Friday, December 10, 2010

chomel chomelan di times square

salam readers..

amaran keras : entry ini mmg banyak memuji diri sndiri.penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala gejala muntah2,cirit-birit & yg sewaktu dgnnya.read on your own risk!

arini xde kelas..
so disebabkan itu aku telah mengajak adik aku yg dah lama kempunan nak pi times square ni..
thus aku pon nak merepair kan lappy aku yg rosak ni..
makanya..marilah kita berchomel chomelan di times square!

first skali kena lah snap pic yang chomel2 dan letakkannya di blog..
sebab adik aku kata..
kalau hang nak famous kat blog..
hang jangan dok letak gambaq2 loklak hang kat sini..
sapa nak tengok gambaq pmpuan loklak cam hang..
eh kenapa tetiba cakap utara..
x sabar nak pi alor setar nampaknya ye..

makanya..sebagai kakak yang looser..
aku pon menurut la kata2 adik aku yg double looser ni..

gambar chomel pertama.

punya la kami semangat nak pi berchomel2 di times square..
brtolak dr rumah pkol 8.30am..
pastu smpai kL central dalam agak2 pkol 9.45 gitu..
pastu aku yang merasakan bahawa ianya sangat awal..lantas mengajak adik menggemukkan badan dgn memakan aiskrim Mcflurry oreo mcD sambil menelaah komik buku gempak & utopia yg baru sahaja di beli.
setelah penuh ilmu di dada..
kami pon berangkat ke station monorail utk ke times square..

disebabkan kami mmg sangat bersemangat..
kami tunggu di depan kedai merepair laptop di tingkat 9 selama 30 minit baru kedai tu bukak..
tapi tidak mengapa..kerana bro yang cool tu merepairkan lappy aku hanya dlm masa 10 min tanpa mengenakan sebarang charge..
oh i love u bro..ken i kish u, bro?
eh x boleh.nanti jadi seperti #akuatauklcc pula.

gambar chomel kedua.

lepas dah puas lepak dgn cool bro..
kami terus bergegas berbincang soal makan lunch pula.
adik aku yang juga seorang usahawan muda ni merengek mahu makan kenny rogers.
kenny rogers pula merengek suruh aku makan dia.eh apakah?
sebagai kesimpulannya,kami makan lunch di kenny rogers.

gambar chomel ke tiga

gambar tak chomel pertama.

gambar yang sedap pertama.

seperti biasa..
selepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut sukahati..
kami meneruskan pengembaraan kechomelan pada hari ini dgn mencari cd hujan..
maksudnya ialah cd band hujan.bukan cd yang dipenuhi dgn hujan bunga di kuala-la-la lumpur.
tp bukan utk aku..adik aku yang mahu.

gambar tak chomel kedua.

setelah bongkak dgn cd hujan dia..
kami pon meneruskan misi menchomel di times square..

gambar chomel ke empat.

gambar chomel ke lima.

tidak hanya posing2 di sini..
bola-bola cinta di pokok krismas juga menjadi mangsa posing2 kechomelan aku dan ketidak chomelan adik aku.





memang tak senonoh dua beradik ni.

kerana berasa iri hati kepada adik aku yang telah shopping dgn rakusnya..
aku pon tidak mahu mengalah..lantas menggerakkan kaki ke kedai cd kegemaran..
heeeeeee

rambang rambang mata.semua pon hensem.xtau mana nak pilih.

akhirnya teman lelaki lama,nagase tomoya yg menjadi pilihan.selepas ini teman lelaki baharu, suJu pula akan dibeli.sabar.ikut giliran.

dan juga..
utk kelihatan lebih chomel di hari2 yang seterusnya..
aksesori-penambah-kechomelan telah dibeli.
murah sahaja..RM1 stiap satu..murah kan..?

semoga selepas ini kechomelan berganda lima kali ganda dua.

selepas penat berchomel..
kami pon pulang lah ke rumah dengan jayanya.
sekian terima kasih..

p/s: kalau tak puji diri sndiri..siapa lagi kan?hah hah!

blog adik aku : Link
blog felting adik aku : Link

18 comments:

fyna said...

ada lagi buku utopia ek? zaman skolah dulu selalu baca..hehe
uik! i xpenah mkn kat kenny rogers.. =.= sedapnyeeeeeeeeeeeeee
i suke ur pic kt bola2 tu..lepas ni nak tiru snap pic mcm tu jgk lah! heee

intan said...

fyna :
yeap..ada lagi..tapi my sis yg baca..i baca gempak saja..hehe
yes..mari beramai2 menjadikan bola itu sebagai mangsa snap gmbr chomel ;)

Ullyana zaidy said...

hahahha...
mmg entry memuji ni...hahaha :)
i loikeee reben tuh....murah je :)
hikkk.....

pasni..terserlah la kecomelan..

intan said...

klong :
hihihi..yeap...murah kan..?
nnt dtg kL kita shopping riben bnyak2 eh.. ;)

Siti Nur Ashikin said...

best kan shopping kat tS!

intan said...

siti nur ashikini:
exactly!

Heidi Shafiq said...

hahaha.. comel pics korg.. :)

Jue said...

ok.. akak dh sakit perut.. ha2..
i like ur story (^_~)

cahaya kekuatanku said...

ya3..anda sgt comel~ *muntah :P

intan said...

heidi : thx ;)

intan said...

jue :
haha..maap kak..sy xkan brtanggungjawab :p
thx ;)

intan said...

ati : bhahahaha..jangan jelous nyah :P

ZACK ENTRY said...

saya pun di times square semalam..kenapa kita tak berjumpa eh? hehe

cahaya kekuatanku said...

bwekk~ mane ade jelez~ skang ni rmai plak pkai reben tu ye..achoooo~

intan said...

zack : tiada jodoh barangkali :p

intan said...

ati : bhahaha..ye la..menambahkan lagi kechomelan la pakai riben :p
wei apsal aku x bleh comment kat blog ko!

cahaya kekuatanku said...

yelah3. tambah comel. i malas na pakai. t tambah2 plak comel i ni haa. haha :P

padan muke xley komen. proses kemaskini sedang giat dijalankan. h0h0~

intan said...

ati :
koya mu!