Monday, December 06, 2010

penghijrahan

sumber gambar: Link

salam readers..

so dikesempatan ini..
saya ingin mengucapkan salam maal hijrah kepada seluruh muslimin dan muslimat..
semoga tahun ini akan lebih baik dan bermakna dari tahun sebelum ini..
Insyallah..

makanya..
di awal muharram ini..
aku telah melakukan sedikit penambah baikkan dalam hidup aku..
dari segi fizikal dan kerohanian..
tak perlu lah digembar gemburkan aspek kerohanian itu..
nanti timbul pula perasaan bongkak dan takabbur seperti yang terdapat dalam diri setiap manusia..

makanya dari segi fizikal..
sudah semangat dari awal pagi berkobar2 bangun mahu pergi berjogging di kawasan yang tidak boleh diberitahu atas dasar keselamatan..
(heee...ayat semuanya berunsur kematangan pada entry kali ini)
tapi malang tidak berbau..
kusangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di pagi hari..
hasrat ku utk berjogging dengan sepenuh usaha terpaksa di bantut kan seperti tuan punya diri
atas sebab cuaca..
disebabkan begitu frust menonggeng nonggeng..
tuan yang empunya badan telah makan bisut chocolate chips di dapur dengan perasaan rakus dan tanpa berbelah bahagi..
nampaknya rancangan gagal lagi..
mungkin akan cuba pada esok hari?
oh itu tidak pasti.

blog ini juga telah menerima suatu penghijrahan dengan template nya telah berjaya ditukar dengan serta merta selepas solat maghrib tadi..
(well..hari baru dalam islam kan bermula ketika maghrib)
dengan warna yang begitu terang benderang..
diharapkan readers juga dapat datang dengan perasaan yang terang benderang
dan dapat membaca dan mengomment setiap entry dengan perasaan terang benderang juga..


makanya sampai di sini sahaja entry pada kali ini..

selamat menyambut awal muharam 1432 hijrah..

p/s : begitu sopan santun lagi bertatasusila tinggi aku menulis entry pada hari ini.tahniah,intan! ;D

4 comments:

Ullyana zaidy said...

harap dikekalkan supan santun dlm penulisan blog anda bermula pada hari ini yer...
ekekkee...

syabas2!! :)

intan said...

klong :
no hope no hope..
bhahahaha

Ullyana zaidy said...

intan: hahaha...i hope i hopeee

intan said...

klong : aiyayayayai..payah tu..