa serba salah pergi lah mengikut family aku pergi beronda ronda kuala lumpur..
mula-mula sekali hantar noni & dodo ke klinik kembiri spca dbkL kat setapak..
nak pergi kembiri kan mereka berdua ini..


setelah selesai semuanya..
macam biasa la..aktiviti keluarga kami setiap bulan..
makan2 di kLcc..
menu makan pon macam biasa..

selepas makan2 kat food court atas tu..
kami berjalan2 lah dahulu mencuci cuci mata..
lepas tu aku dengan penuh bersemangat sampai tak lena dibuai mimpi memikirkan harini aku kena gak cari macaroons seperti yang di uar uarkan oleh orang ramai ketika ini..

xde motif xde motif.

macaroons ni ada di jual di harrods, London.okbai.

ish jangan lah begitu.
di harrods klcc pon hado jugak..

kaler kuning ada..

kaler orange ada..kaler biru ada..kaler pink pon ada.

harga dia 6 ketul RM15..
aku beli 6 ketul saja just untuk mencuba rasa camne la benda cute yang mewarnai kehidupan ni punya rasa..

aku beli 2 kaler pink, 2 biru, 2 coklat.

packing di luar

dalam.

so camne rasa dia?
hurm i rasa berbangga sebab dapat riak dan bongkak membawa beg plastik 'harrods' di sekitar klcc pada hari ini.
kakakaka.apa..?tak lawak pon..?
ok.fine.

hurm rasa dia manis sangat..!
yang kaler biru & pink tu aku rasa macam lebih kurang je perasa dia..
tapi hamagaddd yang coklat tu sedap lah!
diluar keras tapi bila gigit rasa lembut..
xtau camne lagi nak describe..kalau korang nak tau..
cuba lah try.. ;)

size dia kecik je..macam 2x ganda size duit syiling 50sen tu je..

makhluk ni saja nak menempel.



chomel lah

ok sampai di sini saja..
till next post
daaa!

p/s : tak sabar nak cuti sem next week!

Wednesday, March 16, 2011

weekend yang err..

salam readers..

weekend yang err..
tak tergambar macam mana weekend ni..

mungkin kerana kegembiraan selangor dan manU menang pada malam yang sama..
dan seronok bila buat macam2 aktiviti
tapi tak seronok bila duit dalam beg duit tinggal duit syiling sahaja
oh begini lah nasib seorang pelajar yang ketiadaan sugar daddy.
pergi berjimba jimba satu hari je terus poket kosong.

oh agak lama tak update blog selepas entry geli-geli definisi cinta tu kan..
al-maklum lah beberapa harini penulis mengalami tekanan emosi sampai tiada apa yg hendak diluahkan di dalam blog..

ok dari terus membuang masa,
mari lah kita straight to the point..

pada hari sabtu yang lepas,
aku sebagai seorang kakak yang tawaduk dan taat kepada arahan adiknya
telah pergi menonton wayang hikayat merong mahawangsa
ouh ouh nyahhh
kemain dahsat body sang merong tu ye
ter nganga-nganga ter meron-merong dik non melihat ke tough an body tersebut

hikayat merong mahawangsa.

cerita memang best..mengasyikkan..
dan suka dengar bahasa melayu yang diorang gunakan
sungguh klasik!
dalam banyak2 watak dalam citer tu aku paling suka dia ni..

yes.dia ni.

anuar zain.

kihkihkihkih
aku suka dia ni sebab walaupon dia tak memunculkan diri tapi hanya memunculkan suara je dalam movie ni,
aura nya begitu terasa dan menusuk kalbu ku ini
kihkihkihkihkih *tekup muka kat bantal tanda malu sang dara*

ok selepas puas mencuci mata..
kami mencuci mulut dengan makanan pula..

ini sang kakak.muka beliau memang sentiasa begitu ketika berhadapan dengan makanan.

ini sang adik.

then kami meneruskan eksplorasi jimba-an ini dengan ke pusat karaoke yg terletak di ole-ole seksyen 18, shah alam..

ni mesti la adik aku punya lagu.

ku sangka berjimba hanya di siang hari,
rupanya berlarutan hingga ke malam..
pada malam hari ibu telah mengajak pergi makan di ani sup utara kat seksyen 9..
al-maklum lah bila ayah out station, kami anak beranak berpoya poya lah.

sup cendawan

itu ibu kami.

kerana kemenangan selangor haruslah berlagak dengan jersey selangor,bukan?

oh -terdiam-

selepas makan kami ke uptown shah alam kat seksyen 24..
oh suasana yang sama seperti wakaf che yeh kat kelantan!


ok keesokan harinya pula..
mcm biasa la aktiviti weekend bila time musim-paham2-la ye..
pergi ke kenduri jiran kahwin kat dewan seksyen 18..
balik je kenduri tetiba rasa macam nak makan abc fradoo
al-maklum lah dah sebulan lebih tak makan..
dulu duduk penang hampir setiap hari cakap 'kan bagus kalau ada fradoo kat sini'

beli bungkus siap makan kat taman tasik seksyen 2 lagi.

konon makan abc kat tasik romantik abis lah
padahal dengan adik sendiri je
sayu.


pastu malam before balik hostel pergi makan malam dengan 1 family plak..

tamat.

p/s : heeeee

Wednesday, March 09, 2011

definisi cinta

salam readers..

cinta.
ye..apa itu cinta sebenarnya?
apa yang kita cari dalam cinta sebenarnya?

aku tak percaya cinta dan sayang itu adalah benda yang sama.
mereka mungkin kembar.
mungkin seiras, tapi dua benda yang berbeza.

beberapa ketika ini aku sering terpanggil untuk memikirkan apa itu cinta sebenarnya.
dan bagaimanakah perasaan cinta itu sebenarnya.

sumber gambar : Link

sebagai seorang muslim, ye. aku cintakan tuhan aku.
kenapa aku cintakannya?
sebab Dia berikan aku kehidupan.
Dia memberi aku peluang bernafas dan menjalani hidup yang kadangkala tak terdaya aku teruskan.
dan Dia juga yang memberi aku peluang untuk merasa perasaan cinta sesama manusia.

berbalik kepada cinta kepada manusia.
aku tak rasa sayang itu adalah cinta. itu adalah sayang.
aku tak rasa berpegangan itu adalah cinta. itu adalah nafsu.
aku tak rasa berciuman berpeluk mesra sesama bukan muhrim itu adalah cinta. itu nafsu.
aku tak rasa message dan bercakap on phone 24/7 dengan kekasih itu adalah cinta. itu nafsu.
dan aku tak rasa bila seseorang mempunya kekasih, itu adalah cinta nya.

cinta adalah subjektif.
jika orang tanya apakah itu cinta?
jawapan aku ialah cinta itu hati.
kau cakap kau cinta tuhan.
tapi macam mana perasaan cinta kan tuhan itu?
jawapannya ialah hati.

sumber gambar : Link

cinta itu adalah hati.
hanya hati yang dapat mentafsirkannya.

tatkala berbual bersama, jika kau dapat rasakan hati, itu cinta.
tatkala mendengar namanya, jika kau dapat rasakan hati, itu cinta.
tatkala melihat gambarnya, jika kau dapat rasakan hati, itu cinta.

jika masih ragu-ragu dengan hati, tanya pada si Pencipta hati, tuhan kita.
jika benar itu cinta semoga dipermudahkan segala urusan.
jika benar itu cinta pohon lah agar perasaan cinta itu tidak bercampur baur dengan nafsu.

syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia.

cuma satu pesan aku. jika perasaan cinta (kepada berlainan jantina) itu sudah hilang, lepaskan ia pergi.
pengalaman mengajar aku untuk lebih matang dalam cinta.
memberi cinta dan menerima cinta.

kebelakangan ini aku sering dirujuk oleh rakan-rakan apabila mereka ada permasalahan dalam percintaan.
ada juga antara mereka yang merujuk kepada aku sementelah gagal dalam percintaan.

pesan aku kepada yang gagal,
jangan mengalah, teruskan kehidupan dan cari cinta yang baharu. cinta adalah hati. hati tak akan pernah hilang.

dan sebagai penutup,

cinta itu indah.
tapi cinta tak bermakna memiliki.

-intan syerlina-

Friday, March 04, 2011

pulang dari kepala batas singgah sebentar di taiping


salam readers..

hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri
lebih baik di negeri sendiri

ceceh intro kemain lagi..
haha!

yessa sudah hampir seminggu aku pulang ke shah alam tanah tumpahnya darahku..
macam rasa baru je start 1st day intern kat hospital kepala batas..
~pooooofff!~ dah abis dah..

so dikesempatan ni saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kak siti kerana sudi tumpang kan saya dan menjaga saya dengan penuh daya usaha dan daya saing yang tinggi selama sebulan ini..

tadaa..ni lah kak siti.. ;) well akak ni single..sapa nak berkenalan bleh contact aku..aku ejen dia..kihkihkih

so di sekitar minggu terakhir di hospital sangat lah gembira nya..
maklum lah..orang2 yang last week intern memang suka buat hospital bagai diri sendiri yang punya..

orang yang baik memang sentiasa di buli.

bersama puan rosmini..physio yang gerekkkk~

kek sebagai tanda terima kasih.

makanan, dikau lah kesayangan ku.

so pada hari sabtu..
ayah aku datang untuk membawa aku pulang ke jalan kebenaran..
err..i meant pulang ke shah alam..
tapi sebelum pulang ke shah alam, kami sekeluarga bermalam di taiping, perak..
saja je nak jalan2 tengok taiping..
coz ktorang tak pernah pi taiping sebelum ni..

sampai je di taiping, kami check in di hotel seri malaysia..
biasa la..orang malaysia, harus lah duduk di hotel malaysia..
masuk je bilik terus snap gambar geli geli depan camera dengan cik Bedah..
pastu kami sekeluarga dengan penuh keterujaan tukar2 baju terus masuk swimming pool..
pergh..dah sebulan aku tak berswim...memang rasa fresh gila la kan!

gambar geli geli dengan cik Bedah.

lepas swim, wajib lah lapar kan?
so ayah membawa kami ke restauran Doli..
pergh kuey teow goreng dia memang terbaik lah


kuey teow goreng terbaik.

di malam hari, kami ke night safari pula..
harga tiket RM16 seorang..
ala ayah yang bayar..ada apa kehal..
tapi disebabkan waktu malam dan keretapi toot toot yang berjalan dengan kadar agak pantas..
gambar yang di snap kebanyakannya blur..

kat pintu masuk ada jual banyak barang souvenir ^_^

naik ketapi toot toot

encik Bad yang mana eh? encik BADak sumbu..

gajah.

keesokan harinya..
sebelum berangkat pulang ke shah alam..
ayah bawak pusing2 taiping & taman tasik yang terkemuka kat situ..
cantik gila taman tasik ni..
macam dalam iklan..

peluk pokok takpe.tak berdosa.

kegembiraan kemain. haha!

gambar macam emo2 sikit..

so sampai di sini sahaja..
daaaa~

p/s : kehidupan yang tenang apabila sepenuh masa adalah untuk diri sendiri.masih belum bersedia untuk berkongsi masa.