Tuesday, December 09, 2008

utahime yang terbaik

aku penah tulis sblm ni yg aku baru beli dvd lakonan nagase tomoya yg bertajuk utahime(diva) kan..
aku baru je abis tengok malam tadi..
seriously aku cakap..
ianya satu cerita yang sangat sangat sangat sangat bagus..
bukan kerana sebab pelakon dia adalah idola aku..
tapi kerana plot jalan ceritanya yang sangat bagus..
aku belom penah tngok cerita yg sebagus cerita ni..
spt yg aku kata,aku dah bnyak tengok drama jepon sebelum ni..
antaranya ialah hanakimi,1 litre of tears,hana yori dango 1&2,gokusen 1,2 & 3,GTO,kimi wa petto,my boss my hero,mukodono 2003 dan bnyak lagi..
tapi dalam bnyak2 yg penah aku tengok..ini lah yang terbaik..
aku ni memang jenis yang suka tngok drama @ movie yang x happy ending..
coz aku dah rasa sngat bohsan dgn happy ending..
haha..pelik kan?
dee dee dee..
kalo sblm ni aku suka sangat tengok citer cthnya cam devdas,pearl habour & titanic, 1 litre of tears..
coz suma pon akhirnya hero & heroin dia x bersatu..
yg paling aku suka..devdas la..
coz finally devdas tu mati betol2 dpan rumah taro..
memang menyayat hati..and setiap kali deepavali aku akan tunggu citer ni tayang kat tv ;)
yeap aku mmg suka citer yg type camni..
and setiap kali aku tngok citer yg x happy ending,aku akan rasa sangat puas
tapi aku xtau kenapa dlm bnyak2 citer yang aku tngok..
aku rasa sangat la x puas hati dgn ending citer utahime..
1st time dalam hidup aku bertnyakan soalan.. "KENAPA CITER NI MESTI SAD ENDING??"
bayangkan..
aku abis tengok citer ni malam tadi dalam lebih kurang pkol 2.30 camtu..
but, dalam pkol 3++ aku still x benti nangis lagi bila mengenangkan nasib taro & suzu!!
and pagi tadi aku citer kat adik aku pasal sinopsis citer ni..
aku hampir2 menitiskan air mata bila bercerita!
adik aku pon cam dah pelik dah..
apsal dgn kakak aku ni..cacat ke..
hahaha
daripada 5 bintang,aku bagi 7 bintang utk drama ni..
hahaha..
tp xtau kenapa kat jepon drama ni x mendapat sambutan sangat..
dengar citer pasal dialek tosa yg digunakan dlm citer ni x beberapa dapat difahami oleh penduduk tokyo, kanto dan lain2
and aku tertanya2 kenapa diorang x suka tengok citer yang sebagus ini??
huh!
huaaa~~ rasa cam nangis lagi bila kenangkan nasib taro dan suzu~~~~




sinopsis :
pada tahun 2007, anak lelaki(koizumi akira) kepada diva terkenal di suruh oleh maknya utk menonton movie terakhir di pawagam di daerah kochi..koizumi akira ni mmg seorang anak yg x boleh diharap coz dia mmg hidup bergantung dgn mak dia yg diva tu sehinggakan ditinggalkn oleh tunangnya sendiri.tapi lepas atok dia meninggal,mak dia terus mengundurkan diri dari dunia nyanyian.mak dia soh dia tngok citer yg terakhir ni coz mak dia nak dia menginsafkan diri..and dia pon ikot la ckp mak dia..selepas smpai kat tmpt yg terpencil tu, sedang dia tngok katalog pasal movie yg dia akan tngok tu..tetiba dia dapat melihat dan tetiba dapat masuk ke dunia atoknya..kisah tu agak2 dalam tahun 1950-an..time baru abis zaman perang..ada sorang tentera jepon yg tersesat and tersadai kat tngah2 laut..suzu dan bapanya mengambil lelaki itu dan dijadikan anaknya dan dinamakan Shimanto Taro..taro bila sedar,dia dah hilang daya ingatan and dia x dapat ingat sapa diri dia yg sebenar..masa tu suzu baru berusia 10 thn.taro .selepas 10 thn..taro masih x dapat kembalikan daya ingatan dia.taro bekerja di panggung wayang milik keluarga suzu...and suzu pon dah meningkat dewasa..suzu menaroh perasaan terhadap taro..begitu juga dgn taro.hubungan mereka mmg baik sejak berkenalan..and tiba2..ada sorang perempuan dari tokyo datang ke kampung tu dan mengaku bahawa taro adalah suaminya yang telah hilang ketika peperangan.dia cuba memujuk taro utk mengingat kembali latar belakangnya..tapi taro x dpt ingat apa2..akhirnya dia berputus asa dan kembali ke tokyo..tetapi,ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..ketika taro hendak menyelamatkan mary(seorang peniaga bar di kampung itu) yang hendak membunuh diri,taro tergelincir ke tengah laut..keesokan harinya taro dijumpai terlantar di tepi laut,tetapi memorinya sebelum peperangan telah kembali..so beliau mengambil keputusan utk balik ke tokyo..dan menipu suzu dan keluarganya bahawa yg dia x ingat apa2 kejadian selama 10 tahun dia berada di kampung itu..tapi hanya kawan baiknya, james, yang tahu sebenarnya ingatan taro sudah pulih dan dia berupaya mengingat kedua2 kejadian,sebelum peperangan dan selama beliau duduk di perkampugan itu..walaupon beliau sangat cinta terhadap suzu,taro mengambil keputusan utk balik ke tokyo utk membela anak perempuan dan isterinya yang telah 10 tahun ditinggalkan..dia kata anak perempuan dia pandai menyanyi dan bercita2 nak jadi penyanyi...so sebagai bapa,dia harus lebih mengutamakan kebahagiaan anaknya berbanding dengan percintaan dia dan suzu..antara ayat yg paling menyentuh perasaan aku ialah :
" pada waktu ini, puteri dalam hidup saya adalah anak perempuan saya..saya harus mengutamakan puteri saya berbanding dgn kisah percintaan saya"
dan kisah antara suzu dan taro berakhir apabila taro pulang ke tokyo...dan cerita ni kembali ke tahun 2007..cucu kepada taro,koizumi akira slps menonton citer ni,dia telah insaf dan bekerja keras utk meneruskan kehidupannya di tokyo..and tau tak,mak akira yang merangkap anak perempuan taro ni mmg bebetol dah jadi penyanyi..bukan setakat penyanyi,tetapi adalah diva..tp setelah bapanya mati,dia dah bersara dr bidang nyanyian..mungkin sbab dia jadi penyanyi selama ni pasal nak balas jasa bapak dia yg telah berkorban utk dia...(aku rasa la..haha)..TAPI,ending dia..rupa2nya,suzu ada sorang cucu perempuan..time akira tngok movie tu..dia tertinggal jam atok dia..and cucu suzu ni yang pulangkan balik jam tu kat akira.yeah..di akhir citer ni..wlaupon atok & nenek mereka x dapat bersatu..jodoh mereka digantikan oleh cucu mereka..betul kata taro, "percintaan yg penuh perasaan cinta,wlaupon tak dpt bersatu skg..pasti akan dapat bersama di kehidupan akan datang.."

utahime chart :




oh sangat sedih
la la la~~
cam nak nangis lagi je neh!!!!
hua~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

5 comments:

una said...

ank kuh
rajen nya anda tukar backgrnd blog anda..
ngeee
bgus
pndai bereksperimentasi
eyh..ann pun ada blog
wuhuuu

intan said...

hehe..tq wahai ammaku..
apa maksud pndai berekesperimentasi?
apek xdo blog ;(

una said...

lorh..enggak phm ke?
mksdnya
rajen doq tukar landskp blog anda@template

Su ANN said...

ann ada blog la..
tapi kat tempat lain..
tak de kat blogger...
kat wretch blog..

intan said...

oh itu macam ka..
hahaha..ingat apa la..