Monday, January 31, 2011

kepala batas, pulau pinang.


salam readers..

yessa permulaan entry dimulakan dengan gambar yang penuh gedik
woohoo~

aku telah pon selamat sampai di kepala batas..
perjalanan dimulakan dengan penuh berhemah pada pagi sabtu yang berbahagia..
masuk keta..tutup mata je...pooof! tetiba dah sampai perak..!
pergh sungguh mahir ayah aku membuat magic..


pastu benti la kejap kat R&r sungai perak untuk lunch..
and ada apakedehal..ayah belanja..melantok la bebanyak kan?
lagipon pasni sebulan mana bleh nak rasa ayah blanja makan lagi..
dah dok jauh dari makpak..
ceceh sedih la tu katanya..

ini la makanan orang yang kononnya sedang berdiet.

dengan rasa lebih tamak dan haloba..
selepas lunch pi beli kacang rebus..
& disebabkan aku ni agak short term memory..
aku dah lupa mana aku p beli icekimo coklat ni..
(nama makanan bleh ingat..mana beli lupa plak :p )

ada kawan aku cakap..kalau nak cuci mata, sorang2 je..jangan tunjuk kat orang lain..kehkehkeh

ini lah icekimo.

cover kegembiraan bersama makanan.

ini gambar yang tiada hala tuju.

pastu tutup mata balik...puff! dah sampai pulau pinang!
yeeehaaa~! -semangat aku citer.bhahaha-
masuk island jap pi beli mak aku nak beli asam-asaman

pergi naik jambatan

balik naik ferrari..err i meant..ferri.

then pastu terus bergegas ke hotel sri malaysia,kepala batas..
dan harini dah start berpraktikal di hospital kepala batas..
(ini sesi kepohchi : ada sorang pelakon veteran admit kat hospital ni..and tengahari tadi kecoh satu ward sebab farid kamil datang melawat pelakon tu..ala tapi aku x dapat tengok dia la sebab dia datang waktu lunch..aku kalau lunch mesti la pi makan..sebab makanan itu lebih penting untuk aku berbanding dengan farid kamil,bukan?)
bhahahaha!
okeyh citer tamat..

dan.......
wlaupon selangor kalah match dengan kelantan aritu..
wlaupon aku tak dapat pi tengok kat stadium..
sokong tetap lah sokong
yeahhh!!!


tapi..lain kali main tu jangan la lembap sangat braders semua..

bersama jersey baru selangor

p/s : lagi berapa hari bleh balik eh?

Friday, January 28, 2011

selamat tinggal shah alam & petaling jaya. selamat datang kepala batas.

salam readers..

harini dah hari jumaat..
so esok dah hari sabtu..

minggu lepas duduk kat petaling jaya (hostel)..
hari ini duduk kat shah alam (rumah makpak)..
esok tinggal di kepala batas pula..

oh by the way
seperti yang di uar uar kan sebelum ni..
start hari isnin ni 31hb jan aku akan berpraktikal di hospital kepala batas, pulau pinang..
ish jangan lah rindu rinduan..
aku pergi sebulan je..
tak lama pon..

pergi utk praktikal kali ke-6..
sebab skang aku dah sem 6..
(and for those yang tak tahu..aku setiap sem ada praktikal)

so hell yeah!bring it on!
-cakap macam dah ready padahal buku tak baca lagi.-

ini lah hospital kepala batas.sumber gambar : google.

eh apakah di atas bumbung hospital itu?
niat di hati hendak melakarkan belon belon berterbangan meriah di udara
tapi final result nampak macam sperma err i meant..berudu2 terbang bebas menuju ke atmosfera.
hospital ini tidak mungkin akan sambut aku semeriah ini..
makanya untuk menyejukkan hati sendiri, aku buat la sambutan yang penuh gilang gemilang ini secara bersendirian di dalam blog.

so anda anda dan anda semua nak tahu apa kerja yang aku buat selalunya kat hospital?
ok skang aku cerita eh..

yang pertamanya ialah..
aku menulis rekod-rekod pesakit..
selepas aku memberikan rawatan kepada pesakit..
menjadi kewajiban lah menulis rekodnya pada fail pesakit..
baru lah nanti boleh dibuat rujukan..

sila contohi beliau ye kanak kanak..

and kadang-kadang kalau ada masa..
aku suka membaca note2 yang ada..
biasa la..masa itu kan emas..
jangan lah kita membazirnya walau sedetik..
ye dak?

sila lah ambil beliau sebagai contoh tauladan..

bhahahaha!
kamu semua ingat sikap aku ni di penuhi dengan perangai terpuji ke?
ish no hope.no hope.
kerja yang diatas hanya lah akan dilakukan ketika berhadapan dengan camera atau ketika situasi genting sahaja..
pada waktu yang selebihnya..
aku hanyalah :

berminat terhadap makanan sahaja..

dan..

berpoya-poya sahaja.

ok bai!

kehkehkehkeh

p/s: ouh lepas ni nak update pasal jersey pertama aku..jersey selangor!viva selangor!

Tuesday, January 25, 2011

aktiviti tengah malam : menyahkan header blog blur, 'header' facebook yang awesome

salam readers..

entry harini aku nak fokuskan pada dua perkara iaitu
1. cara untuk menyah-blur kan header baru anda
2. cara untuk membuat 'header' facebook anda

yang header fb ni aku pon xtau apa nak panggil..
ala korang layan je la..
bhahahaha

okie straight to the point..
semalam aku tukar header blog..
tapi bila upload, header blog aku jadi blur..
blur gila macam bila orang rabun spek dia jatuh ke lantai (huh?)
ala sila lah menghayati watak.walaupon dikau tidak rabun.

so kalau korang berhadapan dengan situasi header baru blog korang yang blur..
sila rujuk dua blog ni..
aku dah try..and hell yeah..menjadi ;)
blog miss durian runtuh : (Link)
blog southernspeakers : (Link)

secondly pula..
cara macam mana nak buat 'header' facebook korang pula..
aku dah try pelbagai cara pada malam tadi..
tapi yang paling sesuai lagi mantop untuk aku ialah aku buat guna photoshop..
sonang jo!

so ni link utk buat header fb itu : (Link)

ohhoi damn kenapa blog aku bertukar menjadi sesuatu yang serius..
sebenar eh cter nya camni..
masa tengah dinner dengan adik aku semalam..
tetiba adik tanya
'weiyh angah..ko xnak tukar header blog ke?memalukan sial..'
aku plak jawab
'manada memalukan..chomel gila babeng je aku nengoknya..'
tapi bila adik aku dah mula membebel2 menebarkan hujahnya..
akhirnya aku akur gak..
so apa lagi..bersemangat waja aku menukar header blog..

tapi bila aku dah punya la semangat..
skali bila upload..jadi blurr plak!
huh payoh lajok!nasib baik finally dapat settle gak masalah nya..
so apa lagi..bagi pendapat korang tentang header blog aku yg baru ni..
simple je aku buat...sebab...urm ntah la..tetiba rasa nak header yang simple :p
btw nama blog aku pon dah tukar..
dari iNi iNtan syerliNa kepada intan tulisan berillustrasi..
ceceh!koya.
bhahahaha

header lama.ala ala gedik gitu.

header baru yang lebih simple

next.
disebabkan masa dinner aku gatal p minum kopi sejuk..
so malam tu aku x boleh tido..
lepas dah settle kan problem header blog yang blur..
aku dah boring xtau nak buat apa sbb tak boleh tidur..
kopi punya penangan..

so aku dah tukar image facebook aku..
ceceh nak muntah dengar.err.i meant, baca.

aww aww <3

ok dah settle.

saya srowpoke
saya okie!

p/s : malas gila nak baca buku...

Thursday, January 20, 2011

kalau berdua = berdating, makanya bila bertiga = terdating atau bertating?


salam readers..

menurut falsafahwan negara :

dating atau janji temu bermaksud apabila dua insan berlainan jantina berjanji dan bertemu berdua an untuk mengenali antara satu sama lain.selepas bertemu kemungkinan besar akan jatuh hati antara satu sama lain, kemudian akan bercintan cintun.jika cinta yang di bina kukuh,makanya mereka bersama2 akan membina mahligai perkahwinan bersama, dan jika percintaan itu ibarat ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ribut petir di tengahari, makanya sendu sendan la mereka & macam biasa, lepas 2 minggu break sila la cari gf lain. pastu bila kawin kawan, jangan lupa tayang gf baru kat kami semua.
(Intan Syerlina, 2011)


okeyh cukup la rasanya dengan definisi dating yang penuh dengan emosi itu..
kita berbalik semula kepada motif utama update blog pada kali ini..

pada weekend yang lepas..
aku pergi terdating..atau bertating..
mana satu perkataan yang betul,aku pon tak tahu..
kerana dua perkataan ini hanyalah rekaan ilusi semata mata..

aku keluar bertiga dengan adik & abang aku..
hei hei hei..kami bertiga beradik semua ini masih single kamu tahu..
makanya dengan siapa lagi kami mahu menghabiskan masa depan terluang kami pada hujung minggu?
mesti la sesama adik beradik..
well well..
sesiapa ada yang berminat nak jadi kakak ipar atau adik ipar (lelaki sahaja) aku..
boleh la jangan segan comment kat bawah entry ni..
aww aww

okeyh kami bertiga lelepak kat starbuck plaza masalam, seksyen 9 shah alam..
well..kamu ingat aku ni saja2 nak menghabiskan duit minum minum borak borak kat situ ke?
ahh no joke, puhleezz..
kami ke situ sebab selain daripada sebuah guitar..
aku telah berjanji dengan adik aku yang aku akan blanja dia minum2 kat starbuck jika dia dapat keputusan pmr seperti yang dijanjikan..
nah..punya lama nak tunggu abang aku free..
finally ada jugak masa nya..


so dah order minuman, xkan duduk2 saja je kan..
nak cerita tentang fahaman politik masing2 tidak lah aku mahu..
makanya duduk lah kami sambil aku dan abang berbicara tentang hala tuju bola sepak negara dan perkembangan perkempisan pasukan kegemaran kami dua beradik, manU..
oh jangan lah butthurt penyokong lain!
manakala adik pula sangat leka bersnap snap gambar dengan camera yang abang kami bawa ini..
so kebanyakan gambar ini adalah credit kepada :
adik (Link)
abang/along (Link)

yang bertudung warna warni tu depa panggil angah, yang berbaju hijau itu depa panggil along.

angah dan along lagi.

ini pula depa panggil adik gedik.

oh lagi sekali ditekan kan di sini..
jangan lah mencari di mana persamaan kami adik beradik..
memang tiada.berbeza dari segi umur, rupa, fizikal serta mental.
malah handphone yang digunakan juga berbeza jenama dan warnanya.
tidak cukup dengan itu..perkhidmatan talian telefon bimbit juga berbeza.
oh memang pelik mereka bertiga ini.

dari kiri : angah, along, along. adik?no hope.



dua orang di atas ni korang pilih la mana berkenan.pastu gtau aku.aku ejen depa.kakaka

dah puas menatap gambar mereka?
dah cukup.skang biar gambar aku plak memenuhi ruang.



3 reaksi yang berbeza..nice kan! ;)

last sekali..
gambar gedik.


saja nak letak gambar yang sama berulang kali..boleh kan?

-tammat-

p/s : skang aku sedang memakai contact lense colour hijau..urm..nak buat review kat blog ke tak ye?

Sunday, January 16, 2011

pengantin berpakaian minang, aku pakai baju kaftan labuh

salam readers..

okie rakan rakan baca sendiri tajuk ye..
daripada tajuk sudah jelas terang lagi bersuluh aku menaip entry kerana DUA sebab utama iaitu :

1. utk menunjukkan pada rakan2 yang tak pernah tengok pakaian perkahwinan minang
2. utk menunjukkan seorang manusia yang debab lagi pendek iaitu aku sendiri boleh memakai baju kaftan labuh dengan tanpa rasa bersalah.
3. utk menunjukkan kat korang betapa kacak nya pengapit lelaki.

eh eh kenapa ada nombor 3 tu?
ish ntah siapa2 la yang taip number 3 tu..
isshh..


ahha..pakaian seperti pengantin di atas ini lah pakaian pengantin perempuan minang..
tapi ni dah dimodenkan la..
kalau korang tanya aku camne pakaian tradisional perkahwinan minang yang betul2 original..
tak dapek la den nak jawab eh jang..apo kato ekau tanyo wan den jo la yo..

puan mona ni (sang pengantin) bapak eh dgn omak eh orang negeri sembilan..
tampin ke kuala pilah ke rembau ke ntah aku pon dah lupa..
heeee...tapi yang aku tau sedara mara dia memang ramai orang kampung bapak aku..
masa hari sabtu tengah isi-isi telur dalam goodies beg..
aku yang peramah lagi mesra ni pon bertanya kat salah sorang makcik mona..

aku : makcik tinggal mana..?

makcik : oh makcik duduk kat rembau..

aku : oh ye ke...kampung saya pon kat rembau..

makcik : la apo tak kobar eh dari tadi..orang kampung kito! (sambil makcik2 lain teruja dan tergelak)..ekau rombau kek mano?

aku : chembong..chembong kecik..

makcik dan makcik2 yang lain : eh apo cakap pokan pulak eh budak ni..chombong! dokek jalan ketapi tu ko? -sambil mkck2 mona gelakkan aku pasal aku tak cakap negeri sembilan-

aku : ha..kat jalan ketapi tu..bapak saya punya kampung..bukan saya..heee...



pastu mula la makcik ni cakap macam2 siap nak perkenalkan anak dia kat aku bagai..
errr...maap la mokcik..apak den kato den kocik laie..
kakakaka
well..anak yg mkck nak perkenalkan ni umur 24 thn..aku dah jumpa aritu..
dorang bermalam kat rumah mona gak...
korang nak berkenalan tak?tinggalkan message kat comment box aku..
pastu nanti aku bgtau mona soh kenalkan korang kat cousin dia tu eh?
boleh kita jadi orang sekampung..
hihihihi

ish apa ke jauh benar aku merepek..
ok sambung balik cerita..
pada hari ahad yang lepas..
majlis persandingan mona telah di adakan..
mona memilih pakaian minang sebagai persalinan di hari bahagia mereka ini..

and aku pulak sebagai pengapit memilih utk memakai kaftan labuh berwarna cream..
so ini lah kaftan yang dulu aku pernah tulis post pasal pergi beli baju dengan pengantin tak lama dulu..(Link)
dulu aku bagi suspen saja taknak tunjuk baju yang aku beli utk pakai masa jadi pengapit sang mona kan..
ha..meh sini skang tengok puas2..
heee..

tadaaa~

memula aku gerun gak nak pakai baju ni..
dengan ketinggian aku hanya 158cm dan berat xx kg..aku takut bila aku pakai baju kaftan ni..
orang lain akan nampak aku dengan ketinggian 150cm dan berat mencecah hingga ke 200 kg pula..
ha macam mana kalau jadi camtu!
tapi at last..bila dah pakai..
wow!aku suka baju ni!tak nampak gemok!tak nampak pendek!
nampak...cantik!
-yessa..aku memang suka puji diri sndiri..bagilah aku peluang sekali sekala-

next agenda :

ada persembahan nasyid berpasukan..import dari indonesia tu..


gembiranya aku.. =.="

bersiap sedia nak menyambut kehadiran pengantin lelaki

antara kawan kawanan 5 putra (06) yang datang..

pengantin di atas pelamin.

jeng jeng jeng..

hee...
akak adik abang pokcik mokcik semua jangan risau..
saya dah minta izin dgn encik pengapit lelaki nak tepek banyak2 gambar beliau kat blog ni...
heee..heee lagi...heeeeee....

aku tengah pandang serong kat pengantin.ye.pandang serong.

saja je nak letak gambar macam ni banyak2..

ok sebagai acara kemuncaknya..
jeng jeng..

kih kih kih.pengantin kata aku ambik kesempatan.yes.memang! ha ha ha

aww..sweet ;)

so dengan ini tamat lah cerita perkahwinan mona yang mengambil masa 2 hari 2 malam ini..

makanya.....
lepas ni siapa pula nak cop aku jadi pengapit..?
aku suka kerja ni...!

p/s: aku xnak pi praktikal..huuuuu T___T

Friday, January 14, 2011

photoshoot kawin

salam readers..

jeng jeng..
ha..before semua salah anggap..
meh sini aku berterus terang..
ini bukan photoshoot aku kawin..
tapi kawan aku kawin..
sang mona..
kira nya ni kesinambungan entry before ni (Link)

so..mona nikah jumaat malam sabtu kan..
keesokan harinya pada hari sabtu..
pagi2 lagi kami dah bertolak utk sama2 kepohchi dgn pengantin & photographer snap2 gambar..
kami ialah aku, ahcak, elya, & amma husna kun (Link)
hee kami kan pengapit2 yang taat..
so sepanjang hari ini kerja kami ialah sorang payung kan pengantin, sorang lap2 peluh pengantin, sorang pegang kan beg pengantin, sorang lagi tolong snapkan gambar..kami..
kikikiki
okeyh cakap banyak pon x best..
tengok gambar sahaja la ye :p

lokasi pertama :
taman tasik seksyen 4, shah alam.
ini bukan taman tasik yang common tu..
ni taman tasik bersebelahan dengan mahkamah tinggi shah alam..
macam terpencil ke dalam sket tempat nya..

elya & ahcak..sedia menemani di sisi.


dengan amma kun husna.

i snap gambar encik photographer, encik photographer snap gambar i. persis seperti i jump u jump.

brides in action :D

aku?duduk tepi pegang kotak tissue and payung saja :p

dua2 pon chomel kan (kihkihkih)

happy la kawan kami kawin!

okie next bila dah penat tiak pon dah peluh2 kat sini..
pengantin lelaki yang baik hati bagi duit soh p beli kfc utk di makan beramai2..
so kami 4 dara pingitan ni pon berangkat la ke alam sentral..
elya & husna pi cari baju utk elya nak jadi pengapit num 2 keesokan harinya..
aku & ahcak plak p kfc beli mkanan..

so lepas dah siap semuanya..
kami ke lokasi seterusnya di taman tasik shah alam, berhadapan dengan pkns..

kalau bawak makanan, aku memang gembira..

elya cuba beraksi gangster..

gambar takde motif la. macam biasa.

aku paling suka gambar ni ouh..ha ha ha!


dulu semua pakai uniform sekolah je..sekarang tengok..one of us dah pakai uniform pengantin! :D

so lepas dah abis semua ni..
kami pon berangkat la pulang ke rumah masing2..
err...kecuali aku and ahcak..
sbb aku memang bermalam rumah mona selama 3 hari..
ahcak plak teman aku..
and balik je rumah terus kena kerah masukkan cupcake dlm plastik, masukkan jelly & telur dlm goodies bag, dan sebagainya..
heee..

well..
abang2 encik encik photographer ada tag 2 keping gambar aku..
so readers2 sekalian..
aku letak gambar apa yang dah siap je la ye..
nnt bila dah siap semuanya..aku publish new entry wokeyh..
and gambar2 photographer ni memang mantoppp..
so sesapa yang nak cari photographer ni..
boleh contact fb dorang..
encik aie : (Link)
art in shutter (ARTIS) : ni group fb dorang ye : artis786@groups.facebook.com
and dorang ni di datang kan dari perak..
stakat shah alam & kL no hal lah!
harga pon berpatutan..gmbr pon mantop ;)



okie dah abis citer..
lepas ni citer hari sanding plak..
so..daaa~

p/s : ramai dok tanya aku bila plak nak kawin...err...apa kata korang carikan aku sorang calon supaya aku bleh cepat2 kawin?ki ki ki -tersipu malu-