Sunday, February 20, 2011

minggu ketiga di kepala batas..makan 3x ganda

salam readers..

pada hari jumaat, jam 4.30 petang..
telefon bimbit ku berbunyi..ttutt ttutt..ttutt ttuutt...
message yang ringkas.. "puan sri abis kerja pukul berapa?"
oh..puan sri corry rupanya yang mengetextan aku..
so plan punya plan..
keluar lah kami bertiga..aku,puan sri sonia,& puan sri corry..
kami bertiga ni berkenalan pada suatu masa dahulu zaman muda mudi tatkala aku berpraktikal di kelantan..
diorang ni student acms..
kampus acms ni kat kepala batas ni ha je...
so di kesempatan ini kami pon berjumpa dan bergembira serta beriang ria kerana makan ada orang belanja..
kihkihkihkihkih..
tq sonia!tq corry!
nnt bila anda berdua duduk kL lama sket text puan sri ye..kita p jalan2 sama lagi :p

bersama puan sri corry

bersama puan sri sonia

habis cerita tentang jumaat punya malam..
skang cerita pasal hari sabtu pula..

sepatutnya pergi beronda-ronda di island dengan imbran..
tp last2 tak jadi sebab imbran x dapat cari kereta & dia xnak naik bas..
so aku pon saja2 je call hafiz atau nama manjanya tansri apis utk ajak teman..
dengan begitu senang lenang beliau menfree kan dirinya sendiri untuk menjadi pemandu pelancong aku ke island..
well..apis ni pon student acms..geng corry & sonia..kami kenal di kelantan juga masa sama2 praktikal dulu..
tp sayangnya sonia & corry tak dapat sama2 ikut kami p island sebab dorang terpaksa ke taiping sebab diorang berpraktikal di hospital taiping start next week..

so..kami bertemu di station bas di pagi hari..
naik bas dari bertam ke jetty..then naik jetty ke island..

tadaaa..ni lah tansri apis

okeyh firstly..korang perasan tak yang mulut apis ni lebar?
korang tau tak kenapa mulut dia lebar?
yessaa!tepat!sebab dia kuat bercakap!
kuat bercakap tidak lah bererti bercakap dengan nada yang kuat..
oh tidak tidak..
heee..manusia ini adalah manusia yang paling suka bercakap..
pot pet pot pet..pot lagi..pet lagi..
seharian dengan dia ni memang mulut aku tak berenti gelak..
ada je cerita yang di ceritanya..
nampak kambing cerita pasal kambing..
nampak lembu cerita pasal lembu..
nampak kereta cerita pasal kereta..
nampak perempuan cantik cerita pasal intan syerlina..
oh sudah terang lagi bersuluh pernyataan terakhir itu intan menipu..

sampai je di jetty..
tansri bertanya.. "ok..memula intan nak pergi mana..?"
dengan tenang aku menjawab.. "makan"
ye.ringkas dan padat jawapan itu..
so tanpa berlengah lagi kami berjalan di tengah panas terik ke restauran kassim mustafa yang kedudukannya tidak lah begitu jauh dengan jetty..

nasi kandar di sini sangat sedap lah!

selain suka bercakap, beliau juga suka berposing.

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut amat suka hati

hobi aku hanya ada dua..
1. makan.
2. shopping
3. tido
4. cuci mata
oh baru aku perasan hobi aku ada 4 rupanya..

so untuk melaksanakan hobi yang nombor 2 itu..
apis telah membawa aku ke pasar chowrasta untuk bershopping shopping di situ..
tujuan utama ialah kerana ibu & encik besfren sang asrul mengirim beli jeruk..
jeruk memang sangat murah dan fresh di sini!
errr...
tapi macam biasa la..
aktiviti shopping mesti over seperti yang dirancang..
nampak tudung beli tudung..
nampak t-shirt beli t-shirt..
nampak jejaka kachak?
ha..jangan buat apa2..tengok sahaja..
kihkihkih



setelah semua barang yang dicari dah dapat dan terlebih beli..
kami pon menyusuri jalan sehingga lah ke komtar..
di sini kami menunggu bas shuttle yang free utk bersiar2 di sekitar bandar georgetown..

persis berposing di tepi menara pisa.

apalah fungsi nya camera kalau bukan utk berposing,bukan?

next destination..
kami ke muzium pulau pinang pula..
muzium ni sangat cantik..
dan best..!
bayaran rm 1 sahaja..& tak boleh snap gambar di dalam muzium ye..

muzium pulau pinang.

setelah puas kami berduet menyanyikan lagu2 p.ramlee dan saloma..
(sebab skang muzium sedang buat pameran special tentang musician yang terkemuka di pulau pinang)
kami bergegas ke padang kota utk menunaikan hobi pertama aku iaitu makan.
yesssaaa..
kalini aku makan pasembor & cendol..
makan tepi laut lagi..baik punya..~

ini nama dia pasembor.

ini pula cendol.bukan barbie doll,kata apis.

sorang muka jujur sedang makan, sorang lagi muka penuh kepuraan cover2 nak makan.kihkihkih

disebabkan perut kami masih 1/4 penuh makan nasi kandar tadi..
kitorang kongsi2 makan pasembor..
aww awww motif nak gtau kat blog?
konon so shweet la tuh?
bhahaha!
-jangan sakitpunggung kawan2-

ok dah abis citer..

daaa~

pasni buat entry pasal kak siti plak ^_^
ha..suka lettew..

p/s : cepat lah sabtu..saya rindukan ibu saya T_T

Monday, February 14, 2011

island, pulau pinang.

salam readers..

hari sabtu yang lepas..
aku telah pergi beronggengronggeng beronda-ronda 'island' pulau pinang..
perjalanan di mulakan dengan menaiki bas rapidpenang dari kepala batas ke penang central..
kemudian, aku menaiki jeti pula ke pulau..
bayaran rapidpenang (bas 601) dari bertam ke penang central ialah rm2.70..
dan naik feri pula rm1.20 (duit syiling sahaja)

penang central.

sampai je kat pulau..
terus tanya kat uncle2 driver rapidpenang yang ramahtamah lagi mesra, bas nombor berapa nak pergi ke komtar..
rupa2nya..nak pergi ke komtar dari jeti,boleh naik je mana2 bas..
semua bas akan stop by kat komtar..harga rm1.40 saja..
kemudian bila dah smpai komtar..
tunggu blogger terkemuka cik yana (Link) dan rakannya, ayu..
diorang berdua la yang bawak aku bersiar2 di pulau sepanjang seharian ini..

tiket rapidpenang.

sebelum memulakan perondaan di pulau pinang..
apa yang perlu intan buat ye rakan rakan semua?
ye..tepat jawapan kalian semua..
intan memang tak boleh dipisahkan dengan makanan.
maka cari lah kami bertiga tempat makanan..
oleh sebab kami masih lagi dalam mood chinese new year..
kami memilih utk makan pizza hut.. (huh? =.=" )
bhahaha!

cik ayu & cik yana


okie sudah puas makan kanak2 semua..?
sudah,cikgu!
bagus..
sekarang mari kita lancarkan sistem pencernaan kita dengan berjalan2 sambil wash eyes di prangin mall & di 1st avenue..

bersama cik yana.

cik ayu kata muka kami persis mutiara kembar. benarkah?

dah puas bergambar berposing bergelak ketawa bersuka ria dan pelbagai ber lagi..
kami meneruskan perjalanan ke padang kota..
dengan menaiki bas free dari komtar ke padang kota..
kami bercanda di tepian pantai..
kita bersama bermadu asmaaaraa..
cinta setia...
aww aww ni apa plak nyanyi lagu sharipah aini plak ni kan..

ye..saya seorang pelancong.

padang kota.

kat sini kami pekena ais kacang di tepi laut sambil menonton dil to pagal hai..
pastu lepak2 tepi laut..
ambik feeling emotional seketika..
kemudian terus ke fort corwallis..
bayaran yang dikenakan rm2..
thus, stiap sabtu & ahad pukul 6pm-7pm ada persembahan kat dalam tu..
persembahan apa?aku pon xtahu..sebab aku tak p tengok pon..
hehehe


pelancong harus lah bergambar dalam posisi menegak, berhemah dan tawaduk!



lepas selesai semuanya..
kami pon kembali ke jeti..
cik yana & cik ayu mengambil bas utk kembali ke usm..
manakala aku ke feri semula utk balik ke penang central & seterusnya menaiki bas ke bertam,kepala batas..
oh yeah..feri bayar rm1.20 tu sekali je masa datang..
masa balik x payah bayar dah..

pemandangan yang begitu menarik,bukan?

sebagai kesimpulannya..
kalau nak melancong di pulau pinang..
naik lah bas..
bas memang sentiasa ada..pemandu nya pula semuanya mesra2..
jalan sorang2 je pon no hal lah! ;)

p/s : weekend ni nak pergi lagi..nak pergi cari sourvenir kat pasar chowrasta..

Sunday, February 06, 2011

aku bukan budak bandar, engkau bukan budak kampung.

salam readers..

aku dilahirkan di klang dan dibesarkan di shah alam..
dan sedang menuntut ilmu di petaling jaya..
tapi dalam kehidupan aku..
aku memang tak pernah terfikir apakah itu perbezaan antara budak kampung atau budak bandar..
kenapa kita mesti nak membeza2 kan manusia dengan di mana beliau itu lahir dan dibesarkan,bukan?
apakah manfaat yang kita dapat dari itu?
bangga kah kamu bila kamu lahir & dibesarkan di bandar?
malu kah kamu bila kamu lahir & dibesarkan di kampung?
this is bullshit.siapa yang mengada2 itu tak boleh ini tak boleh memang buat aku hot..

sama je why i hate paris hilton damn much..
sebab muka macam ntah apa2 je.famous sebab bapak kaya.kalau bapak ko tak kaya,ntah apa yang ko buat sekarang.
eh apa aku termengarut pasal paris hilton..

okayh back to the point..
mak aku selalu marah bila aku apply tempat praktikal yang jauh2..
susah, katanya..
well..

aku ada reason sendiri kenapa aku suka mintak praktikal jauh dari rumah aku,shah alam..

sepanjang dah 6 kali aku pergi praktikal..dah macam2 yang aku hadapi..

sem 2 : duduk kem tentera di melaka..sepanjang sebulan memang bergaul dengan tentera sahaja.
bilik yang didiami juga setiap pukul 3 pagi akan terpadam lampu.
and aku kena pergi ke bilik yang agak jauh utk naikkan suis utama.
tak cukup dengan itu, tengah2 malam ntah ada makhluk apa ntah dok main bukak tutup suis lampu & kipas bilik aku.
sem 4 : di melaka juga,tapi kali ini di hospital besar melaka..
duduk di rumah sewa..urm..rumah ke..lebih kpd bilik rasanya..
and aku yakin mereka2 si gadis paris-hilton-wannabe akan muntah dan menyumpah seranah bila tengok rumah sewa aku..
toilet yang tiada flush.berlumpur sana sini.
pintu masuk ialah di hadapan toilet..
bilik yang tiada tingkap..agak melemaskan..
sem 5 :
berpraktikal di kelantan..di mana aku dapat saksikan yang masyarakat perempuannya lebih rajin bekerja berbanding masyarakat lelakinya.ini adalah kenyataan.jangan cuba menidakkan..
tiada pawagam di sana.tapi cuba renungkan..penting sangat kah pawagam dalam kehidupan kita?tidak,bukan?pawagam jika tiada dalam dunia ini juga tidak akan memberikan effect dalam kehidupan kita,bukan? -unless la kalau kamu seorang pelakon,pengarah,etc-
sekarang aku di sem 6 dan sedang memerhati dan menikmati kehidupan yang sementara di kepala batas,pulau pinang.

aku orang melayu.
orang melayu tiada bandar, tiada kampung.
kita semua sama.satu keturunan yang sama.

aku menggemari cencalok dan belacan.
tapi tidak menggemari budu, petai dan tempoyak.
tidak menggemari bukan bermakna kita perlu menghina makanan tersebut,bukan?

aku suka membeli belah di pusat beli belah terkemuka di ibu negara malaysia.
tapi ini bukan bermakna aku akan memperburukkan pusat membeli-belah yang bukan di ibu negara,bukan?

melayu tetap melayu.
jangan menidakkannya.

"i tak boleh tidur kalau xde aircond sebab i dah biasa memang dari sejak my mum mengandungkan i dia tidur dalam aircond je.."
"i tak larat la nak jalan kaki atau naik bas ni sebab i masa kat rumah driver i yang selalu hantar i pergi dan balik"
"i tak boleh makan makanan yang macam ni..euuuww geli lah.macam makanan anjing je"

this is bullshit,my friend.

sedar lah diri.
anda bukan sesiapa.

kita semua hanya menumpang sementara di bumi tuhan ini.




sekitar pemandangan di sini..dikelilingi sawah padi..sangat mendamaikan,bukan? :D

"dimana bumi dipijak
di situ langit dijunjung"

p/s : ini luahan perasaan.jarang sekali berbuat begini.

Saturday, February 05, 2011

minggu pertama - kepala batas,pulau pinang

salam readers..

okeyh arini dah hari sabtu..
so dah tamat la seminggu di sini!
sangat cepat,bukan?woohooo~

sepanjang seminggu dok kat hspital ni load kerja biasa2 je..
erm..bukan biasa2..tp luar biasa senang lenang dok sini..
balik je kerja boleh tengok tv smpai tengah malam baru masuk tidur tanpa rasa bersalah..
kalau praktikal2 yang sebelum ni jangan harap lah..
balik kerja,basuh uniform semua pastu dah start baca buku utk esok pulak..
kadang-kadang baca smpai tertidur depan buku.
okeyh itu tipu.

okeyh citer pasal makanan..
kalau dah datang pulau pinang haruslah makan nasi kandar,bukan?
yessa...hari pertama kita pekena nasi kandaq utk lunch!

nasi kandar.

pastu utk hari-hari yang berikutnya aku dah kelaparan so terlupa nak snap gmbr mknan tersebut..
kehkehkeh

bersama dengan student acms.

kemudian...
pada hari khamis yang lepas..
sempena cuti tahun baru cina..
kak siti aka tuan rumah yang aku tengah duduk kat sini..
bawa aku pi kenduri kat alor setar..
hee aku pasal mknan semua layan,kan..?
so ada apa yang menarik di sana?
ttett no comment!kehkehkeh..
x bleh comment apa2 kang nnt ramai yang butthurt dengan aku plak kat blog ni :p

selamat datang ke kedah darul aman.

istana anak bukit.

anak kepada kL tower, menara alor setar..


pekan rabu..

memula kami plan nak naik menara alor star tu..
bleh tengok satu malaysia.
ceceh.pentipu.tengok satu alor setar,mungkin.
tapi tutup plak..biasa la..kita kan satu malaysia..
cuti CNY orang melayu harus lah cuti jua kan?
nak melawat kawan2 kita sambut CNY la kan? pffffttt
so cancel la plan nak naik atas tu..
pastu kami ke pekan rabu & shopping complex apa ntah nama dia yang berhampiran situ...
urm..barang2 yang dijual kat pekan rabu tu lebih kurang cam kat pasar siti khadijah..

dalam pekan rabu.

arked.

then bila dah abis ronda2 alor star..
kami ke sungai petani pula..
p tesco makan kfc pastu pegi the store plak teman kak siti shopping shopping..
ehem..teman sahaja,wokeyh..

the store, sungai petani.

dah abis semua tu..
kami pon pulang lah ke pangkal jalan..
abis cter..

daaaa~

p/s : rasa nak update lagi satu entry jap lagi :p