Wednesday, July 29, 2009

aDa aPa dGn wAniTa

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.(ahtin..cyg kamu!)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Monday, July 27, 2009

untuk adik

kepada satu2nya adik yg aku ada kat dunia ni..



selamat hari lahir yg ke-14
angah ucapkan semoga sihat sejahtera..
blaja elok2..pandai2..
jangan lawan cakap ibu..ayah..
rajin2 la buat keja rumah..
dan berkelakuan la spt seorang yg berumur 14 thn ye..
wlaupon maybe angah x penah pelok kamu..cium kamu..
tapi dlm hati angah..angah sangat sayang kamu..

sabtu ni kita g tngok potter ye!

Sunday, July 19, 2009

secara summary nya

isnin - khamis : kelas berjln spt biasa
khamis ptg pula selepas abis kelas agama intan bergegas pulang ke kg halaman
tanpa menghiraukan kelas yg ada pada petang itu..hehehe

jmaat pula :

waktu : lepas subuh
ibu : angah,nnt pkol 9 jom g klinik..dah terok sngat selsema tu
dah seminggu tak kurang2 lagi..meh g klinik
aku : eh xyah la..bukan nya dmam pon..selsema biasa2 je
ibu : dah dah dah xde..nnt g dgn ibu
aku : orait bebeh

tido jap dulu

8.30 am
ibu : oit bangon..g klinik jom
aku : urm urm..ok (smbil mengeliat)
siap siap jap..
gi klinik
doc : ye sakit apa
aku : selsema
ibu : dia dah seminggu dok selsema..batok..ye la kan takot la..dgn situasi skg ni..bla bla bla..
doc : oh ha ah..dik,bukak mulot...aaaa
aku : aaaa
doc : ok..ni slsema biasa je..tekak merah sket..nnt sy bagi ubat bla bla bla bla bla..
ibu : dia ni sejak kebelakangan ni kerap sangat kena sakit..agak2nya kena mkn vitamin kot doc..yela..nak bngon mlm study suma..bagi kuat sket badan dia tu..asik sakit je..baru bulan lepas dia dmam..bulan ni dmam lg..keja kat hspital...tp dia sndiri asik sakit je..
doc : oh..ye la kan..kalo cmni baik beli bla bla bla
beberapa min kemudian..
ibu : ok tima kasih doc

sdang menunggu nak ambk ubat
aku : eh lupa plak nak ckp dgn doc nak ubat air..
ibu : dah dah jangan ngada..bdan besor gdabok cmtu mkn ubat pon x reti..jap lg g farmasi g beli vitamin
aku : orait


sebagai hasilnya..lihat la brp banyak ubat daaa aku kena telan minggu ni..
ibu siap belikan multivitamin lagi..



aduyaaaii
dah la x pandai telan ubat pil
hoh ambk ko
telan intan telan~~~~