Friday, December 31, 2010

rezeki di hujung tahun.

salam readers..

orang lain semua tengah sebok sambut new years..
wish mengwish happy new years semua..
aku je yang masih tetap sama #foreveralone bercerita tentang makanan.
huh sedikit pon aku tidak bersedih.
-sambil membawa diri ke ceruk almari-

so entry kalini aku nak citer tentang sang ahtin..
sang ahtin baru je dapat gaji..
heee..

makanya aku sebagai seorang ahli tanggungan sang ahtin yang sudah bekerjaya..
sudah menjadi kewajiban beliau untuk membelanja aku makan pada hari pertama gajinya dimasukkan..

memula ahtin nak belanja aku makan abc fradoo yang menjadi kegemaran aku kat seksyen 2 itu sahaja..
tapi mana boleh aku biarkan itu berlaku.
aku harus demand.ini kan gaji pertama..kena la mntak lebih skit ye dak?
heeee..so terus text ahtin..
"ahtin ku sayang merangkap tok guru manU aku..
meh blanja aku subway.."

so dengan pantas dan tuntas aku menjadi driver kepada sang ahtin pada hari ini..
terus menuju ke subway...weee
yes i is very srowpoke.ni first time aku makan kat subway.


seterusnya ialah makan.

aaaaaaaaa...


eeeeeeeeee.....

lepas makan..takkan nak terus hantar sang ahtin terus balik rumah kan..
mesti la jalan2 dulu bagi perut hadam..
so kami pon jalan2...tengok tengok belek belek tudung..

iye..
tengok tengok..belek belek...sahaja......
ok fine..aku dah tersengaja beli lagi 2 shawl & 1 inner syria..
heee ni kalau mak aku tau aku beli shawl lagi..
mesti seminggu pon tak cukup untuk beliau menghamburkan kata kata sang naga memarahi anak nya yang boros berbelanja.

ni salah satu tudung yg dibeli.

pastu p hantar sang ahtin kat tmpat keja dia kat taipan sat.
dah settle baru p hantar sang ahtin balik rumah..
tamat cerita tahun ini..

so aku nak ucapkan selamat tahun baru kpd semua pembaca blog ni.
tak kita la setia ke tak setia ke..
atau yang stakat blogwalking2 comment2 kat chatbox ke..
-oh sila lah jangan menganggap ia sebagai satu cemuhan-

"selamat tahun 2011"

well..kalau nak ungkit balik kisah 2010 memang banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui sepanjang setahun ini..
kisah bangun dan duduk..
kisah pertemuan, percintaan dan perpisahan.
tapi sedikit pon aku tak berasa kesal kerana ini semua menjadikan aku seorang yang matang.
terima kasih tuhan.
terima kasih anda.

terima kasih fatin.sebab td blanja aku.ha ha!

p/s: malam harimaumalaya tu menang..abis twitter aku kena serang dgn orang indo!bhahahaha
terimakasih indo.kerana anda sekarang saya ketagihan beradu domba di alam maya.

Wednesday, December 29, 2010

kalini tak shopping..pi tengok movie je..betul..

salam readers..

asik asik entry shopping je kan..
x best la..nnt korang boring plak..
thus aku ni bkan kaya sangat nak shopping slalu..

so kalini aku cter pasal p tengok movie plak ye..
hari isnin yg lepas..mak aku ajak p tengok movie ngangkung..
wlaupon agak looser sebab dah terlambat dah baru nak tengok cter ni..
aku layan je..
asalkan ada orang belanja.. :D


tiket pkol 1.10 pm..
disebabkan cter ni blockpunyabuster..harga tiket ni utk seorang dewasa rm11..
wlaupon kami hanya tengok kat tgv bukit raja je..bukan sunway atau kLcc..
nasib baik lah aku hanyalah seorang perantau pelajar yang masih belum bersedia utk berbakti pada nusa dan bangsa..
dapat la harga tiket aku rm9..
ala..tp mak yg bayar..
ada apakedehal derr..
-okeh sila jangan contohi tingkah laku sang durjana ini-

so bila dah nak dkat2 masa dah time..
aku pon p la beratur beli popcorn..
semangat ni aku tak breakfast bagai sebab tamak nak makan popcorn sorang2..
bhahahaha

versi masam.

versi manis.

macam biasa la..orang tamak kan selalu rugi..
punya la tamak beli popcorn nak sorang2..
dah la sorang2..nak beli yang regular je..tak main la small small ni..
celah gigi je kan..biasa la..sang monster..
ingat kan regular nya biasa2 je cam gsc punya...
rupanya humang aih..besar gedabak!
aww aww i heart u popcorn tgv!

so berbalik kepada cerita tentang perihal sang tamak selalu rugi tu kan..
ha..sila tunggu di akhir cerita..
ceceh..haha!

selepas sejam beberapa puluh minit..
abis la citer ni..
begitu juga dengan popcorn..yeah!

urm..citer ni sebenarnya biasa2 je la..
takde la best sangat2 gila2 babeng2..
biasa2 je..sesuai lah utk tontonan umum..
dan untuk pensucian mata..well..kan ada shaheizy sam..
cuci mata la you all..aww aww

dan pelakon yang baju kaler hijau tu juga (sila rujuk gambar pertama)..
siapa ye nama nya?yg aku tau dia jadi jahat dalam citer hassan..
hassan?apakah?bukan bukan..
dlm drama citer balqis kat tv3 pkol 6.30 petang dulu..
dia jadi watak antagonis kepada hassan..
ha..beliau tu la..
aww aww..suci murni dua kali ganda mata i nyah..
aww aww -sila baca dalam nada kepohchi-

hee..dah nak start dah.

popcorn itu intan syerlina yang punya..bhua ha ha ha~

lpas dah abis je movie..
jalan2 jap..pastu terus balik..
on the way balik singgah kfc kat petronas tepi highway menghala dari klang ke shah alam tu utk lunch..
ouh yeah..
sebagai seorang yang looser juga..aku baru je try egg tart kfc tu..
oh my..sangat sedap!super delliciouuuuuus~
ok aku akan berusaha dengan gigih cari resepinya!

tengok je lapar kan?

bila dah abis makan..
kami pon pulang lah ke rumah masing2..
ye..rumah kami sndiri..
ok dah..settle..

so di mana saya berenti tadi ye..?
ouh..di bahagian orang tamak selalu rugi..
yeap..memang rugi..
sebab esok nya je aku bangun pagi pagi terus naik penimbang berat..
sial dah naik 1 kg!
oh myyyyyyyyy
this is soooo shitttyyy!
fmL!
sia2 usaha aku kurangkan 1 kg beberapa hari sebelumnya.
penangan popcorn gedabak & ayam kfc gedabak.

so adik2..
ingat ye pesan akak..
orang tamak selalu rugi..
-dalam nada kesedihan-

eh by the way..
kenapa entry ni xde gambar tiada motif ye?
ha..ok ok..nak p carik jap gambar tiada motif..

nah.gambar tiada motif.

ok dah settle!

p/s : puasa dgn gigih!yeah!

Monday, December 27, 2010

keluar main bowling dgn blogger yana

salam readers..

apa2 pn memula mesti letak gmbr muka sndiri dahulu.

pada hari sabtu aka 25hb dis 2010..
aku p lah date dgn pembaca & pengomment tegar blog ni..
beliau adalah seorang blogger yang agak famous gak la..
cik Yana (Link) : blog seindah impian..

cik Yana & cik Intan.

disebabkan cik Yana ada kat klang..
so aku pn telah memplankan pertemuan ini bersama paksu kami..
eh kami?
ha..paksu aku..paksu aku..

so pagi2 lagi dah berpenat lelah jenjalan pegi cari guitar utk adik aku..
(okeyh ini utk next post yea)
balik je rumah tngahari tu...
makan laju2,solat..pastu trus vroom vroom pegi ole2 kat seksyen 18,shah alam..
pastu apa lagi eh nak citer..?
kami p main bowling la..
ha..tu je la cter nya..
ok tamat..

sila lah jangan kata aku pemalas..
bhahahaha

ni adik aku..blog dia : (Link)

yang nampak kaki bulu2 tu bukan lah kami kaum hawa..tapi beliau ialah bapa kepada cik Yana.

aku & adik.

cik Yana & adik.

tengok aksi bukan kemain..bhahaha

cuba beraksi chomel la tuh.

err..xtau la apa nak tulis.

aku tidak pernah tau yg bapa cik Yana ni hebat juga bermain bowling.aww aww

ramai orang kata muka kami berdua sama..
aku pon tak faham..
sama kah muka kami..?
ibu aku pon tadi kata kami cam kembar..
ha..kebetulan plak masa bergathering dgn beliau aritu..
kami pakai tudung sama jenis..yang ada bola2 api di hujung2 tudung..
and baju kami pon petak2 jua..
sehati sejiwa mungkin kami ni..
tapi kalau kami sehati dan sejiwa..
kenapa muka bf aku tak macam muka pokcik?eh salah..
kenapa muka bf aku tak macam muka bapa cik Yana?
kakakakaka
overrr kau nyah..

sebenarnya..kan...
dulu..aku pn pnah bergathering dgn cik Yana ni..
21 tahun yang lepas..
(siap sedia lah kamu cik Yana..saya mahu mencontengkan arang di muka kamu..)

kakakakakaka

pada awal tahun 1990..cik Yana berbaju putih,cik Intan berbaju kuning.chomel kan?kakakaka!

21 tahun kemudian..samakah muka kami ini?

p/s : aduh..dah ada symptom2 nak demam dah ni..

Thursday, December 23, 2010

ha..korang percaya tak aku boleh buat cream puff?

salam readers..

ha..korang percaya tak aku blh buat cream puff..?
heeee..
well..kalau nak mntak resepi..
sila isi comment box di bawah ye..
bagi email korang nnt intan send resepinya ;)
-ayat bajet cam pandai sangat la kan..bhahaha-

so..
pada suatu hari..
ibu membawa pulang majalah MIDI..
majalah ini untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas sahaja..
merasakan diri ini perlu bersedia sehabis mungkin untuk melalui usia usia emas itu..
aku telah membelek belek belek dan belek majalah ini...

ni lah majalah midi..

ouho..
isi kandungannya semua auntie2 posing sana sini sana sini sahaja.
tidak lah aku gembira melihatnya..
selak lagi selak lagi dengan muka yg penuh emosi..
eh stopppp!
tetiba ternampak sesuatu yang sedap di salah satu page dlm magazine ni..
-bercerita dengan nada yg bersemangat waja-
tadaaa~

resepi cream puff wink wink
ouh.wink wink itu perlu ditambah dihujung perkataan utk menjadikan cream puff itu lebih chomel dari biasa.

resepinya..

aku suka masak tau..
suka sangat..
hobi yg baru aku terjumpa tahun ni..
kalau lah dari sekolah aku tau yang memasak ni best..
mesti skang aku dah jadi rakan sekerja bff aku sang asrul,seorang chef di hotel terkemuka yg sengaja penulis tidak mahu sebutkan di sini..
takde lah aku nak ambik course physiotherapy yang payah mayah susah giler nak mampos ni..
hah.ini bukan hyperbola.ini adalah kenyataan.
course aku memang susah gila.huuu..
izinkan aku nangis deras deras. T__T

ok dah puas nangis -hopefully-
mari lah kita memulakan permasakkan kita ye puan tuan adik kakak nyah nyah sekalian..

memula kita ikut je secara membuta tuli macam apa yg dlm majalah ni cakap..
bancuhkan bahan2 utk buat puff & cream dia..
so jadi lah macam gmbr bawah ni..

yang sebelah kiri tu cream nya..and yang belah kanan tu utk buat puff nya..

apek kedai ni mmg nak kena dgn aku tau..
aku soh dia bagi kertas minyak..dia bagi aku kertas mahjong..
dh smpai rumah baru aku perasan yg itu kertas mahjong..
aiyayai..xpe..layan saja..mahjong pon mahjong laa..

pastu kita bentukkan puff yg belum jadi tu kecik2..
buat kecik kecik pusar pusar cam bentuk tah*
kakaka

ha..cam tah* kan?heeee

selepas itu kita masukkan gumpalan tahi puff ini ke dalam oven..
bakar smpai dia jadi kekuningan & masak..

tadaaa..

lepas tu kita biarkan dia sejuk sket & guntingkan separuh utk isi creamnya pula..

ha..guntingkan separuh..

masukkan cream dia camni..

ha..belum siap lagi eh..
selepas dah masukkan cream ke dalam puff ini..
kita perlu lah memasukkan cream puff ini ke dalam tupperware
dan sedekahkan cream puffs ini kepada jiran tetangga,rakan taulan dan segala umat sekalian alam..
ha..tengok..
intan kalau bagi resepi siap mengajar pembaca menjadi seorang dermawan lagi..
kakakaka..

and pada entry yg lepas bertajuk makan nasi daun pisang (Link)..
ada pembaca blog ni bertanya kat aku..
'intan...napa kawan intan semua cina..?'
ha..mari sini pembaca sekalian alam..
aku memperkenalkan..kawan2 aku yg sama course selain berbangsa cina..
tadaaa~

dari kiri : joe,shamla,rubini,thiru,ananthi,geetha,renessa & shamala..
ni baru separuh..ramai lagi sebenarnya..

dari kiri : imbran, dyana & intan yang kacak.kami 3 orang sahaja lah melayu di dalam kelas kami ;)

oh belakang dyana itu adalah seorang yg x boleh penulis sebutkan namanya disini..
beliau ialah international student.sila abaikan beliau jika itu yang anda mahu.
kerana penulis juga sering mengabaikan beliau
bhahaha.pengkejam.

tengok muka pak imbran layan habis..kakakaka

ok pak imbran kata pass boleh buat menantu dah.

double pass dari ibu dyana.yeay!*dalam nada gatal*

ok dengan itu selesai la pengajian cream puff kita pada hari ini..
selamat mencuba
(resepi x bagi tetiba selamat mencuba plak.)

bhahahaha!

p/s : aku dah se ayu persis prmpuan melayu terakhir camni berani beberapa hari yg lepas pak imbran kata aku macam lelaki..?huh.walaupon aku kacak,tapi ini tidak patut!

to my classmates: merry xmas,happy new year and happy holidays!
-nak poyo sket dgn classmate ckp omputeh..apakah?-

Tuesday, December 21, 2010

mengiring orang kawin,pakai tudung rozita che wan.

salam readers..

asal bleh tajuk nak panjang je kan..

okeyh start citer..
hari ahad yang lepas..
aku & family ikot pi hantar rombongan kawin..
bukan rombongan kawin abang aku..
bukan juga rombongan kawin kakak aku (heh?)
tapi rombongan kawin adik kepada bisnes partner ayah aku - auntie anis..
adik auntie anis ini berperanan sebagai pengantin perempuan..
manakala rumah yang kami tujui ini ialah rumah pengantin lelaki..

ye..perempuan mesti berkahwin dengan lelaki.
lelaki tak boleh berkahwin dengan lelaki.
kerana jika lelaki berkahwin dengan lelaki..
lelaki itu akan semoga menjadi gay yang tabah.
hah.apakah?
pandai kau bermain dengan kata2 ye intan..

rumah pengantin lelaki kat seksyen 7, shah alam je..
so ktorang semua set berkumpul kat masjid shah alam..
sementara menunggu kehadiran ahli2 keluarga depa yang lain..
kami pon main snap2 gambar dgn family dorang..
kemesraan yang ditonjolkan adalah seperti bergaul dengan ahli keluarga sndiri..


menumpang seri pengantin.manatau lepas ni jodoh smpai..bhahaha ;D ;D ;D

saya suka mereka kerana mereka cantik ;D

hah..cakap pasal tudung rozita che wan..
pembaca tegar blog ini, cik Yana (Link) asik nak tengok cmne rupa intan bila pakai tudung rozita che wan kan..
hah..gini la rupanya..
sangat kesedihan..
tengok org lain pakai tudung rcw ni cantik je..
pastu diri sndiri berangan akan jadi cantik seperti orang lain yg memakainya..
tapi apakan daya..muka aku x sesuai dgn tudung ni..
dah jadi bulat semacam je aku nengoknya..

ok smbung citer..

dalam pkol 1.20 kami pon berangkat la ke rumah pengantin lelaki..
sambutan yang diberikan walaupon x se grand mana..
tapi kami dilayan dgn penuh berhemah..
yang penting..kat meja rombongan pngantin prmpuan ada nasi,lauk & siap ada org served lagi..
camtu la cara sambut rombongan pengantin kan cik Yana & cik Ati kann?
kakakaka

aku & auntie anis..

wlaupon xde pelamin bagai..silat jangan dilupa ;D


gambar cari benda tersembunyi.

dalam setiap entry mesti nak letak gambar tiada motif.

and ingat lagi..
once upon a time..tahun lepas aka tahun 2009
aku ada buat entry pasal jumpa sorang baby chomel nama adlea aka yaya..
masa tu aku pegi kmpung auntie anis sebab kenduri cukur jambul yaya..
masa tu baby lagi..
skang dah besar..heee heee..
chomel.. ;)

tahun 2009

tahun 2010..berani kau pandang serong pada aku ye kanak-kanak..

ok sekian terima kasih..

p/s : pikir nak update cter lain last2 update citer lain..hehehe

Sunday, December 19, 2010

siapa yang tak percaya intan suka shopping mari baca ini..

salam readers..

kalau before ni aku pnya entry pasal bershopping di 4 mall dalam masa 5 jam..
entry : Link
skang aku nak citer pasal pi bershopping di jln masjid india yg memang digemari oleh ramai wanita yang menetap di kawasan lembah klang ini..

pada hari sabtu yakni semalam..
aku, ahtin & mona bershopping shoppingan di jln masjid india,kL..
tujuan utama pegi ke sana sebab si mona ni nak kawin lagi 2 minggu..
kiranya bulan 1 nanti la..
so sebagai seorang bakalan pengantin..
menjadi suatu kewajiban utk meneman bakalan pengapit utk mencari baju di hari berbahagia beliau..
ouh..bukan setakat bakalan pengantin..
malah bakalan pemberi-bunga-telur-diatas-pelamin juga..
siapa lagi orangnya kalau bukan ahtin..

so pagi2 pkol 9 ahtin dah trcongok kat rumah aku..
and janji dgn mona pkol 9.30 dah jadi berlanjutan..
ingatkan mona akan lambat sket coz dari pengiraan aku ni mona akan jalan kaki dari rumah beliau ke ktm dgn kadar seperti sang siput..
tapi sangkaan aku meleset..mona begitu pantas dan tuntas sampai ke ktm..
rupa2nya mona ada kawan yg tumpangkan beliau ke ktm..
kawan yang aku pun tak kenal siapa..
bhahahahahahaha (gelak dengan penuh makna)

sebelah aku ni lah sang mona.bakalan puan mona.

kami bertiga.ahcak takde.orang kaya pegi london.

pastu cam biasa la..
train smpai lambat..brdiri dlm train sesak mesak.
snap gambar mesti sentiasa gigih.


mona belanja pizza hut hasil belian hot ticket beliau yang menjadi bahan sendaan kami sepanjang hari.

cuba beraksi chomel sepanjang hari.gambar yang banyak motif.

so bila sampai je kat jln masjid india tu kami shopping laju laju.
mata meriah meriah walaupon baru beberapa hari lepas aku jalan dgn mek na kat sini..
oleh kerana kami excited dgn kadar yang melampau..
kami terlupa nak snap gmbr ketika membeli baju dengan jayanya..
tak sia sia aku bawak mona ni..
dia ni memang pandai tawar menawar..

kalau aku..
aku : pakcik..kurang la..kasik rm20 je..boleh?
pakcik jual : x bleh.
aku : oh okey..nah rm25..

tapi mona..
mona : pakcik..kasik kurang..rm15 bleh?
pakcik : x bleh..
mona : ala pakcik..bla bla bla bla rm 15 bla bla bla..
pakcik : x bleh x bleh..
mona : bla bla bla bla rm15 bla bla bla bla
mona : bla bla bla bla bla bla bla rm15 bla bla bla bla bla infinity..
pakcik : aiyaaa lu ha amoi..okey okey..kurang rm 20 saja boleh.

see?berkesan aku bwak mona..
haha!

RM13 je satu beg hasil dari tawar menawaran mona!

aku beli yg dorang tengah pegang tu..
and ahtin beli design yg sama tapi kaler coklat..
last2 balik rumah aku jual beg tu kat adik aku coz rasa bersalah beli handbag lagi setelah berlambak2 handbag aku ada kat rumah..
huuu sayuuu

tengok muka excited..tu dalam beg ada baju,tudung,inner,handbag..

nmpak sangat muka cerah berseri tatkala bershopping.huh.cekak tu mona & ahtin punya keja.

next bila dah dapat semua barang2 yang diimpikan..
kami bergerak ke kLcc pula..
sebab sang bakalan pengantin ni teringin sangat nak tengok wayang dgn kawan2 sekola before dia naik pelamin.
apakah! layan~


bergambar di mana mana sahaja!

dah smpai kLcc plan nak tengok citer ngangkung..
tapi bila tnya kat kaunter..tinggal seat yg depan sekali sahaja..
tidak lah kami mahu memeningkan kepala..
nak nonton hantu mak limah tu tunang sang mona kata x best pula..
akhirnya kami nonton citer narnia 3 sahaja..
heee best & mencuci mata.
matlamat utama tercapai!

sedang menyiksa orang di belakang kami utk mensnap kan gambar kami.


and before wayang start..
kami pegi makan dulu..
memula ingat tngah2 diet ni nak makan di subway sahaja.
tapi bila depa kata skang ada burger prosperity kat mcD..
imanku mula goyah dan runtuh berdebuk debuk lalu terus beratur di kaunter mcD tanpa bersalah.


makan 3 orang cam makan 13 orang.


lepas dah siap2 makan dah siap2 tengok wayang dah siap2 cuci mata tengok pelakon narnia yang sangat hensem..
kami pon berangkat pulang ke rumah masing2..


okeyh makanya tamat la pengembaraan mencari baju pengapit pada hari ini..
heee tak sabar plak nak nunggu sang mona berkawin..
3 hari berkampung kat rumah dia.. ;D

well..
mona pon dah update blog dia pasal pi bershopping2..
blog mona : Link
thx atas jasa baik sang mona kerana sudi menghulurkan camera beliau utk kami bergaya gaya di lensa nya.

p/s : ada bnyak benda dlm otak aku nak update ni!!!