Monday, November 29, 2010

makan lagi: nasi daun pisang

salam readers.

actually minggu ni xde satu kelas pon..
tapi disebabkan kebohsanan melampau dan nak duit blanja dari ayah,
aku pon pergi la menawarkan diri utk menjadi model junior aku exam musculoskeletal.

jadi model?apakah?
oh kawan2..ini bukan model seperti catwalk ye..
sesungguhnya kami sekawan ini adalah student physiotherapy.
bukan kursus fashionitas-wannabe atau designer-wannabe atau wannabe2 yang sewaktu dengannya..
tugas kami hanyalah menyediakan kaki,tangan dan pinggang utk diraba..
erk..i meant..di palpate..

setelah penat berhempas pulas di raba palpate,melompat2 dan berlagak seperti membaling bola ke dalam jaring..
kami berangkat la beramai2 ke restaurant pJ hills yg agak brhampiran dgn kolej aku..

actually ni bukan kali prtama la aku makan nasi daun pisang..
dulu masa zaman cintan cintun,ex aku pnah bawak aku makan nasi daun pisang kat sebelah sekolah la salle pJ tu..
sejak dari tu aku mengishtiharkan nasi daun pisang adalah antara menu favorite aku di malaysia..
awww over nyah..

ok xyah bebel panjang..
meh tengok gambar makanan dan pemakan!
nom nom nommmmm

ok..mula2 letak lauk dahulu..kami semua ambil set vege :)

lagi lagi...ane cpat cpat mana nasi nyaaaaa??!!!

ha..smpai pon...nasi + kari ikan.fine.sekarang aku lapar kembali.



pemakan pemakan yang berjaya.

lihat muka intan yang begitu rakus memandang makanan.memang tak pandang kiri dan kanan,atuk nenek cucu mintak lalu.

semua makan set yang sama..

alamak..tak snap gambar shankar la..
xpa xpa..next time pula :D

oh yeah...
hujung bulan jan ni aku akan gi practical..
actually course kami ni setiap sem pon ada praktikal..
sem 1 : hkL
sem 2 : hospital kem tentera terendak,melaka
sem 3 : hkL
sem 4 : hospital besar melaka
sem 5 : HUSM, kubang kerian,kelantan..
sem 6 : tadaaaa~

hospital alor setar aka hospital Sultanah Bahiyah! woohoo~

p/s : jalan2 satu malaysia before grad..!weehee~ ^_^

erk..lapar..

Sunday, November 28, 2010

nak citer pasal pergi kenduri kawin..

salam readers.

pak kepang kepung pak

ouh ayat di atas merupakan bunyi2 an dari ketukan kompang di kenduri kawin.
sila hayati dengan penuh perasaan.

okey
cam biasa la kan skang ni musim cuti sekola..
so musim2 cuti sekola ni kan musim mengawan gak..
bukan sahaja kucing2 an mula menunjukkan taring dan daya tarik mereka utk menarik minat kaum berlawanan..
manusia juga tidak mahu mengalah.
(maka muncul lah video aksi comolot2 kat dpan pavi.x mnyempat2 nak mengawan)

oleh yang demikian..
berduyun2 la undangan ke majlis perkahwinan sampai ke rumah..
so sabtu yang lepas berangkat la kami sekeluarga ke kelompang..
anak customer ayah aku yang kawin..

setelah lelah dan penat tidur tiduran di dalam kereta,sampai la kami ke lokasi..
aww aww dapat duduk kat tmpt v.i.p lagi..
tak sia2 you all i makeup 7 inchi tebalnya..

k lah.aku malas nak citer panjang..
layan gambar je la eh :p

saya suka makanan! nom nom nom

control ayu jap before menjadi raksasa makanan.

berlagak bermuka suci.hmph!

cam kat hotel je..

makanan makanan aww aww (mata berputar2 nampak makanan)

bekas telur yang sangat kreatif.oh ye.fokus utama adalah bekas telur ye.bukan bekas makanan di belakang itu.

lepas dah gendang gendut tali kecapi kenyang perut sukahati..
ayah membawa kami bersiar2 di sekitar pekan kuala kubu tulis nama atas batu.


oleh yang demikian..
tamat la sahaja kisah pengembaraan kita pada kali ini..
jumpa lagi di masa hadapan..
daaaa~

p/s : masa umur aku masuk 21tahun, aku masih rasa diri aku masih kecil..tapi skang bila asik terima undangan kawin dari rakan2 sebaya..aku rasa diri aku dah besar!bhahahaha

Thursday, November 25, 2010

berenang itu swimming

salam readers.

kalau aku kuar dgn kawan2 aku pada hari sabtu..
msti aku akan mntak balik awal dgn alasan nak gi swim..
then dorang mesti tanya..
"wahai intan yang chomel lagi gebu,kat mana ang pi swim slalu ni?"
ha..kawan2..mai mai meh sini aku nak citer kat mana aku pi swim slalu..

get ready utk swim :D

aku slalu gi swim kat uitm shah alam..
nak bagi direction kat korang cmne nak gi tmpat tu tidak la hamba berkenan..
tapi aku cadangkan,korang gi kat pntu masuk uitm tu..
korang tanya guard tu cmne nak gi swimming pool..
pasti mereka akan memberi tunjuk ajar dengan jayanya pada korang..



aku start blaja swimming dalam awal tahun ni la..
x ingat dah bila..
dia cam ada package la..
aku ambik package blaja utk 10 jam, RM150..
1 kelas 2 jam..so semua skali 5 kelas la..
thus,kelas swim ni dia asing kan laki & perempuan..
lelaki session lain,perempuan session lain..
so kita yang wanita suci murni ni x perlu risau kalau ada laki ngintip ke apa ke
and boleh berenang dengan bebas lagi jaya.

ni lah pool nya..besar..sangat puas!

aku ni mmg dah boleh swim sejak dari zaman kanak2 lagi -dengan nada riak-
tapi aku saja masuk kelas swim sebab nak blaja cara swim secara profesional.
bah..ayat itu sangat poyo bahh..

and skang dah hampir setahun aku active ber swim..
walaupon dah abis swim kelas aku..
balik rumah weekend msti gi swim gak..
meh kawan2 beramai2 swim jom!

mak & adik aku yang looser mereka ni mmg xde basic langsung dgn swim..
dengan kata senangnya mereka ni kaki bangku edisi berenang (apakah??)
tapi lepas abis je 10 jam session learn-to-swim (pepandai je bagi nama) mereka telah berubah..
kini mereka berenang saling tak tumpah seperti ikan ikan duyung di lautan
okey intan tipu.
bhaahahaha

mak aku skang dah boleh swim..
adik aku masih gitu gitu ja..
tapi kalau slalu praktis tentu teknik mereka boleh diperbaiki
aku?nah tengok la gambar aku tengah berenang kat bawah ni hebat ke tak hebat :

weeeheee~

bhaahahahahahaha
over bahhhh!!!

p/s : maaf kawan2..camera x dibenarkan di bawa masuk ke kawasan pool..kalo dibenarkan pon jangan harap la aku nak snap gmbr aku brenang.no hope no hope.

Friday, November 19, 2010

harry potter la takkan 2alam pula

salam readers.

cam bangak je tajuk kan..
bhaahahahaha
pffftt sukati aku la nak tulis tajuk apa, nak kritik apa,nak mencarut apa..
ni kan blog aku. -dalam nada bongkak-


sebelum aku cerita pasal movie harry potter yang terbaru ni..
biarlah aku cerita sejarah aku bersama harry potter..
sejarah kami bersama?awww awww
kejadian ni terjadi masa aku form4..
dulu aku memang xtau even single things bout harry potter.
hah.tengok citer harry terus tetiba nak bermata biru dan bercakap omputeh
wtf?

ok sambung citer balik.
pastu satu hari tu adik aku beli buku harry potter versi melayu punya..
aku pon tumpang baca..eh best gila sial citer ni..
pastu aku baru tau yg citer buku ni dah lama kat pasaran & dah kuar wayang dah..
disebabkan aku looser masa tu..
aku pon gi la kepohchi kat besfren aku, encik asrul yang juga looser pada masa itu..
pastu encik asrul yang dah terpengaruh dgn citer aku..
dia pon pinjam la buku adik aku jua..
and dia pon sudah jatuh hati sama dengan encik harry..

sejak dari hari itu..
kami berdua sering bertukar2 cerita and kalau ada buku harry yang baru..
x kira la version english ke..malay ke..
ktorang akan bertukar2..
aku beli buku num 1..ko beli buku num 2..aku beli buku num 3..ko beli num 4..
hah.romantik kan kami berdua.
tapi buku final nya kami beli sndiri2..
thus aku beli buku harry potter and deathly hallow pada hari pertama release..


utk menambahkan lagi ke romantik an kami..
kami plan utk sesama gi tengok h.potter and the deathly hallows part.1 pada hari khamis.
tapi disebabkan encik besfren aku ni tak cukup romantik..
dia gi angkut kawan dia.hanya kawan.tapi kemudian beliau ubah statement menjadi kawan-kawan.
apabila mendengar perkataan kawan-kawan aku menjadi cuak..
lantas bertanya adakah kawan-kawan itu adalah lelaki atau perempuan?
jawapannya adalah lelaki semua..+ sorang bapok
disebabkan kecuakkan melampau..aku berfikir utk mengajak kwn aku..
tapi memikirkan bahwa ahcak sedang bz exam,x elok kacau dia..
ahtin pula hanya ada rm6 di dalam wallet..
akhirnya aku mengajak cik amma utk meneman aku..

so overall camne movie ni?


1. best kalau korang baca buku nya coz korang bleh compare kan & imagine apa yg ada dlm buku & movie.so kalau ada yg x baca buku nya then nak ckp such a boring movie,meleret2 la cter ni, banyak cakap,x best,etc..plz go to hell aku mmg marah orang yang macam ni kamu tahu dak.kalau dah x baca,g tngok movie tu diam2 je la xyah complain bnyak2..wtf?
2. mmg much better dari movie dia before ni yg merepek gila tu..
3. banyak adegan terkejut2 smpai rasa cam tengok citer hantu je..bhaahahaha..very the nice.
4. aku semangat nak g tngok movie ni coz nak tngok kembar fred & george weasley yang ensem.tapi hampa kerana mereka tidak lagi gorgeous seperti dahulu kala.hatiku hampa kecewa merana. okeh sangat melebih.
5. kepada kawan2 wanita,percayalah..tiada siapa yang ensem dalam movie ini.cis.hatiku hampa kecewa merana lagi.
6. x sabar dah nak tngok part 2.oh tuan director kenapa dikau begitu menyeksa jiwa ragaku ini TT__TT

poster mereka lagi.

akhir katanya tatap lah wajah kami yang agak ber pakinson pada hari itu..
banyak gmbar gegar.dan tahniah kerana intan telah berjaya mentidak concentrate kan encik bun, kawan kepada encik besfren ketika kami sedang bz mensnap gambar.

oh.lelaki memang x boleh concentrate berbual apabila wanita bz mensnap gambar.
saya baru tahu itu.bhaaaha!



bersama cik amma -mmg saja letak pic gegar :p -

encik besfren.


ok la sampai di sini sahaja.
selamat mendownload menonton film pecah punggung 2Alam.

bhaahahaha!apakah?summary yang sudah keluar topik sama sekali

p/s : mmg lawak baca twitter #2Alamsarcasm dan #akuatauklcc
ok fine.cik intan sila buat slide presentation anda sekarang.
eh tidak mahu.esok sahaja lah.

p/s/s : amma, thanx for the gossips.sangat terhibur mendengar gossip yang sangat kelakar & letih mulut bergossip sepanjang hari :D

Wednesday, November 17, 2010

pengembaraan aidil adha

salam readers..

tahun lepas raya berdua..
tahun ini raya bertiga..
mungkin tahun depan raya ber empat?

ouh tidak sila jangan percaya berita karut di atas.
tahun ini kembali kepada yg asal.beraya secara solo sahaja.
ouh sila jangan bersimpati pada intan.
kerana intan lebih gembira beraya secara solo krn dpt menjeling2 pada sang jejaka2 yg sedang menumbangkan lembu dengan tanpa rasa bersalah.
eh apakah?pfffft

skarang baru la ada masa lapang sket..
dari semalam bz memanjang nak sambut raya..
semalam dari ostel smpai rumah je terus duduk tolong ibu buat biskut choc chip..
smpai ke maghrib..
lepas solat,masuk balik ke dapur utk tolong ibu potong2 bahan utk masak arini..
smpai pkol 1 pagi buat keja memotong,menggoreng,menumis dan sebagainya..
pastu pkol 5 (sepatutnya) bangun balik utk tolong + belaja dari ibu masak lemak lodeh..
tapi malang x berbau..tiduran ku itu telah terlajak smpai pkol 6..
kehkehkeh..
tp x mengapa anda semua jangan risau..
sempat gak belaja masak dr ibu pagi tadi..

ehem..
aku sudah mula nampak bayangan cita2 ku utk menjadi suri rumah berjaya dan satu malaysia menjelang wawasan 2013 semakin menyinar.
kepada bakalan2 mertua di luar sana..undi la saya.saya pasti tidak akan mengecewakan anda
*sniff sniff*

eh apakah apakahhhh lagi..??

ok citer pasal hari raya..

lepas dah settle semua keja dapur..
siap2 utk ke masjid nak sembahyang raya pula..


see see..
muka yang penuh dengan cahaya keimanan di pagi raya
ho yeah..

semangat gila babeng nak gi masjid belakang rumah pon nak snap gmbr..waahahaha..pfffft ada aku kesah..tiada!

selesai sembahyang raya..
balik rumah,makan makan dan makan lagi bersama family tercinta
(izati,kaklong,akram & apit sila jelous sekarang) kekekeke
sian sepupu2 ku suma ni beraya jauh di perantauan..
aku saja nak menambah kesayuan korang bila baca blog aku neh..
kakakaka..

selesai makan,kami bersekeluarga bergegas semula ke masjid utk tolong menolong sesama jiran tetangga..
dalam perjalanan ke surau,mari kita men snap2 gambar, adik beradikku.

ini abang saya.ye.ini abang saya.sila percaya.

yang bermuka separuh itu adalah adik saya.saja letak gambar beliau bermuka separuh kerana kehadiran beliau di blog ini juga separuh2 di alu kan. oh orang di belakang beliau yang bertudung kelabu itu sangat chomel


menunaikan ibadah korban..

selepas selesai tengok lembu ibu dikorban kan..
kami dua beranak (ibu dan aku) terus lah pergi ke tempat muslimah bergotong royong..
makanya aku dengan sangat control ayu lagi istiqamah melakukan tugas2 memotong bawang,mengopek halia & memotong daging2 utk di masak beramai2..
aku pon tanya mkck kat sebelah..

aku : mkck,ni daging nak potong cmne..?
mkck : ouh intan potong2 cam utk masak kicap tu eh..
aku : ouh..bereh bereh.. (sambil memotong)
mkck : alahai anak syg..kecik nya potong..ni cam nak buat msk kicap kat rumah je..kalau utk masak kawah kena potong lebar2 sket..
aku : ouh ye ke.. (smbil di dalam hati..pfffftt baru aku tau cara potong nak masak gulai kawah dgn masak kat rumah lain cara potongnya - ikut ajaran mkck tu)

motif citer ni : aku nak menunjukkan pada korang dah makcik tu bahawa aku slalu masak kat rumah.waahahaha. *gelak dlm nada riak*

mak aku tngah bz gosipping sambil memotong halia

so apa yg aku dapat belajar hari ini ialah
1. cara potong daging utk masak gulai kawah ialah lain dgn cara masak kat rumah.apakah?
2. sila jangan memandang serong akan pisau2 di masjid al-huda seksyen 19,shah alam. kerana pisau2 itu sangat la tajam sehingga boleh memotong kain di angin lalu - okeh itu hyperbola

akibat bermain pisau.cedera parah.

so sampai di sini sahaja la cerita penglipur lara saya pada 10 zulhijjah 1431.

selamat hari raya aidil adha kepada muslimin muslimat di seluruh dunia.


dari penulis blog,
Intan Syerlina.

Monday, November 15, 2010

ini utk kawan saya

salam readers..

entry ni khas utk kawan ku..
ainul mawaddah namanya..

tadaaa~

pada suatu petang yang berbahagia..
aku telah di tweet utk membuat entry pasal beliau..
x pcaya tngok gambar bawah ni..kehkehkeh

sila klik utk tumbesaran yang nyata.

pergh..sungguh berani mek nul me request bnda2 sedemikian..
xtau kah anda bahawa anda akan di malukan di blog ini?
waaha ha ha ha *gelak jahat*

wokeyh start citer..

ainul ni adalah kawan aku masa kat mtrk..
asal dari kelantan..
sebab tu panggil dia mek..tp dia slalu marah bila ktorang panggil dia mek..
tapi sebab dia marah,lagi la ktorang panggil dia mek..
x gitu kan..

kami dulu bersekedudukan bersekumpulan..
aku,mek,shan,aimi & shaza..
and kalau kat dlm dewan kuliah kami akan duduk elok2 cantik2 dlm 1 baris..
disebabkan dulu masa kat dewan kuliah, di samping mendengar apa yg lctrer ajar..
kerja aku juga adalah mengusha jejaka idaman..
so kadang2 aku akan terlepas salin note2 yg lctrer bagi..
(kadang2 je ye)
so aku akan kadang2 juga pnjam note dari budak kecik ni..
note dia cantik..dia pakai pen kaler2..and sangat kemas..
mmg melengkapi ciri2 pelaja cemerlang punya note..
aku pnya xyah ckp la..dah la gi lecture bawak pen sebatang je (tu pon kalo ingat)..
note mmg sepah2 la..maklum la..buat 2 keja dlm satu masa..
sambil tengok lctrer sambil tengok jejaka di hadapan lecturer..
kehkehkehkehkeh

ni kumpulan kami.dari kiri:shaza,shan,ainul,aku,aimi.

semua gambar dolu dolu..

yg aku ingat pasal mek ni..
kat bilik dia ada teddy bear besar..bfie dia bagi..
so sebagai seorang anak gadis..aku memang agak kecemburuan di situ..
dah la teddy bear dia besar..bfie bagi plak tu..
pfffffffftttttt...blah la ko mek.skang aku pon dah ada teddy bear besar gak..
tapi beli sndiri la..kakakakaka (ketawa utk menyembunyi rasa sayu)

ha..pastu mek ni dia sensitif..
jangan ckp sesuatu yg kasar kat dia..
nnt dia nangis..
even besfren(kikikiki) dia nak tido bilik dia pon dia bleh nangis..kakaka
so disebabkan mulut aku ni mmg baik..
x pnah buat naya kat orang..dia x pnah nangis disebabkan aku..
x penah kan x penah kan mek kannnnnnn?
(ainul,sila tipu..) kehkehkehkeh

kami gak dulu masuk pertandingan musical drama utk perform masa english night..
ada yg menari..ada yg menyanyi..ada yang berlakon..
hahaha..mmg 1st time dalam idup aku buat bnda ni..
bila ingat balik mmg klaka kan mek kan?
hahaha

apa2 pon mesti la gambar aku yg lebih dari ko,mek..ni kan blog aku..kakakaka

ni lepas dah abis perform..see..aku siap highlight kan lagi ko mek.. :D :D :D

so cukup x mek aku buat entry pasal ko ni?
cukup la eh..
nak panjang2 kena la ulur apa yg patut dulu kan..
ni free je aku buat ni,sket je la..haha!

ainul versi latest

so hopefully lepas ni bila ko datang kL,kita boleh berjumpa la..
dah lama x jumpa ko kan..
dulu aku gi melaka smpat jumpa aimi je..x jumpa ko pon..
(haha kantoi kuar dgn aimi sorang je gi jonker..kakaka blwek)

thus kalo jumpa tu blanja2 la aku barang sehelai dua shawl yg cam ko pakai neh..
berkenan plak aku nengok nya..
k la..
daaaa~

selamat hari raya aidil adha,readers ku sayang semuanya ^_^

p/s : sapa kata masuk matrik x best haaa...kami semua kata matrik adalah zaman yg paling menyeronokkan!

Wednesday, November 10, 2010

contact lense baru!yeay!

salam readers..

bunyi agak ke batak an di situ..
tapi x mngapa..entry ni mmg di karang utk membatakkan diri sndiri..

owh yeah..contact lense baru ^_^
contact lense yg aku beli dulu tu dah expired..
uhuk..actually..dah lama expired..hehehe
lense tu utk sebulan je..
tapi aku dah pakai dlm 3 bulan erk..maybe juga 4 bulan..ngeee

tapi aku x pakai hari2..
aku just pakai utk gi kenduri kawin,shopping,kwn2 bertunang,etc..
so aku rasa ok la kot pakai 'ter' lama sket..hehehe
oleh disebabkan memikirkan lense ini telah lama digunakan..
aku mengambil keputusan dgn terburu2 membeli lense..
di mana aku beli?rahsiaaaa....
waaahahahaha
suka suka suka ^_^

k la xnak cerita bnyak..tengok je la gmbr2 aku melaram dengan lense baru..
posing konon nak jadi cam model korea yang dlm katalog lense tu..
tapi last2 jadi macam girlfriend shindong saja.
ouh tidakkkkk!saya mau jadi girlfriend siwon!
ehhhh...apakah ini semua?
siapakah mereka?sila tanya uncle google

tu dia..tu dia...sampai dah..kekeke



semangat gila ambik gmbr botol dia dari pelbagai sudut..hahahaha

ni menggunakan lense yang dulu..freshlook colorblends,grey ^_^

ni dia lense yg baru...ngeee...so cmne kwn2..?ok x?


pelbagai posisi gitu..hahaha!


punya la semangat..
gi ofis kolej ambk bngkusan..thus akak2 ofis tu pon teruja..
siap suruh aku bukak envelope dan dan tu gak..dorang nak tngok lense yg aku beli..
xpe kak..sy tak kisah..marilah kita kongsi kegembiraan ini bersama!-apakah??-

but..
arini ada presentation...
baru je nak memperaga & mempoyokan diri pakai lense yg masih bau kedai ni td..
tapi mak ai..bila pakai je..pedih nya menusuk mata..menusuk2 menikam2..
pakai x sampai sejam je..pastu gi toilet,bukak lense..x jadi nak melaram..
mata jadi merah gila..bfore ni pkai lense yg dulu x pnah jadi cmni..
biar aku fkir kenapa jadi camni..
fikir...
fikir....
....fikir.....
sampai dah abis kelas pon x dpt fkir apa sbbnya..

dah fedup..balik bilik terus tanya uncle google..
aku: uncle!kenapa pakai contact lense rasa pedih?

uncle google: 'oh sebab mngkin ada habuk..u tadak cuci tangan bersih2 ha lengloi..sebab tu u punya lense manyak pedih bila u pakai'

aku jwb : 'eh uncle!u ckp elok2 sket ha..wa salotep mulut lu tu nnt!sebagai seorang bakalan physiotherapy yg berjaya,wa sntiasa mengamalkan 7 steps dlm membasuh tangan!sentiasa!' (sambil brfkir sejak bila uncle google ada mulut?)

uncle: 'oh yeke..maka maybe sebab u punya solution maybe sudah tamat tempoh maa..sudah lebih 3 bulan u kena kasi buang saja..beli baru..jangan pakai..'

aku: "oh itu mcm ke uncle..oh..butut butut..saya punya solution ha uncle sudah mau 4 bulan juga pakai..haiyaa..thenx ha uncle..love u la..'

uncle: 'ya ya..ur welcome..cepat2 beli baru ha..'

ok disebabkan uncle google soh beli solution baru..esok juga aku gi rumah kedua aku utk beli solution lense yg baru!
wo0o0ho0o0o~

k nak sambung balik tngok movie korea & japan..
daaaaa~

p/s: nak tau aku beli kat mana lense ni?ha...add tweeter aku then kita bertwitter2 dimanakah lokasinya wokeyh ;)