Monday, January 03, 2011

jalan jalan cari guitar.


salam readers..

ini entry terperuk.
sudah tamat musim.
dan sangat tahun lepas.
tapi aku nak update gak.

beberapa minggu yang lepas..
adik aku dapat result pmr..
and aku dari awal tahun dah janji dengan dia yang aku akan belikan dia guitar kalau dia dapat 8A..
adik aku ni dia agak skema..
makanya aku dah ambil langkah berjaga2 dengan menabung dari awal tahun lagi sebab result sebegini sudah aku dan tok gurukoji jangka kan.
menabung sehari rm1 bila setahun sudah ada rm365.
lagi rm215 tu aku telah berjoli dan berfoya foya untuk kepentingan diri sendiri dengan jayanya.
makanya tinggal lah lagi rm150 budget utk adik aku yang skema ini..

so dengan budget yang ciput ini..
abang kami sudi menampung dan menamping perbelanjaan selebihnya..
makanya pada hari yang sudah lupa tarikhnya ini..
kami pon keluar merayap rayap di sekitar shah alam utk mencari barang kemahuan adik bongsu kami ini..

oh ini lah adik aku yang dapat 8A pmr tu.(ini ayat perli) bhahaha.cam kenal je ayat.cis aku tak suka beliau yang empunya ayat itu.

baju kuning itu adalah abang kami.baju merah itu adalah kakak adik kami.

ini adik kami lagi.beliau ada lah watak utama dalam entry kali ini.

memula cari kat alam sentral..
ada 2 kedai guitar kat sini..
tapi satu guitar pon tak di perkenan oleh abang kami.
makanya kami berangkat ke sacc mall yang terletak hanya sekangkang anak itik tok wi itu sahaja.
tapi kenapa mesti di perkenan oleh abang kami?bukan adik kami?
ouh ini kerana abang kami adalah penaja utama dalam program kali ini..
walaupon aku budget rm150..tapi untuk beli guitar ini budget aku hanyalah rm100..
lagi rm50 tu aku simpan utk belanja adik aku makan kat kedai kopi yang akan diberitahu kelak.
ye.aku suka makan.makanya aku akan belanja makan.
supaya aku bleh makan sekali.

abang aku test test testing 1 2 3 aww

bila dah kat sacc baru la abang kami berpuas hati dengan kualiti guitar ini..
so kami beli di sana sahaja..

tengok muka budak yang puas hati mengopak abang dan kakaknya yang pemurah.

and petang selepas kami ber gathering dengan blogger yana tu aku telah mengopak kembali adik aku dengan meminta beliau belanja aku makan icekimo..
yeah itu adalah contoh seorang kakak yang bijak bestari.


ini lah benda nya..1st time makan..urm biasa2 je lah rasanya..fradoo lagi best.

ahha..sudah nampak makanan di situ...
tidak lah lengkap blog ini jika tak tulis pasal makanan..
ho yeah..
malam selepas dapat result tu..pak kami telah membelanja kami makan malam di nando's..
sekali lagi kita tolong lah lupakan diet itu dan sila lah makan dengan rasa yang senang.

tengok gaya pak aku senyumm...scarrrry kan?ha ha ha!

ini adalah gambar tiada motif dalam entry ini. eh ada.saya mahu menunjukkan muka saya sangat tulus mulus tanpa sebarang jerawat pada waktu ini. ini menjadi tanda tanya saya hingga kini.kemanakah mereka menghilang?

ha..lapar tak lapar tak?

okay then dah habis cerita.
seterusnya hanyalah gambar gambaran kami berposing dengan guitar di taman taman cinta.


p/s : hari khamis dah start kelas.cis.tak puas berehat lagi.

19 comments:

DIRIKU said...

huuuu...tahniah kepada watak utama entri kali nih yea..

:D

intan said...

yulia : hahaha..
nnt dia on9 dia jawab :D

AISHA INANI said...

hebat adik ko.
mintak gitar tuh tak penah terpikir pulak aku!

congratess!

intan said...

aisha :
hahaha tu semua idea dia la tuh..
kalau bab nak mengopak kakak dia memang panjang akal sket :p

ada mokhtar said...

teringin sangat nak bljar petik gitar, tapi tak da sapa nak jadi guru.. huhu

intan said...

ada :
belaja sket2 lama2 pandai la.. ;)

izzati said...

tahniah kerana berjaya dikopakkan oleh adik anda. haha :P

intan said...

ati :
yeah..terima kasih :D

adda said...

e'ehhh...nak kire ckp sbg kakak mithali r nie... ;p
cayok...! g kelas tu!

intan said...

cik adda :
hihihihi baiklah!

DIRIKU said...

oki3...

nyway..saya tag kamoo lagi..:DD

http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/01/jom-sertai-bloglist-blog-bdk-botak.html

intan said...

orait..
thx yulia ;)

fyna said...

sedapnya nandos! i dah la xpenah mkn kt citu =.=
neway adik u dpt jugak gtar ek? wah2..

intan said...

fyna : nnt try la p makan sana..
best.. ;)
dapat mmg la..tp kopak i..
hahaha :D

shaLiciOus said...

congrats to ur sister..nanti bleh la dia ajar i main gitar..i ada gitar sebijik kat rumah tapi terperok ja dalam bilik tue..i beli time tu sbb terasa gatal tangan nak maen gitar..sekali g belajar dpt cikgu garang..terus biarkan gitar terperuk di dalam bilik..hehe

intan said...

shalicious :
hahaha sure..boleh aja ;)

Sayang Amirah said...

wahhhhhhhh

ni la kakak saya yang tak berapa A tu .
soalannya,
ayat perli siapakah itu?

HAHAHAHAH

Ullyana zaidy said...

heee.gud!!!
terbaikk laaa

Putera Khayalan said...

awesome..
follow my blog k..
http://ryuarlifh.blogspot.com/